Posted by Zulzaidi

MASYARAKAT PERLU MELAKUKAN PRINSIP PENGGUNA BIJAK



Kenaikan harga minyak yang berlaku merupakan satu cubaan dan dugaan besar kepada masyarakat Malaysia. Pelbagai pihak memberikan pendapat dan kenyataan berkenaan peningkatan harga minyak yang dikatakan membebankan pengguna. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan pusat yang mengambil langkah bijak dengan memotong 10% elaun menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Diperingkat rakyat juga perlu menganbil langkah bijak bagi menjana pengguna Prihatin dan Bestari. S.M Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan masyarakat perlulah menjadi pengguna yang bijak dalam segala aspek kehidupan. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan banyak cara telah membuat pelbagai propaganda positif agar rakyat Malaysia peka tentang pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian.
Teknik cara bijak berbelanja yang telah dikeluarkan oleh KPDNHEP dengan slogan “pastikan mutu, bandingkan harga, beli yang perlu”. Slogan ini jelas menunjukkan bagaimana masyarakat perlu untuk berbelanja dalam kehidupan seharian secara efektif agar menjadi pengguna yang bijak, ini kerana pengguna yang bijak semestinya faedahnya banyak. Setiap pengguna di Malaysia hendaklah memegang slogan ini sebagai gaya hidup sihat memandangkan kenaikan harga minyak yang melambung tinggi.
Pengguna seharusnya menyenaraikan barangan-barangan yang perlu dibeli dengan meletakkan keperluan asas sebagai senarai utama barangan . Kemudian pengguna perlulah memilih barangan yang hendak dibeli untuk dipastikan mutunya dan harganya dengan perbelanjaan yang telah dirancang. Barangan keperluan perlulah menjadi keutamaan dan barangan kehendak perlu dikemudiankan agar kelak perbelanjaan lebih efektif dan efisyen.
Ramai masyarakat memandang remeh perkara ini sedangkan perkara inilah yang membantu msyarakat menjadi pengguna bijak secara tidak langsuang dapat untuk menstabilkan kewangan yang dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak. Kita tidak nafikan bahawa dengan berlakunya kenaikan harga haraga minyak ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada barangan lain. Jadi kita seharusnya menjadi pengguna bijak dengan langkah-langkah yang telah dikemukakan sebagai prinsip kehidupan agar menjadi pengguna bijak lantas mendapat faedah yang banyak. Prinsip yang telah dikemukan ini walaupun telah lama dikemukan tetapi prinsip ini masih releven tambahan dengan kedaaan yang berlaku sekarang. Perngguna bijak adalah pengguna yang merancang bukan pengguna yang pincang.


ZULZAIDI BIN MAHMOD
SETIAUSAHA RAKAN PENGGUNA KUALA LUMPUR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEPKL)


11/06/08

This entry was posted on 8:17 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments