Posted by Zulzaidi

MENJADI MAHASISWA YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah dipilih untuk memasuki IPTA negara. Mendapat tempat di menara gading adalah satu keistimewaan kepada sorang pelajar. Ini kerana rakyat Malaysia memandang status seorang mahasiswa adalah yang dihormati di mata masyarakat. Mahasiswa dikatakan dapat masuk ke universiti kerana beroleh kecemerlangan akademik dan kewibawaan dalam kokurikulum. Ini dapat dibuktikan yang mana Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi berkata pemilihan calon yang meraih tempat di universiti adalah dibuat dengan cara menggabungkan markah kokurikulum sebanyak 10 peratus yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran serta markah akademik 90 peratus daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran.
Tidak hairanlah jika ada mahasiswa yang mula mendabik dada kepada masyarakat dengan alasan mereka beroleh tempat di IPT dengan ketekunan dan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum. Seramai 40,184 calon dipilih memasuki 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/ Matrikulasi/ Setaraf (Ijazah Pertama) pada sesi akademik 2008/2009, bulan depan. Daripada jumlah itu, 24,989 calon Bumiputera, 12,445 Cina dan 2,750 India. Sebanyak 24,862 calon akan mengikuti jurusan sains manakala baki 15,322 jurusan sastera.
Seharusnya calon yang telah dipilih untuk memasuki ke IPT tidak memandang remeh beberapa perkara dan isu penting dalam kampus. Persiapan dan persedian yang rapi menjadi kemestian dan kewajipan kepada setiap calon, ini kerana sewaktu hari pendaftaran di IPT ada segelintir calon yang tidak cakna dengan arahan seperti persedian dokumen yang tidak lengkap, pendaftaran lewat, persedian pakaian yang tidak mencukupi dan sebagainya. Jika perkara-perkara seperti ini berlaku, maka ia akan menyusahkan banyak pihak samaada pentadbiran, waris dan semestinya diri calon sendiri.
Kehidupan di kampus adalah jauh berbeza dengan kehidupan di sekolah dan juga kehidupan di matrikulasi. Apabila melangkah masuk ke menara gading, status dan cara penampilan sewajarnya kelihatan lebih matang, berdisiplin dan bertanggungjawab dijadikan teras kehidupan. IPT melatakkan mahasiswa bukan sebagai seorang murid sekolah rendah, tetapi sebagai orang yang dihormati dan berintegriti dalam masyarakat.
Kehidupan mahasiswa yang berantaikan hedonisme seperti tabiat tidur lewat, bangun lewat, ke kuliah lewat, ponteng kuliah, meniru tugasan, merokok, kurang membaca, berfoya-foya, malas merujuk kepada pensyarah haruslah dibuang jauh-jauh agar perjalanan sebagai seorang pelajar IPT yang berkualiti. Kehidupan yang seharusnya ditonjolkan adalah semangat belajar berkumpulan, berdisiplin dan bertanggungjawab, membudayakan membaca, tidak memabzir, peka terhadap isu kampus, negara dan global, aktif berpersatuan dan sebagainya yang menggambarkan diri mahasiwa yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta berkualiti dan berintelektual.
Sekali lagi tahniah kepada calon yang akan melanjutkan diri di menara gading. Peringatan yang dinukilkan ini adalah sebagai panduan mudah kepada mahasiswa agar mahasiwswa mempersiapkan diri dengan persediaan yang secukupnya. Seharusnya calon-calon meletakkan diri mereka sebagai batang tubuh yang diberikan harapan oleh masyarakat untuk membarisi barisan kepimpinan negara di masa mendatang.

ZULZAIDI BIN MAHMOD
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA

19/6/2008

 

Posted by Zulzaidi

MASYARAKAT PERLU MELAKUKAN PRINSIP PENGGUNA BIJAK



Kenaikan harga minyak yang berlaku merupakan satu cubaan dan dugaan besar kepada masyarakat Malaysia. Pelbagai pihak memberikan pendapat dan kenyataan berkenaan peningkatan harga minyak yang dikatakan membebankan pengguna. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan pusat yang mengambil langkah bijak dengan memotong 10% elaun menteri dan timbalan menteri yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Diperingkat rakyat juga perlu menganbil langkah bijak bagi menjana pengguna Prihatin dan Bestari. S.M Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan masyarakat perlulah menjadi pengguna yang bijak dalam segala aspek kehidupan. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi kerana Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan banyak cara telah membuat pelbagai propaganda positif agar rakyat Malaysia peka tentang pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian.
Teknik cara bijak berbelanja yang telah dikeluarkan oleh KPDNHEP dengan slogan “pastikan mutu, bandingkan harga, beli yang perlu”. Slogan ini jelas menunjukkan bagaimana masyarakat perlu untuk berbelanja dalam kehidupan seharian secara efektif agar menjadi pengguna yang bijak, ini kerana pengguna yang bijak semestinya faedahnya banyak. Setiap pengguna di Malaysia hendaklah memegang slogan ini sebagai gaya hidup sihat memandangkan kenaikan harga minyak yang melambung tinggi.
Pengguna seharusnya menyenaraikan barangan-barangan yang perlu dibeli dengan meletakkan keperluan asas sebagai senarai utama barangan . Kemudian pengguna perlulah memilih barangan yang hendak dibeli untuk dipastikan mutunya dan harganya dengan perbelanjaan yang telah dirancang. Barangan keperluan perlulah menjadi keutamaan dan barangan kehendak perlu dikemudiankan agar kelak perbelanjaan lebih efektif dan efisyen.
Ramai masyarakat memandang remeh perkara ini sedangkan perkara inilah yang membantu msyarakat menjadi pengguna bijak secara tidak langsuang dapat untuk menstabilkan kewangan yang dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak. Kita tidak nafikan bahawa dengan berlakunya kenaikan harga haraga minyak ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada barangan lain. Jadi kita seharusnya menjadi pengguna bijak dengan langkah-langkah yang telah dikemukakan sebagai prinsip kehidupan agar menjadi pengguna bijak lantas mendapat faedah yang banyak. Prinsip yang telah dikemukan ini walaupun telah lama dikemukan tetapi prinsip ini masih releven tambahan dengan kedaaan yang berlaku sekarang. Perngguna bijak adalah pengguna yang merancang bukan pengguna yang pincang.


ZULZAIDI BIN MAHMOD
SETIAUSAHA RAKAN PENGGUNA KUALA LUMPUR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEPKL)


11/06/08

MINYAK KINI: SIRI 2  

Posted by Zulzaidi

PETROL YANG MEMBAKAR AQIDAH UMMAT ISLAM


MASYARAKAT DIGEMPARKAN DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK PADA PARAS RM2.70.

SEDARKAH KITA BAHAWA DENGAN KENYATAAN PM UNTUK MENAIKKAN HARGA MINYAK TELAH MEMBAKAR AQIDAH UMMAT? MEREKA SANGGUP TINGGALKAN SOLAT MAGHRIB SEMATA-MATA BERATUR UNTUK MEMBELI MINYAK. ADAKAH MASYARAKAT SEDAR?


ADAKAH MEREKA SEDAR BAHAWA MEREKA SANGGUP UNTUK BERATUR MENDAPATKAN MINYAK PADA PARAS SUBSIDI LAMA TETAPI MEREKA TIDAK SANGGUP BERATUR MENGAMBIL WUDUK DAN SOLAT BERSAMA?


JANGANLAH DIBEBANKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK.MEREKA SUDAH LETIH KERANA SEMUA BENDA NAIK. TETAPI SEMANGAT ISLAM MEREKA BELUM JUGA NAIK

APAKAH YANG KANAK-KANAK INI FIKIRKAN?

KANAK-KANAK INI MEMIKIRKAN DIA HANYA BOLEH MINUM SEBOTOL SUSU SEHARI KERANA IMPAK KENAIKAN HARGA MINYAK MELIBATKAN JUGA KENAIKAN HARGA SUSU KANAK-KANAK. MEREKA MENANGIS, ADAKAH ANAK ANDA MENANGIS JUGA?

MINYAK KINI: SIRI 1  

Posted by Zulzaidi

HARGA MINYAK NAIK, BARANG NAIK
RAKYAT JUGA NAIK DENGAN SEMANGAT UNTUK MEMPERJUNAGKAN HAK MEREKA

rakyat mengharapkan mereka dibela bukan didera masyarakat tidak marah, cuma mereka rasa parah

anak ini tidak bersedia untuk menghadapi kenaikan harga susu. adakah kanak-kanak lain seperti ini juga

 

Posted by Zulzaidi






MASYARAKAT KURANG PRIHATIN TERHADAP ISU ALAM SEKITAR


Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.
Masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan alam sekitar. Cukup banyak isu-isu yang berhubung dengan alam sekitar yang menjadi paparan utama arus media perdana negara. Media-media ini menjuarai isu-isu alam sekitar yang telah dinodai oleh tangan-tangan rakus masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kebertanggungjawaban media ini dapat dilihat seperti akhbar-akhar tempatan yang meletakkan ruangan Alam Sekitar, media TV3 yang menjadikan Karam Singh Walia sebagai wartawan yang membawa isu alam sekitar di Malaysia yang.
Terlalu banyak isu alam sekitar yang diperkatakan dan direncanakan dalam melestarikan alam semulajadi ciptaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Isu pembakaran terbuka masih berlesuasa, isu pencemaran sungai usah dikata, isu pembuangan sampah merata-rata tidak terkira hatta isu haiwan yang patut dilindungi juga menjadi mangsa kerakusan dan ketidakbertanggungjawaban manusia. Masyarakat sudah lari dari fitrah asal yang mana sepatutnya diri yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah menjadikan alam sekitar pentas untuk dijaga dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu, kenapa sungai yang kita pelihara dengan pelbagai kempen kesedaran serta pembersihan yang terurus tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Jika hari ini Majlis Bandaran membersihkan sungai pastinya esok kotor kembali apatah lagi masyarakat yang bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, tetapi kesudahannya masih kekal kotor.
Kita seharusnya sedar bahawa masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan alam semula jadi yang sihat dan selamat. Ia telah termaktub dalam 8 hak pengguna yang telah diisytiharkan oleh International of Consumer Unions (IOUC). Seharusnya hak ini menjadi tanggungjawab bersama dengan agenda yang telah direncanakan dalam buku Panduan Pengguna. Semua pihak berperanan sama dalam soal ini seperti pihak kerajaan, pihak industri dan peranan pengguna.
Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri masyarakat.
Seharusnya masyakat bersama-sama berganding bahu menjadikan alam semulajadi ini sebagai satu medan untuk dilestarikankan. Masyarakat sememangnya mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi gerak kerja untuk memurnikannya masih kurang. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di “recycle” atau dikitar semula, tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap kebertanggungjawaban, jadi masyarakat haruslah memainkan peranan untuk melestarikan alam ini agar ianya harmoni, aman dan makmur. Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia kepada semua masyarakat agar agenda melestarikan alam sekitar ini terus dilaksanakan.

ZULZAIDI BIN MAHMOD

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA.
05/06/2008

 

Posted by Zulzaidi



MALAYSIA PERLU MEMBINA GENERASI BENCI ROKOK



Masalah yang kian meruncing dikalangan anak muda di Malaysia adalah masalah rokok. Ramai orang memandang masalah ini sebagai masalah biasa dan tidak perlu berperanan untuk mengatasinya, ini kerana mengahalang anak muda daripada menghisap rokok ibarat “mencurah air ke daun keladi”. Kita sedia maklum bahawa masalah rokok ini adalah masalah global yang perlu diatasi dengan segera kerana kelak kita bimbang generasi yang mendatang akan menjadi generasi perokok tegar.
Kita boleh lihat dari statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang jelas menunjukkan terdapat 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan sebahagian daripada mereka merupakan kanak-kanak Asia. Kita patut khuatir perkara ini kerana ia berhubung dengan zuriat masyarakat Malaysia yang harus dipupuk dengan nilai modal insan bukan dengan ajaran merokok. Kanak-kanak di Malaysia khasnya mula mengorak langkah untuk sama-sama bersaing dengan orang dewasa untuk merokok, kita dapat lihat daripada statistik diatas dan perlu untuk kita menanganinya segera. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya menjadi contoh tauladan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan perilaku baik, bukannya menunjukkan sikap atau tingkahlaku yang kelak diikuti mereka seperti merokok.
Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000 terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya menghisap 13 batang rokok sehari. Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari. Sementara itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh dunia, manakala di Malaysia sekitar 50 hingga 60 orang. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menginginkan generasi belia negara yang memimpin pada masa hadapan jauh dari gejala merokok. Seharusnya kita memandang serius isu ini kerana ia berhubungkait dengan generasi yang mendatang. Kita selaku rakyat Malaysia mengharapkan dapat melahirkan generasi yang beridea atau berfikiran kritikal sekitar 50 atau 60 orang sehari untuk membenci rokok kerana dengan cara ini kita dapat mengawal gejala ini dari berleluasa.
Merokok dianggap sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dan dibendung, kajian saintifik juga menunjukkan asap rokok mengandungi lebih daripdaa 4,000 bahan beracun seperti arsenik, benzopirena, metoprena, aseton, plumbum, ammonia dan sebagainya. Kita seharusnya sedar bahawa rokok ini merupakan penjajahan terhadap rakyat secara berpanjangan yang telah diusahakan beratus tahun yang lalu. Ini kita dapat buktikan yang mana jenama rokok ini semakin berkembang seperti Dunhill, Marlboro, LM, Winston, Mildseven, Salem, Gudang Garam, Lucky Strike, Camel, Benson, Saat, Texas, Luffman dan sebagainya. Barat melebarkan sayap imperialism mereka dengan cara menjadikan rokok itu sebagai gaya hidup masyarakat maju seperti mereka kononya. Sedangkan budaya merokok inilah adalah budaya masyarakat mundur kerana setiap sen rokok jika dikumpul dapat menangani masalah beras yang meruncing dan dapat menangani masalah subsidi minyak petrol negara secara mudah. Selain kita menyalahkan barat yang mencanang rokok sebagai gaya hidup ranngi, kita juga seharusnya menyalahkan masyarakat perokok yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah dijajah oleh barat secara tidak langsung.
Cadangan yang dikemukan dan akan dilaksanakan pada 1 Disember depan merupakan cadangan yang harus dipuji. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, amaran kesihatan bergambar itu merangkumi 40 peratus daripada bahagian hadapan kotak rokok dan 60 peratus di bahagian belakang. Jika kita lihat pada kotak rokok pasti tertera perkataan “AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”, kita meragui kerana perkataan ini tidak dipeduli oleh perokok maka Imej ngeri pada kotak rokok diharapkan dapat memberi kesan dan memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia khasnya untuk menjauhi rokok. Menurut Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu, langkah mempamerkan imej ngeri ini sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana ia banyak membantu dari segi psikologi, ini kerana perokok sebenarnya perlu ditakutkan dengan gambaran yang nyata, bukan melalui penceritaan atau sekadar kenyataan mengenai tinggi atau rendah kandungan tar dalam rokok. Kaedah ini juga bertepatan dengan kaedah memberi impak mendalam kepada masyarakat supaya sedar yang telah dikemukan editor majalah sabili Indonesia, saudara Herry Nurdi iaitu “don’t tell it, but show it”.
Masyarakat Malaysia yang merokok perlulah mengambil peluang apabila Kementerian Kesihatan mengendalikan lebih 100 Klinik Berhenti Merokok yang terletak di seluruh negara. Klinik itu yang mempunyai pakar penjagaan kesihatan profesional terlatih yang memberi nasihat (kaunseling) dan ubat (Terapi Penggantian Nikotin atau NRT) untuk membantu perokok berhenti merokok. Klinik ini merupakan satu langkah bijak Kementerian Kesihatan dalam menangani masalah merokok ini. Kita semestinya menghadapi atau berjumpa dan mana-mana individu yang menyatakan hasrat mereka untuk berhenti merokok tidak kira bapa kita, teman kita atau siapa sahaja. Maka dengan adanya klinik ini kita dapat memberi mereka galakan atau dorongan untuk cuba berhenti merokok dengan bantuan klinik ini.
Cadangan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), SM Mohamed Idris iaitu supaya menaikkan usia minimum untuk pembelian produk melibatkan tembakau daripada 18 tahun kepada 21 tahun haruslah disambut baik. Cadangan ini juga bertepatan dengan had umur mengundi dikalangan rakyat Malaysia iaitu 21 tahun. Umur 21 tahun ini disifatkan sebagai sebagai umur matang, jadi sewajarnya juga umur minimum merokok dinaikkan kepada 21 tahun. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam menyokong kenaikan umur kepada 21 tahun, ini dilihat sebagai satu langkah bijak untuk mengurangkan perokok dinegara Malaysia ini.
Sambutan Hari Tanpa Bakau Sedunia dianggap hari untuk global dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam mencadangkan kerajaan membuat Hari Tanpa Tembakau Semalaysia kerana ini mungkin dapat memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahawa tembakau ini wajar dijauhi dan tiada manfaatnya kepada kesihatan.
Pihak Kementerian Pendidikan juga perlu tegas soal permasalahan rokok ini. Kalau kita lihat ada juga segelintir guru yang merokok, secara tidak langsung mereka juga menyumbang kepada generasi perokok yang bakal lahir kerana pelajar sekolah memandang guru sebagai sempurna. Jika guru merokok dihadapan pelajar atau pelajar mendapati gurunya merokok maka mereka menyatakan bahawa rokok bukanlah satu kesalahan dan menjadikan guru tersebut sebagai subjek melepaskan diri mereka untuk terus merokok. Sewajibnya setiap guru tidak merokok kerana mereka adalah generasi murabbi yang bakal manjana generasi tanpa rokok. Pihak kementerian perlulah tegas menyarankan supaya guru yang merokok agar berhenti dari merokok dan guru yang tidak merokok agar membenci rokok.
Kempen kesedaran merokok juga bolehlah dilakukan disekolah. Ini kerana sekolah merupakan medium terbaik untuk menjana generasi tanpa rokok. Kempen-kempen kesedaran boleh dilakukan secara memberangsangkan agar pelajar sentiasa diingatkan supaya benci merokok seawal langkahan pertama ke sekolah. Murid-murid atau pelajar sekolah seharusnya dididik dan dicanang agar dalam fikiran mereka menyatakan rokok itu adalah benda bahaya yang patut dijauhi sama sekali.
Selaku rakyat Malaysia kita seharusnya berperanan bersama-sama untuk menangani masalah rokok ini daripada berleluasa. Semua pihak samada individu, organisasi, NGO, badan kerajaan memainkan tugas masing-masing untuk terus menerus membenci rokok sekaligus dapat melahirkan generasi benci rokok.


(ZULZAIDI MAHMOD)
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA,

2/6/08

 

Posted by Zulzaidi





AUKU SEMEMANGNYA WAJAR DIPINDA




Mahasiswa merupakan golongan yang terpenting dalam masyarakat, ini kerana golongan mahasiswa inilah yang akan memegang tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan dan ianya bertepatan dengan agenda Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu melahirkan generasi belia yang akan memimpin negara secara cemerlang, gemilang dan terbilang .
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 mampu menggalakkan pembabitan pelajar dalam semua kegiatan yang membina dan konstruktif adalah disambut baik oleh mahasiswa. Pindaan ini yang masih diteliti oleh peguam negara dan akan diserahkan kepada kabinet untuk diputuskan di Parlimen. Pindaan ini dipandang positif oleh mahasiswa, jika benar pindaan ini mampu menggalakkan mahasiswa dalam aktiviti yang membina dan kontruktif. Mahasiswa sekarang ini yang lesu terhadap berpersatuan perlulah mengambil pindaan ini satu langkah untuk sama-sama membina jati diri.
Ramai mahasiswa yang tidak memahami berkenaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini. Ada segelintir yang hanya tahu wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tetapi tidak pernah mengambil tahu untuk memahami kandungan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini secara terperinci.
Perlu kita menyoroti secara ringkas berkenaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato’ Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Akta yang telah melalui 3 siri pindaan ini, iaitu pada 1975, 1983 dan 1996 dan ianya akan sekali lagi dipinda pada persidangan Parlimen musim kedua 2008.
Mahasiswa menyambut baik berkenaan dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini sekiranya ia memberi hak kepada mahasiswa di bawah hak asasi manusia. Ada juga gerakan yang ingin memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dibawah nama Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Menurut ahli sekreteriat gerakan itu menyatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah bersalahan dengan Perlembagaan persekutuan dibawah artikel 10 iaitu hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Mereka menyatakan hak tersebut adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia. Selain itu mereka menyatakan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan seperti seksyen 15 dan 16.
Kami dipihak mahasiswa memberikan respon yang positif berkenaan dengan pindaan yang akan dilakukan. Memandangkan GMMA telah diwujudkan dan menyatakan hasrat mereka untuk mansuhkan AUKU maka mahasiswa mengharapkan Kabinet dan peguam negara menimbang dan meneliti tuntutan yang dibuat secara mendalam sebelum pindaan ini dilakukan.
Mahasiswa mengharapkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini mampu menjamin hak dan ianya mampu untuk membina mahasiswa secara jitu. Mahasiswa mengharapkan kabinet baru ini terus memperjuangkan hak mahasiswa berlandaskan hak asasi manusia. Kelak mahasiswa yang akan memipin negara pada masa hadapan akan menilai kabinet baru secara positif.

ZULZAIDI BIN MAHMOD
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA.

PULAU BATU PUTIH  

Posted by Zulzaidi

EKORAN KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH DISERAHKAN KEPADA SINGAPURA OLEH MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) DI THE HAGUE, BELANDA. AHLI PARLIMEN PONTIAN, AHMAD MASLAN MEMINTA KERAJAAN MEBANGUNKAN PULAU PISANG YANG TERLETAK DI PERAIRAN JOHOR BAGI MENJAMIN KEDAULATAN MALAYSIA KE ATAS PULAU ITU BERKEKALAN.

Penantian Malaysia selama ini mengenai pertikaian status Pulau Batu Putih sudah terjawab pada 23 Mei 2008. Siaran langsung keputusan pada jam 4 petang di the Hague, Belanda yang dipaparkan ditelevisyen menunjukkan betapa keprihatianan rakyat Malaysia yang menantikan keputusan pertikaian itu diumumkan. Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura dan Middle Rocks milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama. Ada juga pihak yang mempertikaikan keputusan dari sudut emosi yang menyatakan Malaysia kalah dan Singapura menang dalam kes ini. Pertikaian ini berlaku dalam RTM 1 jam 9.30 malam apabila kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Malaysia dan Singapura menang adalah tidak wajar. Pertikaian ini dijawab mudah oleh Datu Seri Dr. Rais Yatim dengan cara yang berhemah.
Pertikaian tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.
Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak. Pemangku Presiden ICJ, hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.
Delegasi Malaysia ke ICJ pada hari keputusan diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, ejen Malaysia dan duta tugas-tugas khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa, dan timbalan Setiausaha (pembangunan) Kerajaan Negeri Johor. Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia pula terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill. Walaubagaimanapun Lauterpacht tidak hadir pada hari keputusan.
Keputusan itu juga mengakhiri penantian nelayan-nelayan yang dilarang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Middle Rocks. Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Putih semata-mata. Sejak 1986 Singapura telah menghantar kapal tentera lautnya ke pulau tersebut dan menjalankan rondaan tetap 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim tersebut.
Sementara itu, Pensyarah Institut Tamadun Dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nik Annuar Nik Mahmud yang bertindak sebagai salah seorang penyelidik bagi kes tuntutan bertindih itu berkata, keputusan ICJ itu mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak mengehadkan kepada kehilangan Pulau Batu Putih semata-mata. Beliau menyatakan lagi bahawa keputusan majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim itu selain ICJ sendiri mengesahkan hak milik asal Pulau Batu Putih adalah di bawah Kesultanan Johor, cuma kecuaian negara ialah tidak peduli apa yang dilakukan oleh british kemudiannya Singapura ke atas pulau tersebut.
Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UITM), berkata, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dalam isu persempadanan maritim. Malah, tuntutan-tuntutan bertindih ke atas kedaulatan pulau yang sebelum ini dirasakan milik Malaysia juga adalah satu prosedur yang baru dan asing buat negara.
Lt. Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata perlu Malaysia menetapkan persempadanan maritim negara, selain perlu persempadanan perlu berlandaskan kepada persetujuan Undang-Undang Maritim Antarabangsa. Pensepadanan ini juga bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Cadangan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan untuk menjadikan pulau pisang sebagai Taman Negara supaya menjadi destinasi pelancongan terkemuka di Selatan Semenanjung haruslah dipuji. Cadangan tersebut seharusnya diteliti oleh kerajaan sedalam-dalamnya. Kerajaan perlu membangunkan pulau itu bagi kepentingan negara dan mengambil alih pengurusan rumah api di pulau tersebut daripada Singapura.
Abdullah Ahmad, 63 tahun, salah seorang waris kepada pemilik sebahagian tanah di pulau itu berkata, pulau itu berpotensi menjana pendapatan lumayan kepada Kerajaan Negeri dan penduduk tempatan menerusi kedatangan pelancong jika dimajukan dengan program pelancongan. Selain itu, lokasi di pulau itu menarik bagi pemancing dan penggemar aktiviti laut, pulau itu juga mempunyai keunikan seperti mempunyai sebatang pokok mempelam sebesar tujuh pemeluk manusia, kebun buah-buahan tinggalan orang bugis dan hidupan liar yang jarang ditemui. Mengulas sejarah pulau tersebut, ia pernah didiami kira-kira 100 keluarga orang laut sebelum pembinaan rumah api pada 1900. Mereka kemudian berpindah ke tanah besar apabila diminta oleh Inggeris yang mahu membina rumah api dan kemudiannya ia diuruskan oleh Singapura.
Kerajaan negeri seharusnya mengkaji tentang cadangan ini sedalam-dalamnya. Cadangan yang diutarakan untuk menjadikan Pulau Pisang sebagai Taman Negara juga merupakan idea yang bernas kerana ia akan mengekalkan identiti asal pulau tersebut. Dilihat dari Potensi pelancongan juga mungkin agak memberangsangkan.
Kita selaku rakyat Malaysia seharusnya memainkan peranan bersama memberi idea dan sokongan kepada Kejaan Negeri Johor untuk terus mengorak langkah dalam perkembangan ekonomi negara selagi tidak mengganggu hak masyarakat Malaysia.

ZULZAIDI BIN MAHMOD
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYSIA

 

Posted by Zulzaidi


PERLINDUNGAN TERHADAP KANAK-KANAK


Kita tersentak apabila di dada-dada akhbar tempatan tersiar berita tentang kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya dari kalangan keluarga sendiri. Jika zaman dahulu isu penderaan ini tidak banyak diperkatakan, istilah penderaan dahulu adalah mendidik dan bukannya mendera. Ibu bapa mendidik dengan sewajarnya seperti merotan, denda, menegur dengan batasan yang dirasakan sewajarnya tanpa berlebihan seperti ibu bapa sekarang yang berpaling 360 darjah, sehinggakan ada anak yang dihempas ke dinding, dicucuh dengan putung rokok, memukul, menerajang, meletakkan kepala anak dilubang tandas hatta ada yang dibunuh dan sebagainya yang boleh diklasifikasi sebagai melampaui batasan manusia.
Perbincangan kita adalah berkisarkan tentang penderaan, pengabaian, penganiayaan terhadap kanak-kanak. Sebelum kita bicara panjang lebar soal ini mari kita lihat takrifan bagi kanak-kanak, mengikut seksyen 2(1) Akta Kanak-kanak 2001 mendefinasikan kanak-kanak sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Kanak-kanak adalah anugerah Ilahi kepada setiap ibu bapa di atas dunia ini yang perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemeliharaan dengan baik, ini juga telah dinyatakan dalam seksyen 17(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memberikan takrifan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan merangkumi mereka yang didera secara fizikal, mental, diabaikan, kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan, kanak-kanak yang berkelakuan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri, keretakan dalam kekeluargaan dan juga kanak-kanak yang mengemis dan menjaja. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004 meningkat pada 2005 kepada 1,800 kes dan 1,999 kes pada 2006.
Kita singkap kes penderaan terhadap kanak-kanak antaranya adalah kes yang berlaku di Kuala Terengganu yang mana seorang wanita telah mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun. Kanak-kanak itu terdapat kesan luka akibat terkena sterika panas di tangannya dan kesan cubit di belakang dan kepala selain dipukul dengan alat penyangkut baju. Kes lain pula adalah kes di Dungun, Terengganu iaitu seorang ibu bernama Ruhayati sanggup mendera anak lelakinya Muhamad Hakim Rohimin yang berusia 9 tahun dengan mengurungnya di dalam sebuah bilik kecil berukuran 1.2m x 1.2m.
Kes yang berlaku di Kemaman, Terengganu menunjukkan kepekaan guru apabila mendapati muridnya yang berumur lapan tahun didera dan kejadian itu terbongkar apabila guru berkenaan melihat banyak kesan luka pada tangan, kepala dan belakang badan mangsa yang dipercayai berpunca akibat dipukul dan dicubit oleh ibu tirinya. Dalam pada itu, awal tahun ini heboh dengan kes seorang wanita berusia 23 tahun bersama teman lelakinya mendera sehingga mati seorang kanak-kanak berusia setahun di Kuantan Pahang. Kecederaan kanak-kanak itu didapati mempunyai kesan lebam pada anggota badan serta dubur mangsa dan dipercayai menjadi mangsa dera. Di Johor Bahru pemandu teksi mendera anaknya S. Thayalan yang berusia lima tahun sehingga mengakibatkan kematian. Lihat sahaja kisah menyayat hati ini dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan amat menyedihkan ada juga yang sanggup membunuh anak kandung sendiri.
Punca yang menyebabkan berlukanya penderaan dan pengabaian ini adalah kerana ibu bapa kurang kefahaman agama, yang mana setiap agama di atas dunia ini amat melarang penganiyaan terhadap orang yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua. Selain itu adalah masalah dalaman keluarga tersebut seperti masalah keretakan rumahtannga dan ketidaksefahaman antara ibu dan bapa yang membawa impak kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dan menjadi mangsa keadaan. Masalah ekonomi juga merupakan penyumbang besar terhadap perlakuan ini, ini kerana dengan kurangnya pendapatan dan tanggungan yang ramai maka ibu bapa yang tidak mempunyai pengurusan yang baik akan menjadikan anak-anak sebagai mangsa untuk melepaskan tekanan. Suasana persekitaran yang tidak stabil atau persekitaran yang boleh mendatangkan mudarat kepada masa depan kanak-kanak juga antara penyebab perlakuan tidak bermoral tersebut seperti persekitaran yang dilingkungi oleh penagih dadah, pencuri, peragut dan pelacuran. Ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa merupakan faktor penderaan.
Menurut Zulazhar Tahir dalam artikel “Meninjau Isu Penderaan Kanak-Kanak Dari Perspektif Akta Kanak-Kanak 2001” dalam buku “Siri Undang-Undang Mimi Kamariah Akta Kanak-Kanak 2001” telah menghuraikan seksyen 17(1) iaitu pembahagian jenis-jenis penderaan. Pertamanya adalah penderaan fizikal jika ada substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak seperti lelasan, parut, disioklasi, seliuh, pendarahan, luka, terbakar, melecur dan sebagainya dibawah penderaan fizikal. Manakala dari sudut emosi pula jika ada gangguan yang substantial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kemurungan, penyendirian dan keresahan. Seterusnyan teraniaya dari segi seksual seperti pengambilan fotografi, rakaman, filem dan sebagainya dibawah tafsiran ini. Melihat kepada kesan-kesan fizikal, emosi dan juga seksual jelaslah bahawa kanak-kanak hanya dijadikan sasaran ibu bapa, penjaga atau mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai manusia kita perlulah menghormati hak-hak kanak-kanak disemua negara khususnya Malaysia. Antara hak kanak-kanak adalah hak berkenaan dengan pendidikan mereka yang mana pihak yang bertanggungjawab haruslah memastikan hak ini terjaga, jika didapati kanak-kanak tidak menadapat hak pendidikan ini dengan sempurna maka pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang berautoriti termasuk NGO bolehlah memainkan peranan masing-masing. Selain itu hak kesihatan yang mana kanak-kanak berhak untuk mendapat rawatan jika berada dalam keadaan yang kurang sihat dan mengalami kecederaan. Kanak-kanak juga mempunyai hak psikologi yang harus dihormati, ramai yang tidak mengerti hal ini dan mengambil mudah hak ini. Psikologi dan emosi kanak-kanak haruslah dijaga seperti iklan yang berunsur lucah sama ada di papan-papan iklan atau dalam media seharusnya tidaklah dipaparkan kerana ia akan mengganggu emosi kanak-kanak dan mudah terpengaruh dengan hal yang demikian. Kita pasti kurang sedar hal ini iaitu membawa keluar kanak-kanak dari rumah lebih dari jam 10.00 malam yang mana sepatutnya mereka tidur waktu tersebut, tetapi ibu bapa memabawa mereka bersiar-siar alasananya adalah untuk memberikan ketenangan yang tidak berbaloi ini. Kita haruslah mengerti setiap hak kanak-kanak dan menghormatinya.
