MAHASISWA PERLU MANFAATKAN CUTI SEMESTER  

Posted by Zulzaidi

Rata-rata kebanyakan mahasiswa IPT di Malaysia mula cuti semester, ramai yang sudah merancang apa yang akan dilakukan sewaktu cuti semester panjang ini lingkungan dua bulan lamanya. Ada yang merangka akan menghabiskan cuti dengan hanya tinggal di rumah tanpa perlu membuat apa-apa kerja kecuali tidur dan makan dengan alasan sudah penat membaca buku dan mentelaah di IPT, apatah lagi penat dengan ujian peperiksaan yang menakutkan, maka waktu cuti inilah mereka akan mengambil peluang untuk berehat sambil menonton televisyen.
Ada juga yang merancang untuk bekerja di stesen minyak, pasaraya, kedai makan, penghantar surat “despatch”, kerani pejabat dan sebagainya. Segelintir mahasiswa juga membuat latihan industri atau nama lain latihan sangkutan di mana-mana pejabat kerajaan, swasta yang ada kena mengena dengan kos yang diambil, atau latihan industri tersebut mempunyai markah untuk mana-mana subjek pengajian.
Kita tidak nafikan diperingkat mahasiswa sendiri ada juga yang tinggal di kampus-kampus sewaktu orang lain bercuti sakan antaranya pimpinan mahasiswa seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa, Persatuan-Persatuan dibawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan pimpinan kolej kediaman sebagai persiapan untuk pelajar baru pada semester akan datang.
Mahasiswa haruslah merancang apa yang akan dilakukan sewaktu cuti semester panjang ini dengan sebaiknya jangan hanya membuang masa. Selaku mahasiswa yang akan memimpin negara pada masa hadapan dan mempunyai idealisme yang tinggi yang telah disemai di IPT haruslah memanfaatkan peluang yang ada dengan melakukan kerja-kerja yang bermanfaat. Mahasiswa yang merasakan masanya terbuang begitu sahaja bolehlah mencari kerja-kerja sambilan tetapi kerjanya haruslah membina, dan mempunyai kaitan dengan bidang yang diambil di IPT. Selain itu mahasiswa boleh juga terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong royong, membantu aktiviti masjid dan sebagainya dan dikatogarikan sebagai kerja-kerja masyarakat.
Ada juga segelintir mahasiswa yang memenuhi diari cuti dengan program yang dirangka oleh mana-mana badan kerjaan atau swasta seperti bengkel penulisan, seminar halal haram, seminar pemahaman undang-undang atau sebagainya.
Bagi meningkatkan lagi idealisme mahasiswa, bagi yang malas bekerja tetapi mempunyai lebihan tabungan bolehlah mendapatkan buku-buku yang berfaedah seperti yang ada kene mengena dengan subjek semester hadapan atau isu-isu semasa dari mana-mana kedai buku dan baca dengan teliti agar kelak biar untuk mengetahui banyak perkara.
Seharusnya setiap mahasiwa di negara Malaysia ini haruslah mengembil peluang dan ruang yang ada sewaktu cuti semester ini dengan memanfaatkan cuti dengan perkara yang berfaedah.


14/5/08

This entry was posted on 8:55 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments