Posted by Zulzaidi

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

17/05/2009 12:07pm

KUALA LUMPUR 17 Mei — Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan pembuangan sampah Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Pasar Seni di sini malam tadi.
Mayat bayi berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah tong sampah kira-kira 11.30 malam oleh seorang pekerja kedai yang melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi berkata mayat bayi itu cuma dibalut dengan kertas surat khabar bertarikh semalam (16 Mei).
“Kita percaya dia baru dilahirkan berdasarkan terdapat uri di badannya dan masih berdarah,” katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

— BERNAMA

This entry was posted on 12:35 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Kenapa menambah lagi dosa...sudah la dpt dosa dgn brzina.,inikn pula mendapat dosa dgn membuang bayi yg bru dlahirkn. Dmanakah perassan seorang ibu trhadap anak yg bru dlahirkn..Kita semakin KEJAM!!knP??