MEMOIR SEORANG GURU  

Posted by Zulzaidi



MEMOIR SEORANG GURU

Pengarang : AZIZI ABDULLAH

muka surat : 300

Keluaran : ALAF 21

Harga : RM13.00

Tarikh beli : 1 FEBRUARI 2008 (PUSTAKA MUKMIN)

Tarikh akhir baca: 14 FEBRUARI 2008 (12.38 malam)(PPR HILIRAN AMAPANG)

Cukup ringkas tajuk buku ini “Memoir Seorang Guru”. Bila sekali aku lihat pada tajuknya aku rasakan bahawa buku ini terlalu biasa dan tiada keistimewaan langsung. Tapi aku terlupa bahawa penulisnya memang aku kenal dan aku pernah makan semeja di Kulim sewaktu menghantar Cikgu Azmi Hamid. Buku ini telah aku beli di Pustaka Mukmin KL berhadapan dengan bangunan SOGO tempat remaja membuang masa.

Buku ini menceritakan kepada aku tentang nilai seorang guru. Seorang lelaki tua yang sudah berusia yang juga merupakan bekas guru agama. Aku tertarik sewaktu membaca buku ini pada permulaannya yang mana seorang anak gadis yang namanya Kamariah beriya-iya benar mahu mencapai cita-citanya menjadi guru. Kamariah meminta izin bapanya “Si Ustaz” untuk menghadiri temuduga menjadi seorang guru. Aku rasa jawapan seorang bapa kepada anaknya memang agak tidak masuk akal, kerana apa? Kerana bapanya melarang Kamariah dari berada di profesion guru. Aku tertanya kenapa? Maka jawapannya berada disetiap helain novel ini.

Bapanya melarang keras Kamariah menjadi guru dengan alasan guru ini profesionnya tidak berkat. Hasilnya dibawa masuk rumahtangga dan bagi anak isteri makan. Ah aku tertanya-tanya kenapa tidak berkat? Jawapanya kerana rasa ikhlas itu kurang dan benci itu teramat sangat.

Plot ceritanya menarik yang mana pengarang membawa kita dari seorang murid kepada seorang murid untuk menjadi watak dalam novel ini. Ada murid yang namanya Mat, Alias, Sakinah, Midun, Mihad, Mohd Dhuha dan lain-lain lagi. Setiap murid ini dipandang dengan kebencian oleh Si Ustaz ini dengan alasan kurang ajar, tidak sopan, selekeh, comot, sumbing dan sebagainya.

Dari yang mula sekali tentang seorang budak Mat namanya, hobi suka melastik burung, sampaikan satu ketika dia hendak mengambil burung dari sebatang pokok pinang. Apabila dipanjat pokok itu tidak semena-mena pokok itu patah dan diantara patahnya pokok itu terdapat selumbar yang besar sehinggakan budak itu tertusuk ibarat disula oleh selumbar itu. Tapi matinya budak ini kerana bapanya yang menembak sehingga mati.

Ada juga kisah seorang budak perempuan yang namanya Sakinah yang juling sehingga si Ustaz melanggarnya sehingga tulang bahunya terkehel, ada juga budak yang mati akibat menangkap ikan haruan untuk diberi pada ustaz budak itu adalah Mihad. Paling aku sedih seorang budak yang namanya Mohd Dhuha mati akibat dilanggar kereta.

Cerita-cerita dalam novel ini rasanya ada juga yang mengenai batang hidung sendiri tapi tengok juga siapa pembacanya. Si Ustaz ini hanya menggunakan modal kebencian untuk menghalang anaknya Kamariah supaya tidak memilih profesion guru, Kamariah telah memanggil pakcik Lokmannya untuk sama-sama berjuang supaya Si Ustaz mengizinklan Kamariah berada apada profesion guru.

Satu hari Kamariah telah pergi kerumah pakcik Lokmannya, mungkin kita istilahkan sebagai “merajauk” dengan Si Ustaz ini. Si ustaz mengambil keputusan untuk pergi kerumah adiknya di Johor menaiki proton wira seorang diri. Dalam perjalanan berlakulah perkara yang tidak diingini oleh sesiapa pun iaitu kemalangan. Tetapi dalam kemalangan ini Allah beri rahmatnya dengan menemukan si Ustaz dengan anak muridnya, Dr. sakinah, Midun dan Mihad.

Diakhir ceritanya diadakan majlis untuk meraikan Si Ustaz bahawa Si Ustaz bukan hanya pendidik tetapi Murabbi.

ZULZAIDI MAHMOD

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AKADEMI PENGAJUAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

Email: matnyum@yahoo.com

HP : 012-5002954

 

Posted by Zulzaidi



MENJELANG PILIHANRAYA : MEMPERKASA RUKUN NEGARA

Disaat kempen pilihanraya bermula, maka persaingan antara parti yang bertanding secara sihat dilakukan. Calon-calon yang bertanding mewakili parti sudah menyeapkan stretegi masing-masing untuk meraih undi. Perlulah diingat dan diamati bahawa diwaktu ini perkara-perkara yang tidak elok berlaku. Antara jangkaan yang dikhuatiri adalah dengan kempen secara tidak sihat seperti ssabotaj antara parti, koyak poster calon, buang berndera parti dan sebagainya yang dilihat seperti persaingan yang tidak bermoral.

Adalah wajar kiranya sewaktu pilihanraya berlansung Rukun Negara diperkasakan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Jika ditanya sahaja pada mana-mana murid sekolah apa itu Rukun Negara? pasti sahaja mereka dengan lancar menyatakan pertama Kepercayaan Kepada Tuhan, kedua Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, ketiga Keluhuran Perlembagaan, keempat Kedaulatan Undang-Undang dan kelima Kesopanan Dan Kesusilaan. Tetapi malangnya jika ditanya pada bakal-bakal pengundi, ada juga yang berteka-teki apa itu Rukun Negara. Perkara ini amat memalukan kepada kita selaku rakyat Malaysia yang menjalankan sistem Demokrasi.

Ramai yang sedar bahawa Rukun Negara dikongsi disetiap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, belia, orang tua hatta berlainan ideologi politik samaada UMNO, PAS, DAP, KEADILAN dan sebagainya. Mohd Ayob abd Razid pegawai perhubungan Awan di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan menyatakan bahawa rakyat malaysia masih keliru dengan maksud sebenar Rukun Negara.

Rukun negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia, ia telah dibentuk 31Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibawah teraju Tun Abdul Razak iaitu setahun selepas terjadinya 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman Negara Malaysia.

Kerajaan Malaysia memperkasa Rukun Negara dengan bermacam cara termasuk meletakkan ungkapan Rukun Negara dibelakang buku tulis, depan pejabat-pejabat kerajaan, iklan-iklan dijalanraya sampaikan menghasilkan sebuah lagu Rukun Negara yang berkumandang diradio dan juga televisyen, tetapi apa yang masyarakat faham? Masih menjadi persoalan kepada kita selaku sebahagian anggota masyarakat.

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Pelancaran Karnival Rukun Negara 2008 di Pusat Sukan Arena Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), Relau dan dirasmikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masyarakat yang mempunyai idealisme dan bersikap kritikal terutama dari golongan pendidik, mahasiswa sehingga kepada kepimpinan masyarakat dan negara perlulah memainkan peranan yang lebih jitu untuk memperkasa Rukun Negara, menerangkan apa yang ada di dalam Rukun Negara secara terperinci.

Penerangan terhadap Rukun Negara ini mampu memberikan impak yang cukup besar kepada negara, kita lihat sahaja dari rukun yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan, pasti sahaja masyarakat yang memahahami rukun pertama ini tidak akan melanggar batasan agama dan pastinya tidak akan terjadi kesesatan yang berganda-ganda seperti yang berlaku pada masa sekarang yang tersenarai di Jabatan agama Islam, contohnya kes ayah pin, kes rasul melayu, kes anti hadis, Begitu juga dengan kes-kes moral dalam soal pelacuran, perjudian dan penzinaan yang menggugat sistem kestabilan masyarakat secara total.

Lihat sahaja pada rukun kedua Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, ditanya pada mana-mana masyarakat dari kanak-kanak sampaikan ke orang dewasa langsung tidak tahu dimana daulatnya Raja, perkara ini amat mengecewakan kita. Kedaulatan Yang Di Pertuan Agung dan sultan pemerintah tertinggi negara dan tidak boleh dicabar dan patut rakyat Malaysia setia dengan Baginda, maka masyarakat yang memahami isu ini perlu peka untuk menjelaskan perkara ini secara terperinci agar tidak ada yang berani mencabar kedaulatan raja dan negara secara tidak langsung pasti tidak ada rusuhan, atau apa-apa perkara yang mampu menjatuhkan imej Negara Malaysia dimata dunia.

Keluhuran Perlembagaan sering disalah ertikan, ada yang tidak faham tentang apa itu perlembagaan, dan penjelasan ini perlulah diterap dari peringkat sekolah bahawa negara Malaysia yang kita cintai ini mempunyai perlembagaan yang mencorakkan pemerintahan negara. Menurut Prof. Dato’ Dr. Monir Yaacob bekas pensyarah di Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya menyatakan amat wajar supaya perlembagaan persekutuan ini diketahui oleh masyarakat umum supaya ianya jelas dan difahami dengan sempurna. Tun Mohd Saleh Abbas bekas Hakim Negara dalam buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia memperjelaskan bahawa Perlembagaan merupakan elemen penting pemerintahan di Malaysia kerana ianya merupakan undang-undang tertinggi Negara dan juga menjelaskan hak-hak asasi rakyat. Di dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah meletakkan beberapa perkara berkaitan dengan Pilihanraya Umum agar masyarakat dapat memahami proses pilihanraya berlangsung.

Kedaulatan Undang-Undang seringkali kita dengar di media elektronik dan media cetak yang mana ada sesetengah pihak yang berani mencabar undang-undang negara, dan bilangannya cukup ramai, jika kefahaman Rukun Negara yang keempat ini di tafsirkan dan diperjelaskan kepada masyarakat dengan terperinci, pasti ramai yang akur dan patuh pada undang-undang negara yang berdaulat. Menurut Prof. Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim dalam buku Sistem Undang-Undang Di Malaysia menyatakan undang-undang adalah wajib dipatuhi oleh rakyat.

Kesopanan Dan Kesusilaan haruslah ditanamkan pada diri setiap masyarakat bukan hanya dibibir sahaja yang tahu menyebut tetapi perlulah mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sikap negatif hendaklah dibuang dan sikap yang positif wajiblah diamalkan supaya pandangan masyarakat luar Malaysia menilai kita sebuah masyarakat yang maju dari segi peradaban. Jika kesopanan dan kesusilaan diterapkan dari kecil maka tiadalah perkara negatif yang dilakukan seperti merokok dan meminum arak serta penculikan kanak-kanak, secara tidak langsung pastinya pihak Polis Diraja Malaysia dibawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan lebih mudah melaksanakan tanggungjawab mereka. Seharus dan sewajarnya Rukun Negara ini dijadikan pedoman yang patut dihadam oleh semua rakyat Malaysia agar kita menjadi masyarakat yang maju dan jitu. Tidak dilupakan bahawa jika kesopanan dan kesusilaan ini dilakukan oleh calon, wakil calon serta parti-parti yang bertanding nescaya tidak berlaku ketidakadilan dan pensabotaj antara satu sama lain. Konflik di Kenya umpamanya bermula apabila pemimpin pembangkang, Raila Odinga mendakwa bahawa parti pemerintah yang dipimpin Presiden Mwai Kibaki bekerjasama dengan suruhanjaya pilihan raya untuk mengatur keputusan pengundian pada 27 Disember lalu dan berita mengenai pemilihan semula presiden itu mencetuskan rusuhan besar di seluruh Kenya. Kekacauan dan ketegangan menjadi bertambah buruk sehingga mencetuskan pertempuran etnik yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,000 orang maut dan hampir 300,000 lain menjadi pelarian. Perkara ini dilihat dan dikhuatiri berlaku di Malaysia jadi cara yang terbaik adalah dengan memperkasakan Rukun Negara secara jitu dan mantap.

Memperkasa Rukun Negara ini perlu diperincikan lagi agar kefahamannya jelas dari peringkat tadika, sekolah, ipt dan lapangan pekerjaan seterusnya merangkumi segenap lapisan masyarakat dalam merealisasikan impian perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sebuah masyarakat Cemerlang,Gemilang dan Terbilang. Peranan memperkasakan Rukun Negara bukan hanya tertumpu kepada kerajaan semata-mata tetapi NGO, badan-badan pelajar, kesatuan pekerja perlulah berperanan sama agar perpaduan negara yang kita cintai makmur dari perbalahan antara kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 lalu. Perkara paling penting adalah membina sebuah masyarakat progresif dengan mengadaptasikan Rukun Negara sewaktu Pilihanraya Umum ini agar tidak berlaku lagi ketidakjujuran antara parti.
.

(ZULZAIDI BIN MAHMOD)

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AKADEMI PENGAJUAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

Email: zulzaidi@yahoo.com

HP : 012-5002954

25/02/08

MASYARAKAT PERLU BERHENTI MEROKOK  

Posted by Zulzaidi





Industri rokok merupakan industri yang paling maju diperingkat Malaysia malahan diperingkat global, jenama yang diperdagangkan begitu banyak sehinggakan tidak terhitung terutama Dunhill, Marlboro, LM, Winston, Mildseven, Salem, Gudang Garam, Lucky Strike, Camel, Benson dan banyak lagi yang tidak diketahui umum seperti Saat, Texas, Luffman dan sebagainya. Masyarakat menjadi mangsa industri ini secara tidak langsung semenjak ratusan tahun dahulu hatta ada yang sanggup menjadi hamba kepada perkembangan industri rokok ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat kira-kira 1.25 billion perokok di seluruh dunia, jelasnya di sini jumlah ini mewakili sepertiga daripada bilangan penduduk dunia dalam lingkungan 15 tahun keatas. Industri rokok telah menjadikan masyarakat kita terjerumus kekencah kebinasaan mengikut keterangan penagih tegar yang menyatakan bahawa permulaan ketagihan dadah adalah berpunca daripada rokok. Diperinkat sekolah menengah merupakan langkahan pertama bagi banyak perokok di negara kita terutama yang berumur 15 tahun ada juga yang masih kecil berumur 3 tahun setengah menghisap rokok yang telah dinyatakan oleh encik Aziz Man dari pertubuhan NGO Prihatin Malaysia (PRIHATIN) pada bulan november 2007, persoalan yang timbul adakah kita rakyat Malaysia yang berpegang kepada cogan kata perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk melahirkan gererasi perokok yang memimpin negara Malaysia pada masa depan?
Punca lahirnya masalah rokok ini tidak lain adalah daripada pengaruh rakan sebaya, tidak dapat disangkal juga indusri ini telah memperdagangkan rokok kepada wanita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa rokok mampu untuk melangsingkan badan dan juga bagi lelaki industri ini mengeluarkan propaganda dalam iklan-iklan bahawa merokok dikalangan lelaki menampakkan lelaki itu gagah dan berstail serta menawan apabila dipandang wanita. Diperingkat mahasiswa juga tidak kurang hebatnya sehinggakan mahasiswa berani merokok di fakulti sedangkan ia merupakan tempat yang tidak dibenarkan merokok ada juga yang beralasan daripada pandangan mahasiswa ini bahawa merokok mampu untuk menambah idea serta mengurangkan tekanan. Alasan ini tidak munasabah sama sekali kerana bagi mengurangkan strees yang dikatakan oleh Dato Dr. Fadilah Kamsah di Universiti Malaya baru-baru ini adalah dengan mendekatkan diri pada ilahi, dan selalu bertafakur.
Di Malaysia terdapat peningkatan kes-kes yang berkaitan dengan merokok seperti kanser dan gangguan kardiovaskular sejak 25 tahun lalu yang telah termaktub dalam buku Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pakar sakit tuan Dr. Ismail Tambi juga menyatakan merokok merupakan penyumbang kepada kes-kes mandul di Malaysia. Merokok dianggap sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dan dibendung, kajian saintifik juga menunjukkan asap rokok mengandungi lebih daripdaa 4,000 bahan beracun seperti arsenik, benzopirena, metoprena, aseton, plumbum, ammonia dan sebagainya walaupun perkara ini diketahui oleh masyarakat umum terutama mahasisawa tetapi tidak mempedulikan hal ini sewajarnya. Tidak dapat disangkal lagi merokok telah membentuk keruntuhan moral yang berleluasa di Malaysia ada juga yang sanggup mencuri semata-mata sebatang rokok terutama dikalangan penagih.
Dapat dibuat anggaran juga setiap sehari mahasiswa yang merokok membelanjakan RM 2 untuk membeli 5 batang rokok, jika terdapat 1000 mahasiswa yang merokok dalam satu-satu IPT bermakna setahun telah mendapat RM 730,000 ini bermakna dapat dikumpul dalam tiga tahun tempoh belajar RM 2,190,000 yang mana mampu untuk membina sebuah bangunan konvokesyen bagi perokok-perokok ini apatah lagi jika masyarakat Malaysia yang mungkin mampu membina lebih dari satu bangunan yang bernilai sama dengan KLCC yang dibanggakan oleh masyarakat Malaysia.
Banyak dana telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan umat masyarakat supaya berhenti merokok seperti kempen “TAK NAK” yang jutaan ringgit dilaburkan tetapi tidak juga berkesan. Diperingkat sekolah diajar pendidikan jasmani yang menitik beratkan bahawa rokok membahayakan kesihatan, ia juga tidak berkesan sehinggakan kerajaan Malaysia melebelkan disetiap kotak rokok “AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” tetapi tidak diendahkan oleh masyarakat, adalah wajar bagi kerajaan mengawal industri rokok di Malaysia yang mana kos menampung perubatan bagi kes kanser akibat rokok telah meningkat daripada keuntungan negara terhadap industri ini. Dicadangkan juga agar setiap kotak rokok yang dijual diletakkan gambar jantung atau paru-paru yang rosak serta gambar pesakit kronik akibat merokok seperti yang telah dibuat di Thailand, yang mana sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit rasa insaf masyarakat. Selaku mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat seperti tidak merokok dan mestilah menunjukkan perilaku mulia dan Mahmudah. Masyarakat juga memainkan peranan penting agar melahirkan generasi yang tidak merokok supaya kesihatan tubuh badan terjaga dan pembaziran terkawal.



ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN (MAPAN)

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954

LAPORAN ZIARAH, DAKWAH DAN QURBAN THAILAND  

Posted by Zulzaidi



15 DISEMBER 2007
MASA
LAPORAN

8.00 PAGI
SEMUA PESERTA PROGRAM QURBAN THAILAND BERKUMPUL DI KEDAI CIKGU MUSNI KEPALA BATAS DAN BERSARAPAN PAGI DISANA. MESYUARAT RINGKAS PERJALANAN KE BUKIT KAYU HITAM DAN SEPAKAT SEMUA PESERTA BAHAWA USTAZ WAHAB MENJADI AMER PERJALAN KE BUKIT KAYU HITAM DENGAN MENGGUNAKAN LAND ROVER USTAZ WAHAB YALA. PERSERTA ADALH :ZULZAIDI, USTAZ WAHAB, HAJI SHARIF, HAJI YUSOF, HAJI NASIR, HAJI ISMAIL, USTAZ RASHID

9.30 PAGI
BERTOLAK DARI KEDAI CIKGU MUSNI DENGAN MENGGUNAKAN LANDROVER USTAZ WAHAB KE SUNGAI PETANI UNTUK MENGAMBIL SEORANG LAGI PESERTA USTAZ ADAM DAN TERUS BERGERAK KE BUKIT KAYU HITAM.

12.30 TENGAHARI
SAMPAI KE BUKIT KAYU HITAM DAN PESERTA-PESERTA MELENGKAPKAN DOKUMEN BAGI KEMASUKAN KE THAILAND DAN JUGA TUKARAN WANG MALAYSIA KEPADA THAILAND. PESERTA DARI THAILAND DATANG KE BUKIT KAYU HITAM UNTUK MEMBAWA PESERTA MALAYSIA KE THAILAND DENGAN MENGGUNAKAN 2 VAN MUHAMMADIAH INTERNATIONAL

1.30 PETANG
BERTOLAK DARI BUKIT KAYU HITAM MENUJU KE THAILAND DAN TERUS KE MASJID DI DANOK THAILAND

2.00 PETANG
SOLAT BERJEMAAH JAMAK TAKDIM SETERUSNYA MESYUARAT PERJALANAN.
BUTIR-BUTIR MESYUARAT :
v MELANTIK AMER PERJALANAN.
- AMER UMUM : USTAZ YUSOF THAILAND
- AMER MALAYSIA : USTAZ WAHAB
- JURUWANG : USTAZ SHARIF
- JURU MASAK : USTAZ IBRAHIM
v MEMBAYAR KOS PERJALANAN PESERTA:
- THAILAD BATH 3000
- MALAYSIA RM 500

2.30 PETANG
MAKAN PETANG DI DANOK KEDAI HAJI SYUKRI
MENU:
-NASI PUTIH
-TOMYAM
-KHAILAN IKAN MASIN
-DAGING KICAP

4.30 PETANG
BERANGKAT UNTUK KE CIANGRAI. VAN DIPANDU OLEH USTAZ ABDULLAH DAN USTAZ MOHKTAR. SUASANA PEMANDANGN AGAK MENARIK WALAUPUN TIADA PERBEZAADENGAN SUASANA DI MALAYSIA. MINYAK YANG DIGUNAKAN DITHAILAND AGAK MAHAL SEKITAR 29.90 BATH SELITER BERBANDING MALAYSIA RM 1.90 SELITER

10.00 MALAM
SOLAT BERJEMAAH JAMAK TA’KHIR DI SURATTHANI SERTA TAZKIRAH RINGKAS USTAZ YUSOF.
MAKAN MALAM.NASI PUTIH DAGING MASK PEDAS MAKAN DALAM POLISTRIN BAGI MENJIMATKAN MASA.

16 DISEMBER 2007
2.45PAGI
MENGISI MINYAK DI BAN SADDAI THAILAND

3.45 PAGI
SAMPAI DI MASJID ANSAR SERTA BEREHAT DI SANA.

5.55 PAGI
SOLAT TAHAJUD DAN SUBUH SERTA TAZKIRAH OLEH USTAZ YUSOF,USATAZ WAHAB DAN USTAZ NAJIB BERKISAR TENTANG METODE DAKWAH YANG AKAN DIGUNAKAN DI THAILAND MENGIKUT URUF TEMPAT DAN JUGA BERKISAR TENTANG DAKWAH RASUL-RASUL TERDAHULU TERHADAP UMMATNYA.

7.00 PAGI
MAKAN PAGI
MENU:
-NASI PUTIH
-TELUR DADA
-SUP TELUR
ROTI DAN KAYA

8.00 PAGI
BERGERAK DARI MASJID ANSAR

3.00PETANG
BERHENTI MEMBELI BARANG MAKANAN SEHARIAN DI PASAR SANGPINONG YANG BERMAKSUD DUA BERADIK. DISANA USTAZ IBRAHIM MEMBELI IKAN DAN SAYUR KHAILAN.

3.45 PETANG
SAMPAI DI MASJID NURURRAHMAN. PERSIAPAN UNTUK MAKAN PETANG SERTA SOLAT JAMAK TAKHIR.
MAKAN PETANG:
-NASI PUTIH
-TOMYAM IKAN HARUAN
-IKAN LAMPAM GORENG
-KHAILAN IKAN MASIN

5.30 PETANG
BERTOLAK DARI MASJID NURURRAHMAN

8.40 MALAM
TIBA DI MASJID NANGKON SAWAT UNTUK SOLAT JAMAK TAKHIR, MESYUARAT PERJALANAN OLEH USTAZ YUSOF.
MINUM TEH TARIK MALAM DISEDIAKAN OLEH IMAM MASJID DAN MAKAN ROTI KUAH SARDIN.

10.00 MALAM
BERTOLAK DARI MASJID

17 DISEMBER 2007
5.00 PAGI
SAMPAI DI STESEN MINYAK AMPE CHAI DAN SOLAT SUBUH DISITU.TAZKIRAH DIBERIKAN OLEH USTAZ YUSOF (AMER) DAN SHEIK FAIZ. TAZKIRAH BERKISAR TENTANG DAKWAH BAGI UMMAT ISLAM ERA INI.

2.00 PETANG
TIBA DI DAERAH PHAYAU. DIMASJID ISMAIL ISLAMI.
SOLAT JAMAK TAKDIM DAN BEREHAT KERANA KEPENATAN BERADA DIDALAM VAN SELAMA 2 HARI.

2.45 PETANG
BERTOLAK DARI MASJID ISMAIL KE KG. SAN THI SUK UNTUK OEPERASI DAKWAH DISANA. PERJALANAN MENGAMBIL MASA SATU JAM MENDAKI BUKIT MENAIKI LORI . PERJALANAN AMAT MENARIK KERANA DIATAS BUKIT DAPAT DILIHAT PEMANDANAGN YANG SUNGGUH INDAH YANG SUKAR UNTUK DITEMUI DIMANA-MANA TEMPAT.

5.45 PETANG
TIBA DI KG SAN THI SUK TETAPI TIDAK DAPAT BERTEMU DENGAN KETUA KG KERANA KETUA KAMPONG KERANA TIDAK ADA.
PERSIAPAN UNTUK MAKAN MALAM:
-NASI PUTIH
-SUP TELUR
-SAYUR GORING

6.30 PETANG
SOLAT JAMAK TAKDIM. TAZKIRAH RINGKAS OLEH USTAZ NAJIB. MAKAN MALAM SETERUSNYA BERGERAK KERUMAH IBRAHIM DAN HAJAR UNTUK TIDUR MALAM DIRUMAH IBU MEREKA.

8.30 MALAM
OPERAI DAKWAH. ORANG DISEKITAR ITU MEMBERI TEGURAN BAHAWA WAKTU MALAM BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERZIARAH KERANA ORANG DISITU KEPENATAN DAN MAHU BEREHAT KERANAN BEKERJA MASUK HUTAN.
DAKWAH KEPADA GURU SEKOLAH. GURU ITU SEDANG MINUM ARAK DAN CAKAP DALAM KEADAAN YANG AGAK MEMUALKAN. DAN PERBINCANGAN DITERUSKAN DAN CADANAGAN MENYATAKAN BAHAWA ESOK ADAKAN DIBERI PELUANG UNTUK BERCAKAP DIHADAPAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DENGAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANAGAN BAGI KEGIATAN SUKAN DISEKOLAH.

09.00 MALAM
MASAK UNTUK PERSIAPAN SAHUR


10.30 MALAM
REHAT DAN TIDUR

18 DISEMBER 2007
3.00PAGI
BERSIAP UNTUK SAHUR KERANA PUASA SUNAT HARI ARAFAH.

5.15PAGI
SOLAT SUBUH SERTA TAZKIRAH OLEH USTAZ NASIR MARESA DAN USTAZ YUSOF (AMER)

6.50 PAGI
BERDAKWAH DISEKITAR PERUMAHAN SAN THUI SUK DAN TELAH ADA BEBERAPA ORANG YANG TELAH MASUK ISLAM, ADA YANG MEMELUK ISLAM KERANA KEMAHUAN DAN ADA YANG MEMELUK ISLAM KERANA YAKIN KEHIDUPAN DI SYURGA NANTI DAN KALIMAT SHAHADAH ADALAH ANAK KUNCI PINTU SYURGA

8.15 PAGI
BERTOLAK KE SEKOLAH DI SAN THI SUK UNTUK PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH SEMPENA SUKAN SEKOLAH BERNILAI RM 300.
USTAZ BABAJIB YANG TELAH MENYERAHKAN SUMBANGAN TERSERBUT KEPADA WAKIL PELAJAR DISANA. BABAJIB TELAH MELAFAZKAN UCAPAN KERAMAT SHAHADAH MENGUCAP KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH DAN HAMPIR 80 PERATUS PELAJAR TELAH MENGUCAP KALIMAT ANAK KUNCI PINTU SYURGA ITU.

9.15 PAGI
PERSIAPAN UNTUK PULANG KE MASJID ISMAIL ISLAMI PHAYOU DAN SEBELUM PULANG USTAZ YUSUF (AMER) SEMPAT MENGILSAMKAN PEMANDU LORI DAN DIBERI NANA UMAR. BERTOLAK KE PHAYOU SAMBIL MENGAMBIL BULUH LEMANG UNTUK PERSIAPAN RAYA.

10.45 PAGI
SAMPAI DI MASJID ISMAIL ISLAMI PHAYOU DAN BEREHAT

2.00 PETANG
PERGI KEPASAR PING UNTUK MEMBELI BARANG-BARANG MAKANAN. DAPAT DILIHAT DIPASAR ITU BAHAWA PENJUALAN BABI ADALAH BIASA DAN ADA YANG MENYATAKAN BAHAWA BABI DISANA ADALAH MAKANAN LAZIM PENDUDUK DIKAWASAN ITU.

5.00PETANG
BERTOLAK DENGAN FAIZ, USTAZ NASIR, ZULZAIDI DAN USTAZ HASSAN KE TEMPAT PEMBELIAN KAMBING YANG JARAKNYA 80 KILOMETER DARI MASJID ISMAIL. KAMBING YANG DIBELI ADALAH 5 EKOR DENGAN HARGA RM800. SEKITABANYA DIKANDANG KAMBING MASUK WAKTU MAGRIB DAN KAMI BERBUKA PUASA DENGAN BUAH KURMA DAN AIR KELAPA.

9.00 MALAM
PULANG DAN SINGGAH DIRUMAH PEMANDU KERETA UNTUK SOLAT JAMAK TAKHIR DISANA. SAMPAI DI MASJI ISMAIL ISLAMI BEREHAT SERTA MENYIAPKAN PERSIAPAN HARI RAYA.

19 DISEMBER 2007
4.45 PAGI
BANGUN SOLAT TAHAJUD

5.15 PAGI
SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH OLEH MAMU YUSOF

8.00 PAGI
PERSIAPAN UNTUK SOLAT AIDILADHA. SEBELUM SOLAT PENGENALAN RINGKAS TENTANG AIDILADHA OLEH USTAZ YUSOF (AMER). SOLAT AIDILADHA DAN KHUTBAH DIPIMPIN OLEH BABAJIB.

9.00 PAGI
KORBAN MULA DILAKUKAN DAN SEMBELIHAN KAMBING OLEH
ADAM,RASHID,BABAJIB,
SEMBELIHAN LEMBU OLEH USTAZ YUSUF (AMER), ABDULLAH YALA DAN MOKHTAR.

1.00 PETANG
BERGERAK KE CHIANGRAI UNTUK KE MASJID BAHAUI

7.00 PETANG
SAMPAI DI GOLDEN TRIANGLE UNTUK MELIHAT PEMANDANGAN 3 BUAH NEGARA IAITU THAILANG, BURMA DAN LAOSADALAH DAPAT MENJADIKAN SUNGAI MEKONG TEMPAT AMBIL WUDUK DAN MANDI JUNUB.

8.00 MALAM
SAMPAI DIMASJID PANGSA BERTEMU DENGAN USTAZ AHMAD SIDDIQ. SOLAT JAMAK

8.30 MALAM
TAZKIRAH OLEH USTAZ AHMAD SIDDIQ DAN USTAZ WAHAB SEBELUM MAKAN.

9.00 MALAM
MAKAN MALAM DENGAN DAGING KORBAN

10.30 MALAM
PERSIAPAN UNTUK MEMBUAT CD BAGI GAMBAR ZIARAH THAILAND DENGAN MENGGUNAKAN LAPTOP USTAZ AHMAD SISDDIQ.

20 DISEMBER 2007
4.00 PAGI
SOLAT TAHAJUD

5.30 PAGI
SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH OLEH USTAZ AHMAD SIDDIQ.TAZKIRAH DLAM LINKUANG DAKWAH DIKAWASAN CHIANGRAI.

7.00 PAGI
BERGERAK KE MASJID ISLAM PANGSA DIATAS BUKIT. BERTEMU DENGAN USTAZ DISANA DAN MENYELIDIK SEJRAH PEMBUATAN MASJID YANG MANA DAHULU MASJID HANYALAH DIBUAT DARI BULUH DAN SEKARANG DIBUAT DARI BATU. BERTEMU DENGAN IBU MENTUA USTAZ YUSOF (AMER).

8.00 PAGI
BERTOLAK UNTUK PERGI KE MESAI SEMPADAN BURMA.DIMESAI BARANGAN ADALAH MURAH DAN BERPATUTAN WALAUPUN KURANG BERKUALITI, BARABG YANG BERHARGA DAN TERKENAL DISANA ADALAH BATU DAN JED. BERHENTI DI MASJID NURUL ISLAM CINA DI MESAI SEBELUM BERANGKAT PULANG.SEBAHAGIAN PESERTA MALAYSIA PULANG KEMALAYSIA DENGAN KAPAL TERBANG KECUALI ZULZAIDI, HAJI ISMAIL, USTAZ ADAM DAN USTAZ RASHID.

12.00 TENGAHARI
BERGERAK KE MASJID QUBA’ DAERAH PAN NEGERI CHANGRAI..

2.15 PETANG
SAMPAI DAN SOLAT JAMAK TAKDIM SERTA PERSIAPAN MAKAN NASI GORENG.

3.50 PETANG
BERTOLAK DARI MASJID QUBA


21 DISEMBER 2007

6.00 PAGI
SUBUH DI MASJID NANGKON SAWAT PAKISTAN

11.00 PAGI
PERGI KEPASAR DI TAYANG DAN PERSIAPAN MAKAN TENGAHARI DI MASJID TAYANG.MASJID INI DIDUDUKI OLEH ORANG PAKISTAN.

4.30 PETANG
SOLAT JAMAK TAKHIR DI PERHENTIAN CHUMPA. MAKAN MEE DISANA. MENYUARAT RINGKAS TENTANG TEMPOH PERJALANAN YANG MENGAMBIL MASA KURANG DARI 12 JAM LAGI.SELEPAS MAKAN TERUS BERGERAK MENUJU KE NANGKON SITAMARAT.

10.30 MALAM
SAMPAI DI NANGKON SITAMARAT BERJUMPA DENGAN KAPTEN HASSAN DAN MAKAN KUEW TIEW DAN NASI GORENG.



22 DISEMBER 2007
3.00 PAGI
SAMPAI DI MASJID KWANLONG HATNYAI. SOLAT JAMAK TAKHIR DAN MESYUARAT RINGKAS TENTANG PERJALANAN. PESERTA MALAYSIA ZULZAIDI, USTAZ RASHID DAN HAJI ISMAIL AKAN DITINGGALKAN DI MASJID KWANLONG DAN PESERTA THAILAND AKAN TERUS KE YALA DAN PATTANI.

7.00 PAGI
BERTOLAK DARI MASJID KWANLONG KE PEKAN HATNYAI BERSAMA USTAZ RASID DAN HAJI ISMAIL MENGGUNAKAN TUK-TUK. BELI TIKET KERETAPI SETERUSNYA BERSIAR-SIAR DISEKITAR HATNYAI DAN MEMBELI SEDIKIT BARANG-BARANG HIASAN.

2.30 PETANG
BERTOLAK DENGAN KERETAPI KE BUTTERWOTH. SAMPAI DISEMPADAN THAILAND MALAYSIA DI PADANG BESAR DAN PENUKARAN WANG MALAYSIA DARI WANG THAILAND.

10.00 MALAM
SAMPAI DI PULAU PINANG. HANTAR HAJI ISLNAIL SAMPAI KE TANGJONG TOKONG

12.00 MALAM
SAMPAI DI KRISTAL HEIGHT.


PERJALANAN KE THAILAND TAMAT


PEMBUANGAN DAN PEMBUNUHAN BAYI : HINANYA SIKAP MANUSIA ZAMAN MODEN  

Posted by Zulzaidi





Lihat sahaja di kota-kota besar tersergamnya hutan batu yang memuncak tingginya sehingga mencecah langit biru. Bangunan-bangunan seperti KLCC, KL Tower, pejabat-pejabat kerajaan menjadi mercu tanda sebuah Negara Malaysia yang diagungi dunia. Teknologi negara juga makin setaraf dengan negara-negara maju sama ada dari sudut teknologi maklumat hatta melahirkan seorang angkasawan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita setanding negara-negara maju dan berteknologi. Tetapi disebalik bangunan-bangunan pencakar langit dan teknologi hebat ini manusia kian hilang sifat keperimanusisan yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Kenapa dikatakan manusia hilang sikap kemanusian? Jawapannya kerana manusia sudah hilang nilai-nilai agama dalam jiwa dan terhakis nilai-nilai budaya yang mencerminkan ketamadunan manusia.
Lihat sahaja di dada akhbar tempatan yang memaparkan pelbagai isu panas seperti isu pembuangan bayi yang tidak berdosa, penderaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian atau isu penculikan kanak-kanak yang heboh diperkatakan kini. Ini menunjukkan masyarakat masih kurang peka dengan isu ini sedangkan isu ini merupakan isu universal dan global yang menjadi bualan penduduk dunia lebih-lebih lagi isu berkaitan dengan pembuangan bayi yang tidak berdosa sehingga menyebabkan kematian. Kerakusan hawa nafsu dan hilangnya sikap kepekaaan terhadap nilai dan ajaran agama menyebabkan manusia tersasar jauh dari landasan yang sepatutnya.
Baru-baru ini Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah beg plastik di bawah sebuah rumah berhampiran kilang papan, bayi itu ditemui oleh salah seorang pekerja kilang tersebut. Tidak berakhir disitu sahaja apabila Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran mendedahkan kepada media mengenai penemuan mayat seorang bayi lelaki yang telah dicampakkan ke dalam tong sampah. Hasil siasatan mandapati pembunuh bayi tersebut adalah ibunya sendiri yang juga merupakan seorang pembantu rumahwarga Indonesia.
Ada juga ibu yang mengandungkan anak sanggup melakukan jenayah terkutuk, perkara ini berlaku di Kuala Lumpur seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dipercayai dijerut dengan tali seluar oleh ibunya sehingga mati. Mayat bayi itu dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan sebelah tangannya terkeluar dari tangki air di bilik air tingkat bawah rumah dua tingkat di Taman Tengku Abdul Rahman,
Heboh pula kisah terbaru yang mana Seorang lelaki menemui mayat bayi kembar dibungkus dalam sebuah beg plastik dan diletakkan atas meja di gerainya di simpang Jalan Silang, pekan Sungai Besi. , Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim menyatakan kepada media bahawa bayi kembar berkenaan dijumpai cukup sifat. Lihat sahaja perkara hina ini berlaku lagi. Setiap minggu pasti ada kes seumpa ini yang mampu merosakkan imej negara

PUNCA
Punca terjadinya kes-kes pembuanagan bayi adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan didikan agama sehingga sanggup melakukan perbuatan zina. Akibatnya bagi menutup malu di atas kesalahan tersebut, ada segelintir pasangan yang sanggup memakan pil-pil tertentu bagi tujuan pengguguran bayi dan ada juga yang membiarkannya sehingga beranak dan terus membunuh bayi yang tidak berdosa ini, Ada juga yang meninggalkan bayi itu dengan ucapan “tolong kebumikan mayat ini”. Kejadian ini dilakukan di Sepang dimana mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam bungkusan plastik yang dibuang di dalam tong sampah di hentian rehat Dengkil bersama nota 'tolong kebumikan bayi ini'. Apa jenis manusia yang sanggup melakukan demikian.
Setiap agama di dunia ini amat mengeji dan mengutuk perbuatan hina ini, Agama Islam sendiri mengutuk keras perbuatan keji dan hina ini, khalifah kedua Islam Saidina Umar R.A yang telah menanam anak perempuannya hidup-hidup sewaktu jahiliah menangis dan mengutuk perbuatan beliau sewaktu jahiliah. Punca lain yang menjadikan manusia binatang ini sanggup melakukan demikian adalah kerana terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat seperti seks bebas serta pengaruh bahan-bahan pornografi.
CARA MENGATASINYA
Dr. Narimah Awin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, berkata, pendidikan seksualiti yang teratur, formal dan sesuai dengan konteks negara merupakan langkah penting dalam membanteras salah laku seks. Kajian di Sweden dan beberapa negara lain menunjukkan pendidikan seksualiti telah menurunkan kadar pengguguran bayi dan remaja di negara tersebut memulakan aktiviti seksual pada umur yang lebih tua berbanding sebelumnya, Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim pula berkata, pendidikan agama tidak boleh ditinggalkan dalam usaha mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.
Parlimen Agama-agama Dunia di Chicago pada tahun 1998 juga memperakui empat pokok permasalahan keruntuhan dan pelanggaran etika yang berleluasa dalam masyarakat iaitu membunuh, mencuri berdusta dan melakukan kesalahan seks tidak wajar dilakukan dan patut dijauhi sama sekali agar dapat merealisasikan masyarakat yang sejahtera,
Selain itu penguatkuasaan undang-undang juga memainkan peranan yang penting. Di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mesti dikuatkuasakan dengan lebih jitu lagi agar perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.
Kesimpulannya bagi membendung masalah pembuangan bayi sehingga mengakibatkan kematian adalah dengan kembali kepada ajaran agama Islam. Seterusnya masyarakat terutama dikalangan remaja mestilah menjauhi perkara-perkara negetif seperti pergaulan bebas yang melampaui batas, bahan-bahan pornografi dan sebagainya yang mampu menyebabkan perkara ini berulang lagi.



