Televisyen 'curi' masa berkualiti kanak-kanak  

Posted by Zulzaidi

Oleh Nor Affizar Ibrahim


PERLU PERHATIAN: ibu bapa wajar memastikan anak hanya menonton rancangan berunsurkan ilmu pengetahuan dan mempunyai nilai positif.

Jumlah masa menonton pelbagai program lebih banyak berbanding tempoh diluangkan bersama ibu bapa

MEDIA elektronik, khususnya televisyen adalah media yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat dari peringkat warga tua hinggalah belia, remaja dan kanak-kanak. Di antara golongan berkenaan, kanak-kanak adalah antara yang paling ramai dan banyak menghabiskan masa menonton televisyen.

Bermula dari jam sembilan pagi kanak-kanak sudah pun terpacak di hadapan televisyen untuk menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara sepenuhnya. Bagi pihak penyiaran pula, menyedari kanak-kanak menjadi kelompok utama yang menonton televisyen maka pelbagai rancangan berunsurkan cita rasa dan minat golongan itu disajikan.

Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmod, berkata senario yang berlaku itu tanpa disedari didapati, televisyen yang mendidik kanak-kanak dan bukannya ibu bapa. Televisyen melayani dengan tekun dan memberi layanan memuaskan hati kanak-kanak tanpa berasa gusar atau bosan walau sesaat.

Beliau berkata, belaian dan kasih sayang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa, sekali gus sudah beralih kepada televisyen yang boleh mengajar anak apa saja dan perkara itu amat menyedihkan.

“Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan itu seolah-olah berbentuk realiti menerusi kaedah 3 dimensi atau 3D. Setiap hari kartun diibaratkan seperti makanan yang wajib dimakan dan tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton cerita demikian.

“Pihak penyiaran mencuri masa emas kanak-kanak untuk menonton rancangan kartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sincha, Spongebob dan sebagainya sedangkan waktu itu sepatutnya menjadi masa sesuai yang perlu digunakan ibu bapa untuk mematangkan anak seperti membaca dan bermain bersama mereka,” katanya.

Zulzaidi berkata, rancangan kanak-kanak yang dipertontonkan kepada si cilik pada waktu emas antara jam dua petang hingga lapan malam juga adalah waktu yang sesuai dan sewajarnya untuk mereka menyiapkan kerja sekolah atau membaca bahan ilmiah bagi melancarkan pembacaan, belajar mengaji mahupun beriadah dengan tujuan menyihatkan tubuh badan.

Bagaimanapun, katanya waktu itu sudah digunakan kanak-kanak untuk menonton televisyen tanpa berasa rugi. Justeru, tidak menghairankan jika laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat mendapati, pencapaian akademik jatuh ketara bagi kanak-kanak di negara itu yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu.

“Tempoh 10 jam seminggu itu jika digandakan selama setahun adalah jauh lebih banyak dengan masa seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk menjadi graduan. Oleh itu senario ini perlulah difikirkan ibu bapa dan dititikberatkan untuk menjana generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut berpendapat, klasifikasi siri rancangan khususnya ‘Umum’ yang menyatakan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan turut menjadi garis panduan asas membenarkan kanak-kanak menonton rancangan televisyen berkenaan didapati tidak semuanya sesuai ditontoni oleh mereka. Ini kerana rancangan televisyen yang diklasifikasi ‘Umum’ turut didapati ada berunsur negatif dan patut dijauhi.

Katanya, melalui rancangan televisyen yang disiarkan kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Mungkin ibu bapa tidak sedar bahawa kebanyakan cerita kartun yang dipertontonkan kepada si cilik di dunia global ada unsur keganasan dan khayalan melampau sama ada dari segi dialog mahupun aksi lakonan oleh watak dalam cerita berkenaan.

Lebih membimbangkan, kesan negatif dibawa itu membawa pengaruh terhadap nilai keagamaan terutama kepada kanak-kanak yang mula mengorak langkah mengenal agama. Contoh paling ketara adalah masa sesuatu rancangan itu disiarkan yang kesannya sehingga melekakan kanak-kanak daripada menunaikan amalan yang sepatutnya.

“Kita sedia maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam tujuh hingga ke lapan malam. Bagi yang beragama Islam pula pada waktu itu adalah penting untuk mengerjakan solat Maghrib. Lazimnya, peringkat kanak-kanak adalah waktu yang paling sesuai untuk mendidik si cilik belajar solat. Tetapi jika waktu itu disajikan dengan cerita yang digemari kanak-kanak, sudah tentu ia memberi kesan untuk mendidik mereka,” katanya.

Begitu pun, Zulzaidi akui bukan semua rancangan di televisyen mempunyai kesan buruk dan negatif, tetapi pemantauan ibu bapa adalah perlu agar si cilik hanya melihat rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan dan mempunyai nilai positif.

“Ibu bapa perlu memikirkan keperluan anak mereka. Jika ia dianggap keperluan yang mampu merangsang minda tanpa ada unsur negatif bolehlah dipertimbangkan. Ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama anak dalam setiap aktiviti mereka termasuklah, ketika menonton televisyen,” katanya.

Beliau turut menegaskan, bukan hanya cerita kartun saja yang patut dijauhi tetapi televisyen itu sendiri mesti dijauhi dan pastikan ia jarang terpasang agar tidak menjadi satu keperluan kepada anak. Pendekatan itu dapat memastikan keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda negatif.

INFO: Kajian mengenai kesan televisyen terhadap kanak-kanak


Akademi Pediatrik Amerika menyarankan supaya televisyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Rasionalnya, dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia dan bukan didikan imej di televisyen.

Pakar Perkembangan Hemisfera Otak Universiti Chicago, Dr Jerre Levy, berkata kemahiran bahasa boleh dirangsang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa dan bukannya menonton televisyen. Ini kerana menonton televisyen adalah proses interaksi sehala saja iaitu televisyen menayangkan rancangan, manakala si cilik sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.

Ibrahim M Hefzallah dalam bukunya, Critical Viewing of Television menyatakan, televisyen memaparkan hubungan seks yang berulang kali. Seks yang biasa ditunjukkan bukan hanya dalam cerita kartun, tetapi cerita realiti juga sehingga ada unsur cinta si hero dan heroin berakhir di ranjang katil bagi menunjukkan bahawa itu adalah tanda cinta sejati. Perkara itu jika sentiasa berulang dalam kehidupan si cilik, mereka akan menganggap ia adalah perkara lumrah atau biasa.


7 april 2008
ruangan CITRA
BERITA HARIAN HALAMAN B6

PENGARUH TELEVESYEN TERAHADAP PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK  

Posted by Zulzaidi

Media elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara, secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. Media elektronik iaitu televisyen merupakan media yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.
Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikiran negatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D.
Setiap hari kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup, tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. Pihak-pihak penyiaran telah mencuri “Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangan kartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-lain lagi. “Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa. Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa masa, ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa “sabtu dan ahad hari abang tau”. Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di hadapan televisyen untuk menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara total. Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik kanak-kanak bukan ibu bapa. Penulis berkata demikiaan kerana televesyen telah melayani kanak-kanak dengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa mereka rasa gusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan. Cuba bayangkan kasìh sayang seorang ibu kepada anaknya telah dirampas orang ketiga tanpa disedari. Setiap ibu bapa harus sedar bahawa orang ketiga itu adalah “Prof Dr. Televesyen” yang bisa mengajar kanak-kanak apa sahaja.
Ungkapan yang dijadikan asas kepada sicilik untuk menonton televesyen adalah “sesuai untuk semua lapisan masyarakat” ditambah lagi dengan perkataan “U” bagi UMUM. Rancangan-rancangan yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk kanak-kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. Bukan hanya cerita kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televesyen itu sendiri mesti dijauhi agar keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda negatif. Jauh di sini bermaksud jika sicilik yang ingin menonton televisyen ia mestilah dipantau secara total kerana ditakuti dipengaruhi unsur-unsur negatif dalam fikiran mereka.
“Akademi Pediatrik Amerika (APP) telah menyarakan supaya televesyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini disebabkan dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan didikan imej di televesyen” [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Terdapat begitu banyak kesan kanak-kanak menonton televesyen, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku yang akan diterangkan selepas ini.
KESAN DAN PENGARUH TV TERHADAP ANAK ANDA.
Menjejaskan Prestasi Akademik Dan Pembacaan Lancar
Rancangan kanak-kanak dipertontonkan kepada sicilik pada “Golden Time” kanak-kanak iaitu diantara jam 2 petang sehingga 8 malam. “Golden Time” adalah waktu yang sesuai dan sewajarnya untuk sicilik menyiapkan kerja sekolah, membaca bacaan ilmiah untuk melancarkan pembacaan, belajar mengaji, riadah untuk menyihatkan tubuh badan dan masa untuk menjana kreativiti sicilik. Tetapi waktu-waktu ini telah digunakan oleh sicilik untuk menonton televesyen tanpa rasa rugi. Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu. 10 jam seminggu ini jika digandakan selama setahun jauh lebih banyak dengan masa seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk menjadi graduan. Perkara ini perlulah difikirkan oleh ibu bapa dan perlu dititikberatkan untuk menjana generasi mendatang.
Melalui pembacaan otak sicilik berfungsi semaksima mungkin untuk membayang dan menganalisis apa yang dibaca dan ia juga memerlukan bantuan ibu bapa. Penulis bertanya kepada pembaca artikel sekelian, pernah tidak anak anda membaca dalam keadaan merangkak dan bertanya kepada anda, contohnya anak anda mengeja “ L O R I “ kemudian bertanya “ibu apa itu lori ?” pastinya pertanyaan itu telah menjana kecerdasan otak kanak-kanak itu untuk menganalisi perkataan yang disebut dan cuba membayangkan apa itu lori. Menurut Dr Jerre Levy Pakar Perkembangan Hemisfera Otak di Universiti Chicago telah menyatakan “ otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran kognitif. Ia seperti otot: jika anda tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak melatih otak anda, ia juga akan lemah”. Kemahiran bahasa boleh diransang melalui pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan sicilik sibuk menonton tanpa berfikir dan tidak kreatif.
Menurut Dr Patti Valkenburg dan Dr Tom Van De Voort dari Pusat Kajian Media Kanak-Kanak di Leiden, Belanda, yang telah meneliti semua kajian yang dijalankan dalam tempoh 40 tahun. Kajian-kajian itu meneliti perbezaan dalam daya imaginasi kreatif kanak-kanak yang di rumah mempunyai televisyen berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai televisyen [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Contohnya anda melihat anak anda sibuk bermain dengan sebatang pen. Pastinya anda tertarik bahawa sicilik menggunakan hanya sebatang pen dengan banyak cara antaranya menulis, menconteng dan ada juga yang menganggap ia adalah “microphone” untuk menyanyi. Bukankah itu tandanya otak sicilik telah digunakan untuk menjana kreativiti?