Penyelesaian bagi masalah ini telah dicadangkan sekian lama oleh banyak tokoh-tokoh seperti Allahyarhamah Profesor Dato’ Dr. Mimi Kamariah yang mana antaranya perlindungan yang sempurna kepada kanak-kanak. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang telah dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah ini dan sebahagian lagi masih dalam proses penelitian yang tidak tahu dimana penghujungnya dan bila akan dilaksanakan.
Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam soal ini, yang kita mahukan adalah hak kanak-kanak terjamin dan terjaga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika dikaji dengan teliti secara mendalam. Kita perlulah kembali melihat kebertanggungjawaban terhadap masalah penderaan, pengabaian dan penganiyaan ini yang mana ibu bapalah yang paling berperanan penting dalam soal ini. Ibu bapa perlu sedar anak yang lahir di atas dunia adalah untuk disayangi kerana ia penyambung zuriat dan bukannya tempat untuk melepaskan hawa nafsu amarah. Selain ibu bapa adalah peranan jiran tetangga yang menegetahui masalah penderaan ini untuk sedia membuat laporan kepada polis atau pihak yang bertanggungjawab, ini juga bertepatan di bawah Akta kanak-kanak 2001. Guru-guru juga berperanan penting untuk membantu mengatasi maslah ini jika didapati pelajarnya mengalami masalah penderaan ini. Paling memberi kesan adalah pengaruh media massa yang mana tugas media adalah memberi matlumat tentang masalah atau isu penderaan ini. Banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul agar masalah ini dapat dibendung seperti tugas polis dan juga pihak-pihak NGO. Talian Nur 15999 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan masalah tidak bermoral ini. Talian Nur menerima 28,359 panggilan, di mana kes terbesar membabit kes di bawah JKM dengan 2,346 panggilan diikuti KPWKM (2,104), LPPKN (170), dan masing-masing satu panggilan Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-negara Berkecuali Negara (NIEW).
Akta Kanak-Kanak 2001 ini seharusnya dikuatkuasakan dengan ketat sewaktu mula diwartakan agar masyarakat takut untuk melakukan perkara tidak bermoral tersebut. Sepatutnya bukan baru-baru ini dihebohkan tentang isu penguatkuasaan Akta-Kanak-Kanak 2001 tetapi berpanjangan dan berterusan. Masalah yang timbul adalah ada segelintir masyarakat yang mula sangsi dengan penguatkuasaan akta ini kerana mereka beranggapan sebelum ini Akta Kanak-Kakak 2001 ini hanya dijadikan perhiasan untuk ditonton dan bukannya untuk dikuatkuasakan.
Beberapa pertubuhan NGO seperti Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), UMMAHAID dan PRIHATIN MALAYSIA memandang bahawa penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 ini bukanlah soal yang perlu diperkatakan dan dipertekanankan tetapi soal literasi terhadap akta ini yang perlu diperluaskan agar masyarakat faham dan sedar. Bertepatan dengan cadangan Prof Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya yang mana menyatakan media haruslah memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan masalah ini dan kesannya jika masalah ini diambil enteng dan perlulah berlandaskan perspektif agama dan undang-undang. Kanak-kanak haruslah juga didedahkan tentang penderaan ini, yang mana di peringkat sekolah sendiri seharusnya meleetakkan satu bab dalam subjek-subjek berkenaan sama ada Agama, Pendidikan Moral atau sebagainya untuk menyatakan apakah kewajaran yang harus dilakukan oleh kanak-kanak yang didera seperti membuat laporan pada guru dan dipanjangkan ke pihak Polis untuk diambil tindakan.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan program atau kempen bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap ibu bapa serta penjaga agar mereka sedar permaslahan ini. Pihak-pihak seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri haruslah meletakkan tajuk “Pendidikan Anak-Anak” ini dalam kursus pra perkahwinan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak.
Menyingkap dari sudut Islam yang mana anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Istilah penderaan dalam Islam adalah tidak wujud untuk anak-anak, yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah yang digariskan oleh hukum syarak.
Pengisytiharan tugas yang dipikul sebagai khalifah si dalam surah al-baqarah ayat 30:
“sesungguhnya Aku menjadikan di bumi ini adalah khalifah”
Daripada ayat ini jelaslah secara khususnya tugas ibu bapa adalah mentadbir keluarga yang terkandung di dalamnya anak-anak dengan sabar dan berhemah agar mereka kelak bisa mendoakan kita di kubur.
Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
Muhammad Al-Hajjar dalam buku “ Wahai Ibu Ajarkan Aku Solat Yang Benar ” menjelaskan bagaimana cara seorang ibu menegur anaknya yang bernama Hasan apabila melakukan kesalahan, dan teguran ini wajarlah diaplikasikan terhadap anak-anak bukannya dengan mendera.
Dalam buku Muhammad Hassan “ Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu ” terbitan Dewan Pustaka Fajar menceritakan watak Rabiah iaitu seorang anak yang dididik sehingga dikagumi masyarakat, antara tips yang diselitkan dalam kisah ini adalah ibu bapa haruslah bersabar dalam mendidik anak-anak dan melaksanakan pendidikan berlandaskan hukum yang ditetapkan oleh Islam.
Muhammad Abdul Rauf dalam buku “ Wanita Dan Keluarga Dari Pandangan Islam ” yang mana menekankan aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang penyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga agar mereka kelak melakukan perkara yang sedemikian kerana melihat kebertanggungjawaban penjaga mereka.
Kesimpulannya kita fikirkan sepotong ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”
Kita fikirlah dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini.