(ZULZAIDI BIN MAHMOD)
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954

21/02/08

MAHASISWA MAHUKAN PENJELASAN  

Posted by Zulzaidi



Bahang Pilihanraya kian terasa, parti-parti yang terlibat dari pihak Barisan Nasional samada UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN juga dari Barisan Alternatif samaada PAS, KEADILAN, DAP sama-sama sudah menyiapkan jentera masing-masing, sekarang hanya menunggu tarikh Pilihanraya Umum akan diadakan. Bahang ini terasa kepada semua yang dibenarkan mengundi dari umur 21 tahun dan ke atas bagi memilih ADUN dan Ahli Perlimen yang akan memegang tampuk pimpinan Negara Malaysia yang kita cintai. Mahasiswa juga tidak terkecuali dari menerima tempias bahang Pilihanraya Umum ini sehinggakan ada segelintir mahasiswa yang sanggup pergi ke pejabat suruhanjaya pilihan Raya (SPR) semata-mata untuk mendaftarkan Parti Mahasiswa Negara (PMN).
Ekoran dari sikap segelintir mahasiswa ini yang mahukan demokrasi yang jelas telah memberi tamparan yang hebat daripada pelbagai pihak samaada Kementerian Pengajian Tinggi, pihak universiti, badan NGO dan juga dari golongan mahasiswa sendiri. Ada yang memberikan sokongan atas penubuhan PMN ini atas alasan hak mahasiswa untuk berpolitik sudah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 119 dan tidak dapat disangkal lagi kerana kebanyakan mahasiswa sudah berumur lebih dari 21 tahun ke atas. Pendapat yang menyokong juga menyatakan mahasiswa mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan bebas untuk bercakap dibawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan seperti mahukan kadar faedah PTPTN yang membebankan graduan tidak dikenakan dan dihapuskan samasekali, hak untuk mengadakan aktiviti tidak disekat oleh pihak atasan dan sebagainya.
Ada juga yang berpendapat PMN ini tidak wajar ditubuhkan seperti Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Azarae Idris yang menyatakan tindakan menyertai PMN jelas menyalahi Peraturan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)1971 subseksyen 15 (1), 15 (2) dan dibawah seksyen 15 (3). Mengikut peraturan ini katanya semua pelajar atau mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) dilarang terlibat dengan parti politik atau mana-mana pertubuhan.
Segelintir mahasiswa yang memandang serius isu ini menyatakan jika sekiranya mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana pertubuhan dan parti politik, ini bermakna mahasiswa tidak perlu berpilihanraya justeru tidak perlu mengundi sama sekali. Hal ini kerana mahasiswa tidak dapat mengenali calon Pilihanraya Umum ini dengan lebih dekat dan agak mustahil memilih calon tersebut untuk memimpin negara. Jika sikap ini ada pada lebih 100,000 mahasiswa maka demokrasi pilihanraya yang bersih tidak wujud lagi di Malaysia.
Segolongan mahĂ siswa mahukan pihak yang berkenaan samada badan perundangan dan badan kehakiman dapat memberikan penafsiran statut ini samada dari Perlembagaan Persekutuan dan statut Akta Univertsiti Dan Kolej Universiti (AUKU)1971 ini samada menggunakan pendekatan “The Literal Approach, The Golden Rule, The Mischief Rule atau The Purposive Approach” berkenaan politik dikalangan mahasiswa yang terbatas. Penafsiran ini diharapkan dapat menghilangkan keraguaan kepada mahasiswa yang intelek yang akan memacu Negara Malaysia pada masa hadapan.

ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954

MAHASISWA PERLU DOMINAN  

Posted by Zulzaidi

Institut Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama seperti UM, UIAM, UKM, USM, UPM, UUM sehinggakan kepada kolej-kolej swasta diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju dan ia juga bertepatan di bawah pendekatan Islam Hadhari iaitu Pembangunan Modal Insan. Walaupun banyak graduan yang lulus dengan cemerlang dalam bidang akademik tetapi amat kurang sekali yang memahami isu serta masalah yang terdapat di dalam realiti masyarakat seperti isu kemiskinan, sosial pelajar sekolah yang semakin teruk dan meruncing, isu hiburan yang melampaui batas seperti Black Metal dan Punk, isu kehalalan produk makanan serta isu-isu kepenggunan yang tidak terjawab lagi oleh mahasiswa sehingga hari ini.
Kita tidak sedar bahawa dilapangan masyarakat amat memerlukan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi untuk membantu membina kesedaran masyarakat dalam membina sebuah negara yang utuh dan kukuh yang mampu membantu kerajaan di bawah pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di bawah cogan kata Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Ini jelas dapat dilihat di dalam masalah banjir yang melanda Negara kita baru-baru ini hanya segelintir mahasiswa sahaja yang sanggup turun kelapangan mencari sumbangan dari pelbagai pihak bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir ini. Begitu juga dengan isu kepenggunaan yang mana masyarakat telah didedahkan sekian lama terhadap isu dan masalah kepenggunaan yang amat kritikal seperti masalah FUN, FOOD, FASHION yang kurang diberi perhatian oleh mahasiswa yang telah mengetahui isu-isu ini secara terperinci dalam sistem pelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi kepada masyarakat.
Persoalan yang timbul kenapa mahasiswa tidak terlibat dalam isu dan masalah di dalam realiti masyarakat telah terjawab sekian lama iaitu ungkapan MALAS, pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk beraksi di dalam masyarakat bagi membantu masyarakat dalam meleraikan sesuatu isu dan masalah dari sudut kaca mata mahasiswa. Persatuan dan kelab di Institusi pengajian tinggi bukan hanya tertumpu di dalam kampus sahaja tetapi perlu meluaskan skop keperingkat nasional malahan jika mampu dibawa keperingakat global seperti isu FTA, Palasten, dan lain-lain isu lagi . Persatuan dan kelab yang ada di Institusi pengajian tinggi bukan hanya duduk dibangku dan baca buku serta program disekitar kampus sahaja tetapi boleh memainkan peranan yang telah diberikan semaksima mungkin sebagai contoh menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang mana mahasiswa mampu mengetahui isu dan masalah masyarakat dari akar umbi dan boleh menilai dari kaca mahasisiwa supaya isu dan masalah itu ditangani dan diambil perhatian serta tindakan dengan jayanya. Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman penasihat agama kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam ucapan perasmian Muktamar Kebangsaan Amal Islami 2007 anjuaran Yayasan dakwah Islamiah Malaysia di Hotel Grand Season Kuala Lumpur menyatakan bahawa sistem demokrasi yang dibawa oleh negara Malaysia bukan hanya terhadap politik tetapi juga sistem pendidikan dan sewajarnya mahasiswa memahami bahwa demoksari pendidikan ini adalah mampu untuk membentuk sebuah Negara Islam yang maju dan syumul. Dapat kita lihat bahawa ruang dan peluang telah diberikan oleh kerajaan kepada mahasiswa untuk membantu masayarakat semampu mungkin dan ini juga mampu meningkatkan kualiti dan idealisme mahsiswa semaksima mungkin.
Kita selaku mahsiswa yang mempunyai pemikiran yang kritikal perlu memandang tinggi serta penting terhadap isu dan masalah masyarakat. Ini kerana mahasiswa juga merupakan sebahagian komponen terhadap masyarakat dan perlu untuk menyumbang terhadaap masyarakat daripada apa yang di pelajari di Institusi Pengajian Tinggi.masalah dan isu ini adalah isu bersama bukan hanya isu kerajaan dan NGO tetapi juga isu mahasiswa agar bantuan mahasiswa ini mampu meringan dan memudahkan kerja pelbagai pihak dan kita juga secara tidak langsung mengharumkan nama institusi pengajian tinggi yang kita belajar kerana kita mampu untuk mengaplikasikan apa yang kita perolehi di Institusi Pengajian Tinggi ke lapangan masyarakat.