Mempertontonkan Unsur Keganasan
Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Tidak kita sedar bahawa kebanyakan cerita kartun yang dipertonton kepada sicilik di dunia global ini mempunyai unsur-unsur ganas. Penulis yakin jika anak anda menonton rancangan Ultraman pasti mulut anak ada akan menyebut perkataan “BUNUH”. Anak anda akan berkata “Ultraman bunuh raksasa itu” bukankah itu merupakan unsur keganasan tanpa kita sedari?. Keganasan di televisyen adalah terlalu banyak berbanding dengan dunia realiti kerana televesyen dapat menyediakan adegan-adegan bunuh, pukul memukul, menembak, menampar, menjerit dan sebagainya yang boleh diistilahkan sebagai ganas. Unsur ini jika tidak dibendung mendatangkan mudarat yang besar pada emosi kanak-kanak dalam kehidupan. Ada juga bila ibu menyuruh sicilik melakukan apa-apa kerja, lalu sicilik naik angin dan berkata “kalau ibu suruh lagi, adik fire ibu “. Bukankan itu satu pembentukan sahsiah yang merucing dan kebejatan yang tidak sepatutnya berlaku.
Mempertontonkan Unsur seks
Rancangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak seperti kartun yang mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam rancangan televesyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh kanak-kanak?. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang menjadikan sicilik terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi matang dengan perkara negatif. Ibrahim M.Hefzallah dalam bukunya Critical Viewing of Televisyen menyatakan televesyen memaparkan hubungan seks yang berulangkali. [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang] Seks yang biasa ditunjukkan bukan hanya dalam cerita kartun tetapi cerita realiti juga yang mana unsur-unsur cinta si hero dan heroin telah berakhir di ranjang katil untuk menunjukkan bahawa itu adalah tanda cinta sejati. Perkara ini jika setiasa berulang dalam kehidupan sicilik ia akan mengangap ia adalah perkara lumrah dan biasa.
Pembaziran
Dalam buku “The Overspent American”, Pakar Ekonomi Harvard, Juliet Schor menegaskan lebih banyak seseorang menonton televesyen, lebih banyak ia berbelanja.[petikan Buku Kesan Tv Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang].
Dua benda yang menjadikan tontonan televesyen ini dikatakan membazirkan bagi penulis adalah “fun” and “fashion” dikalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak lelaki apabila selepas melihat rancangan kegemaran meraka pasti keinginan mereka membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang kurang bermanfaat yang ada kaitan dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-mainan seperti robot, senapang dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka. Bagi kanak-kanak perempuan patung-patung, t-shirt atau Costum dan sebagainya yang memaparkan imej heroin yang disukai. Sicilik sanggup untuk bermogok kepada ibu pada sekiranya tidak membeli peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Penulis merasakan ibu bapa perlu memikirkan keperluan sicilik, jika ia dianggap keperluan yang mampu merangsang minda sicilik tanpa ada unsur negatif, penulis berpendapat itu boleh dipertimbangkan, kerana bukan semua perkara itu negatif. Selain itu rancangan berbentuk game yang dipertontonkan juga menarik minat sicilik. Game berbayar ini jika ibu bapa tidak memantau rapi anak-anak, ia mudah menarik minat anak untuk bermain. Permainan game di rancangan televisyen mengenakan bayaran yang tinggi justeru meningkat perbelanjaan ibu bapa. Panggilan-panggilan telefon telah meningkat akibat keinginan anak-anak untuk bermain permainan televesyen ini.

Bahasa Kasar Dan Khayalan Melampau
Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar yang patut dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”. Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya di jadikan makanan untuk sicilik, kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia akan diterjemahkan kedalam kehidupan harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu bapa atau rakan sebaya.
Khayalan dalam cerita-cerita di televesyen juga tidak ada bandingan lagi kerana khayalan yang dibawa adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau cubaan kepada sicilik. Contohnya kartun Superman atau Spiderman yang memaparkan khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh sicilik dalam dunia realiti ini dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.
Unsur Yang Merosakkan Nilai-Nilai Keagamaan.
Rancangan di televesyen mempunyai kesan-kesan negatif yang telah diterangkan diatas, ada juga kesan yang paling buruk yang akan merundung dan menyelubungi anak kita secara tidak langsung. Kesan itu adalah pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan terutama kepada yang kanak-kanak yang mula mengorak langkah mengenal agama. Contoh yang paling ketara adalah masa rancangan disiarkan di televesyen, kita sedia maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam 7 hingga ke 8 malam. Di dalam waktu ini bagi yang menganut agama Islam terdapat waktu Maghrib yang mana umat Islam akan mengerjakan solat Maghrib. Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling sesuai untuk mentarbiah sicilik untuk belajar solat. Jika waktu ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan. Selain waktu yang tidak sesuai, rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak juga banyak dipertontonkan seperti pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh dipertontonkan.

BAGAIMANA CARA MENGATASI DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK ANDA
Kesan televisyen terhadap perkembangan sicilik telah diterangkan di atas secara ringkas agar pembaca dapat mengetahui bahawa kesan negatif adalah lebih banyak kesan positif apabila anak anda menonton rancangan di televesyen. Bukan semua rancangan di televesyen mempunyai kesan buruk dan negative tetapi pemantauan ibu bapa adalah perlu agar sicilik hanya melihat rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan yang mempunyai positif.

Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti mereka. Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat diperlukan mereka. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak terdedah kepada unsur-unsur negatif.

Rancangan Berunsur Dokumentari
Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang menjana otak mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Apabila sicilik melihat rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat.

Pastikan Televesyen Jarang Terpasang
Televesyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang agar televesyen tidak menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan televesyen menjadi kehidupan mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula renggang akibat ada orang ketiga. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh.

KESIMPULAN
Selaku orang dewasa yang diamanahkan untuk mendidik kanak-kanak, perlulah kita mentarbiah mereka agar mereka menjadi generasi yang terbaik. Setelah diterangkan secara ringkas berkenaan dengan kesan dan pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak, dapatlah kita fahami bahawa televisyen bukanlah cara menyelesaikan masalah yang terbaik. Selaku orang yang berfikiran matang haruslah kita mengambil beberapa langkah untuk membendung gejala yang kurang bermanfaat ini. Antaranya televisyen perlulah berada di tempat yang kurang strategic agar kanak-kanak susah untuk menontonnya. Selain itu pastikan televisyen sentiasa tertutup kecuali rancangan yang member manfaat kepada anak anda, kemudian pertimbangkanlah keperluan televisyen dalam hidup keluarga anda. Jelaslah bahawa bukan mudah untuk membentuk genarasi kanak-kanak yang bijak pada hari ini dan gemilang pada masa depan.


ZULZAIDI BIN MAHMOD

16/03/08