ZULZAIDI BIN MAHMOD
KETUA KOORDINATOR
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954
4JANUARI2008

MAHASISWA PERLU MENJUARAI ISU MASYARAKAT  

Posted by Zulzaidi

Sistem pendidikan negara kerap diperkasakan daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat IPT sama ada IPTA atau IPTS, pemerkasaan ini dilakukan agar pendidikan negara lebih jitu serta maju dan tidak ketinggalan dari negara-negara yang maju dari sudut keilmuan dan teknologi. Mahasiswa juga merupakan kelompok yang berada dalam pemerkasaan Pendidikan Negara, tetapi mahasiswa hanya duduk dibangku sambil membaca buku dan tidak mengetahui perihal masyarakat yang kian terpinggir dan disisihkan walhal sistem pendidikan menganjurkan mahasiswa agar lebih bersikap praktikal dan kritikal. Mahasiswa perlulah mengetahui hal ehwal masyarakat dan berani turun kelapangan masyarakat kerana mahasiswa juga merupakan komponen masyarakat yang terpenting. Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak Institisi Pengajian Tinggi tidak menghalang mana-mana mahasiswa untuk melibatkan diri bersama masyarakat selagi mana tidak berlawanan dengan undang-undang universiti.
Mahasiswa yang melibatkan diri dengan masyarakat sewaktu berada di menara gading lebih menjamin peluang dan ruang kerjaya yang lebih terancang kerana ia sudah mengetahui perihal masyarakat ini dengan jelas. Banyak isu masyarakat yang dijuarai oleh kebanyakan organisasi samada pihak kerajaan dan badan NGO, tetapi amat kurang bagi pihak mahasiswa menjuarai isu masyarakat ini sedangkan mahasiswa mempelajari teorinya di IPT secara terperinci. Antara isu mayarakat yang terkini adalah tentang kes penculikan kanak-kanak seperti adik Nurin Jazlin dan adik Sharlinie, isu kemiskinan luar Bandar, isu ibu tunggal yang dipinggirkan oleh anak-anak, isu USFTA, isu tangkapan nelayan yang sering diganggu bot pukat tunda, isu pesawah yang diserang siput gondang, isu remaja yang hidup bergelumang najis dadah dan rokok, isu kuari yang menyebabkan masyarakat dilanda banjir lumpur dan pelbagai isu lain yang tidak diketahui oleh mahasiswa secara khusus.
Datuk Rais Zainuddin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Bertindak Bekalan Tenaga dan Air Negeri Sembilan, menyatakan bahawa lahirnya seorang pemimpin negara adalah kebanyakannya dari menara gading dan beliau merasakan terpanggil untuk menjuarai isu masyarakat ini sehingga rakyat memlilh beliau menjadi Ahli dewan Undangan Negeri untuk masyaratkat. Tambahannya lagi mahasiswa perlulah mengetahui dan peka seberapa banyak isu masyarakat agar mahasiswa tidak kekok apabila berdampingan dengan masyarakat. Di sini dapat kita simpulkan bahawa mahasiswa perlulah sentiasa mengetahui isu masyarakat secara praktikal kerana secara teorinya sudah mereka pelajari dengan lebih mendalam dan terperinci daripada professor dan pensyarah yang terkemuka. Mahasiswa perlulah berdampingan dengan masyarakat seperti murid dan pelajar sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti motivasi yang bersifat Bina Intelektual dan Kerohanian, bersama belia agar menjauhi najis dadah serta rokok yang menjadi bahan penyebab kanser utama dunia, bersama kaum ibu dari segi soal kepenggunaan yang teratur. Jadi pihak kerajaan dan badan NGO dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih lancar lagi apabila mahasiswa sudi membantu dan memberi sokongon padu.
Datuk Hasan Salleh Ahli Parlimen Kuala Pilah dalam program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Universiti Malaya di Kg. Tanggai menyatakan mahasiswa perlulah mengetahui adat istiadat masyarakat yang masih wujud dan mengamalkannya selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau berkata demikian sewaktu program akikah dan berzanji di Masjid Kg. Tanggai. Ini jelas menunjukkan bahawa budaya masyarakat juga kian terpinggir dan perlu diberi perhatian supaya ketahui umum. Apabila ditanya mahasiswa bagaimanakah cara berzanji dan marhaban? Hampir kebanyakannya menggeleng kepala kerana tidak mengetahui bagaimana cara untuk berzanji dan marhaban, sedangkan budaya inilah yang mendekatkan masyarakat antara satu sama lain, tetapi kian dilupakan oleh generasi masa hari ini.
Mahasiswa juga mestilah berani tampil memberikan khidmat kepada masyarakat dalam permasalahan masyarakat sama ada permasalahan kesihatan, sosial, peribadi yang mana dengan praktikal ini mampu memberi pengalaman yang luas kepada mahasiswa untuk berdampingan bersama masyarakat dengan lebih dekat selepas bergelar graduan. Perkara ini telah dilakukan oleh pelajar perubatan Universiti Malaya dan jururawat Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tampil memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah bagi golongan yang kurang berupaya. Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejed yang digelar Singa Baru Dunia Islam menyatakan bahawa beliau tinggal dalam masyarakat dan terus berhubungan dengan masyarakat agar beliau mengetahui serta mengambil berat keperluan-keperluan masyarakat. Hal ini juga perlu di aplikasikan oleh mahasiswa agar mahasiswa ini tahu apa yang diperlukan oleh masyarakat dan berusaha menyelesaikannya dengen menggunakan pelbagai medium yang ada.
Prof Faisal Hj Ali pensyarah Fakulti Kejuruteraan menyatakan jika sekiranya mahasiswa berani turun kelapangan maka tempat yang paling sesuai adalah kawasan pedalaman yang belum maju agar mahasiswa tahu kehidupan yang sebenar yang dilalui oleh sesebuah masyarakat yang masih belum terdedah dengan pembangunan. Terdapat segelintir mahasiswa yang telah pergi ke perkampungan orang asli di Kg. Kuala Mu Sg. Siput perak melihat bahawa teknologi tidak menjamin keharmonian hidup tetapi yang penting adalah sebuah masyarakat yang hidup dalam keadan aman dan damai.
Kesimpulannya mahasiswa perlulah mejuarai isu dan permasalahan masyarakat dan berani turun kelapangan masyarakat agar masyarakat tahu bahawa golongan intelek ini tidak hanya berada dibangku dan membaca buku sahaja tetapi lebih daripada itu yang sanggup pergi beratus-ratus batu semata-mata untuk menjuarai isu masyarakat. Selainnya mahasiswa juga perlulah mengetahui teori dan praktikal sesebuah permasalahan dan cara mengatasinya secara berkesan dengan bantuan kerajaan dan badan-badan NGO. Mahasiswa yang jitu bukan hanya pintar dalam bidang pendidikan bagi mendapat anugerah Dekan dan di Raja Universiti tetapi mestilah berani mempraktikkan apa yang telah dipelajari.


(ZULZAIDI BIN MAHMOD)
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954
12FEBRUARI2008

MEMPERKASA RUKUN NEGARA  

Posted by Zulzaidi




Setiap hari isnin murid sekolah berkumpul dalam perhimpunan mingguan, dalam tentetif perhimpunan itu wajib terdapat ikrar Rukun Negara, tanya sahaja pada mana-mana murid sekolah apa itu Rukun Negara? pasti sahaja mereka dengan lancar menyatakan pertama Kepercayaan Kepada Tuhan, kedua Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, ketiga Keluhuran Perlembagaan, keempat Kedaulatan Undang-Undang dan kelima Kesopanan Dan Kesusilaan. Tapi bila ditanya apa itu Perlembagaan? mereka pasti menggeleng kepala, apa itu undang-undang? juga menggeleng kepala. Ramai yang sedar bahawa Rukun Negara dikongsi disetiap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, belia, orang tua hatta berlainan ideologi politik samaada UMNO, PAS, DAP, KEADILAN dan sebagainya. Mohd Ayob abd Razid pegawai perhubungan Awan di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan menyatakan bahawa rakyat malaysia masih keliru dengan maksud sebenar Rukun Negara.
Rukun negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia, ia telah dibentuk 31Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibawah teraju Tun Abdul Razak iaitu setahun selepas terjadinya 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman Negara Malaysia.
Kerajaan Malaysia memperkasa Rukun Negara dengan bermacam cara termasuk meletakkan ungkapan Rukun Negara dibelakang buku tulis, depan pejabat-pejabat kerajaan, iklan-iklan dijalanraya sampaikan menghasilkan sebuah lagu Rukun Negara yang berkumandang diradio dan juga televisyen, tetapi apa yang masyarakat faham? Masih menjadi persoalan kepada kita selaku sebahagian anggota masyarakat.
Masyarakat yang mempunyai idealisme dan bersikap kritikal terutama dari golongan pendidik, mahasiswa sehingga kepada kepimpinan masyarakat dan negara perlulah memainkan peranan yang lebih jitu untuk memperkasa Rukun Negara, menerangkan apa yang ada di dalam Rukun Negara secara terperinci.
Penerangan terhadap Rukun Negara ini mampu memberikan impak yang cukup besar kepada negara, kita lihat sahaja dari rukun yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan, pasti sahaja masyarakat yang memahahami rukun pertama ini tidak akan melanggar batasan agama dan pastinya tidak akan terjadi kesesatan yang berganda-ganda seperti yang berlaku pada masa sekarang yang tersenarai di Jabatan agama Islam, contohnya kes ayah pin, kes rasul melayu, kes anti hadis, Begitu juga dengan kes-kes moral dalam soal pelacuran, perjudian dan penzinaan yang menggugat sistem kestabilan masyarakat secara total.
Lihat sahaja pada rukun kedua Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, ditanya pada mana-mana masyarakat dari kanak-kanak sampaikan ke orang dewasa langsung tidak tahu dimana daulatnya Raja, perkara ini amat mengecewakan kita. Kedaulatan Yang Di Pertuan Agung dan sultan pemerintah tertinggi negara dan tidak boleh dicabar dan patut rakyat Malaysia setia dengan Baginda, maka masyarakat yang memahami isu ini perlu peka untuk menjelaskan perkara ini secara terperinci agar tidak ada yang berani mencabar kedaulatan raja dan negara secara tidak langsung pasti tidak ada rusuhan, atau apa-apa perkara yang mampu menjatuhkan imej Negara Malaysia dimata dunia.
Keluhuran Perlembagaan sering disalah ertikan, ada yang tidak faham tentang apa itu perlembagaan, dan penjelasan ini perlulah diterap dari peringkat sekolah bahawa negara Malaysia yang kita cintai ini mempunyai perlembagaan yang mencorakkan pemerintahan negara. Menurut Prof. Dato’ Dr. Monir Yaacob bekas pensyarah di Jabatan Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya menyatakan amat wajar supaya perlembagaan persekutuan ini diketahui oleh masyarakat umum supaya ianya jelas dan difahami dengan sempurna. Tun Mohd Saleh Abbas bekas Hakim Negara dalam buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia memperjelaskan bahawa Perlembagaan merupakan elemen penting pemerintahan di Malaysia kerana ianya merupakan undang-undang tertinggi Negara dan juga menjelaskan hak-hak asasi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang seringkali kita dengar di media elektronik dan media cetak yang mana ada sesetengah pihak yang berani mencabar undang-undang negara, dan bilangannya cukup ramai, jika kefahaman Rukun Negara yang keempat ini di tafsirkan dan diperjelaskan kepada masyarakat dengan terperinci, pasti ramai yang akur dan patuh pada undang-undang negara yang berdaulat. Menurut Prof. Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim dalam buku Sistem Undang-Undang Di Malaysia menyatakan undang-undang adalah wajib dipatuhi oleh rakyat.
Kesopanan Dan Kesusilaan haruslah ditanamkan pada diri setiap masyarakat bukan hanya dibibir sahaja yang tahu menyebut tetapi perlulah mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sikap negatif hendaklah dibuang dan sikap yang positif wajiblah diamalkan supaya pandangan masyarakat luar Malaysia menilai kita sebuah masyarakat yang maju dari segi peradaban. Jika kesopanan dan kesusilaan diterapkan dari kecil maka tiadalah perkara negatif yang dilakukan seperti merokok dan meminum arak serta penculikan kanak-kanak, secara tidak langsung pastinya pihak Polis Diraja Malaysia dibawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan lebih mudah melaksanakan tanggungjawab mereka. Seharus dan sewajarnya Rukun Negara ini dijadikan pedoman yang patut dihadam oleh semua rakyat Malaysia agar kita menjadi masyarakat yang maju dan jitu.
Memperkasa Rukun Negara ini perlu diperincikan lagi agar kefahamannya jelas dari peringkat tadika, sekolah, ipt dan lapangan pekerjaan seterusnya merangkumi segenap lapisan masyarakat dalam merealisasikan impian perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai sebuah masyarakat Cemerlang,Gemilang dan Terbilang. Peranan memperkasakan Rukun Negara bukan hanya tertumpu kepada kerajaan semata-mata tetapi NGO, badan-badan pelajar, kesatuan pekerja perlulah berperanan sama agar perpaduan negara yang kita cintai makmur dari perbalahan antara kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 lalu. Perkara paling penting adalah membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi dan juga mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama


ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954
25 januari 2008

MAHASISWA PERLU BIJAK MENGURUS KEWANGAN  

Posted by Zulzaidi

Mahasiswa diseluruh IPT samada IPTA atau IPTS dalam atau luar negara di peringkat global, rata-rata mendapat bantuan pelajaran samada bantuan dari Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Yayasan Negeri, Majlis Agama Islam, Bank, Syarikat Swasta dan banyak lagi badan yang menyediakan bantuan biasiswa dan pinjaman ini.
Semenjak masuk ke sesi semester baru maka pinjaman atau biasiswa disalurkan kepada mahasiswa untuk pendidikan di IPT, dan kebanyakan pada tahun 2008 ini peningkatan kepada bantuan pelajaran meningkat seperti KPM sehingga RM6000, JPA sehingga RM5000 dan sebagainya. Apabila sahaja kewangan disalurkan kepada mahasiswa maka banyak persoalan yang timbul dalam kepala mahasiswa ini. persoalan yang ditimbulkan setiap semester selepas mendapat bantuan kewangan adalah sama, iaitu buku rujukan apa yang ingin dibeli, handphone baru apa yang ingin diguna, bagaimana hendak upgrade komputer dan laptop, aksesori motorsikal apa yang ingin ditukar untuk kelihatan gah, pakaian baru apa yang ingin dibeli untuk bergaya, ke mana tempat makan mahal yang hendak dituju, Megamall mana yang hendak dituju untuk ber’shoping’, rata-rata inilah soalan subjektif yang sering berputar dikepala mahasiswa. Dari kebanyakan persoalan itu hanya beberapa perkara sahaja yang menjadi keperluan, tetapi yang lain adalah kehendak kadang-kadang kehendak itu melampaui batas yang tidak sepatutnya.
Apabila ditanya 50 orang mahasiswa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya secara rawak terhadap berapa ramai yang menyimpan sedikit wang bantuan yang telah diberikan? Cume 62% sahaja yang melakukan demikian. Amat memalukan mahasiswa yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sepatutnya mempunyai simpanan untuk masa hadapan agar tidak menyusahkan orang lain.
Ada juga mahasiswa yang dalam masa 3 hari sahaja dari tarikh penerimaan wang bantuan sudah habis membayar hutang kawan-kawan, jadi terpaksa hutang lagi. Ada juga yang membazir sehingga membeli 1 kotak rokok 14 batang sehari, ada juga yang sanggup pergi ke Genting Highland semata-mata melayani hiburan atas orientasi hedonisme yang tidak perlu sama sekali. Amat tidak wajar mahasiswa melakukan perkara-perkara yang negatif ini. Pengurusan kewangan dikalangan mahasiswa perlu dikemaskan lagi, yang mana keperluan diutamakan dari kehendak, pengurusan ini amat penting untuk membentuk peribadi cemerlang dimasa hadapan dalam realiti masyarakat.
Mohd Hanif Bin Omar dari Jabatan Syariah Pengurusan Universiti Malaya menyatakan mahasiswa ramai yang tidak mempunyai buku pengurusan kewangan sedangkan ia penting agar aliran kewangan kita lebih efektif dan signifikan. Jaringan Nasional Belia Mapan (MAPAN) melihat kewajaran mahasiswa untuk pengurusan kewangan adalah perlu dan wajib agar kewangan mahasiswa ini dialirkan secara betul dan efisyen.
S.M Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan masyarakat perlulah menjadi pengguna yang bijak dalam segala aspek kehidupan. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan banyak cara telah membuat pelbagai propaganda positif agar rakyat Malaysia peka tentang pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian. KPDNHEP telah menggunakan media bercetak dan juga media elektronik untuk mengeluarkan teknik cara bijak berbelanja dengan slogan “pastikan mutu, bandingkan harga, beli yang perlu”. Slogan ini jelas menunjukkan bagaimana masyarakat perlu untuk berbelanja dalam kehidupan seharian secara efektif agar menjadi pengguna yang bijak, tidak terkecuali golongan mahasiswa yang perlu berbelanja dengan barangan yang perlu dan diutamakan seperti buku rujukan.
Mahasiswa yang prihatin terhadap isu pengurusan kewangan ini perlulah peka dan sentiasa saling nasihat menasihati teman-teman sekampus yang lain agar sentiasa berjimat cermat dan juga menyimpan agar menjadi mahasiswa yang bijak dalam pengurusan kewangan. Banyak institusi kewangan seperti Bank Rakyat, CIMB, MAYBANK dan lain-lain telah menyediakan sistem simpanan kewangan kepada masyarakat agar masyarakat dapat memanfaatkan simpanan semaksima mungkin. Mahasiswa perlulah mengurus kewangan dari segi perbelanjaan dan simpanan yang lebih efisyen untuk membentuk generasi yang mampu menjamin masa depan.


ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN (MAPAN)
Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954