13/5/08

JANGAN POLITIKKAN ISU INSENTIF ANAK NEGERI  

Posted by Zulzaidi

Menyelusuri berkenaan dengan isu insentif RM1,000 yang diberikan kepada setiap anak negeri Selangor semasa memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah. Perkara sebegini sewajarnya tidaklah perlu dipandang remeh kerana ia membabitkan kewangan negeri dan hak anak negeri.
Diperingkat mahasiswa melihat insentif RM1,000 untuk diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap anak negeri haruslah dipuji. Tetapi isu yang timbul didada akhbar dan paparan media elektronik sehingga ada yang membuat laporan polis berkenaan dengan insentif RM1,000 itu hanya dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan haruslah dikaji dengan teliti.
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya memandang berat isu ini kerana insentif itu adalah hak bakal pelajar IPT, jadi pihak yang terbabit samada Kerajaan Negeri Selangor yang baru dan bekas kerajaan negeri yang lama janganlah mempolitikkan isu ini. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merasakan isu yang dibangkitkan ini sewajarnya diselesaikan dengan segera tanpa ada permasalahan baru yang timbul. Kami diperingkat mahasiswa terkilan kerana ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjaja isu ini dengan mengatakan kerajaan negeri yang baru mencedok idea kerajaan negeri yang lama. Perkara sebegini seharusnya tidak timbul dan haruslah dielakkan, ini kerana hak dan keperluan mahasiswa haruslah dijaga dan dihormati dan ini bukan soal mencedok idea. Perkara yang perlu diutarakan adalah memperkasakan idea dan rancangan serta gerakkerja yang telah dibuat dan akan dibuat.
Diharapkan kerajaan negeri selangor yang baru dibawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan isu tersebut dengan cara berhemah kepada rakyat. Ini kerana bukan setiap perancangan itu menjadi, tetapi usaha terhadap perancangan itu yang perlu dilaksanakan. Soal hasil itu soal kedua tetapi ia mestilah diteliti dan dikaji sedalam-dalamnya. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mengharapkan agar isu ini diselesaikan dengan sebaik dan secepat mungkin dengan cara yang sepatutunya agar rakyat faham berkenaan permasalahan ini. Pertelingkahan dan tuding-menuding siapa yang salah tidak harus timbul, soal yang pentingnnya adalah hak anak negeri yang akan memasuki IPT di jaga dan dihormati kerana kelak mereka yang akan mentadbir negeri Selangor. Diharapkan juga kerajaan negeri Selangor yang baru sedia terima teguran dan kritikan yang membina dari kalangan mahasiswa, ini kerana ia menjadi satu dorongan, galakan dan motivasi kepada kerajaan negeri yang baru untuk merealisasikan manifesto yang dibuat.
ZULZAIDI BIN MAHMOD
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA,

21/5/08

MASALAH REMPIT MAMPU DIATASI DENGAN CARA ISLAM  

Posted by Zulzaidi

Disaat manusia lain asyik dibuai mimpi dalam lena dimalam hari, terdapat sekumpulan anak muda yang asyik menunggang motosikal sambil menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya. Kedengaran deruman motosikal sehingga mengganggu orang lain yang sedang tidur dan yang berada dijalanan. Anak muda ini juga melakukan aksi-aksi ngeri yang membahayakan mereka sendiri dan orang lain, perlakuan mereka hanya kerana ingin mendapat kepuasan dan kemegahan.
Kalau duhulu istilah bohjan dan bohsia pernah kita dengar, sekarang pula kita dengar istilah Mat Rempit dan Minah Rempit. Isu rempit bukanlah isu yang baru di dalam masyarakat kita. Apabila disebut perkataan rempit rata-rata masyarakat sudah lali dan memandang negatif mat rempit ini. Apabila ditanya apa pandangan masyarakat tentang isu rempit ini? Pastinya kedengaran perkara-perkara negatif sahaja. Antara perkara yang akan dikaitkan dengan mat rempit adalah menunggang motosikal dengan laju sehingga membahayakan keselamatan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Selain itu juga rempit ini dipandang sebagai egen perosak imej masyarakat Malaysia yang mana mereka sering dikaitkan dengan kes-kes kecurian, penzinaan atau free sex yang menjadi gaya hidup mereka, pembuangan bayi dan juga isu dadah apatah lagi isu rokok yang menjadi trend kehidupan mereka.
Persoalan yang sering dibincangkan didada akhbar, corong-corong radio dan paparan televisyen adalah berkenaan kenapa isu rempit ini masih lagi tidak selesai. Perlu kita menelusuri punca kenapa masalah rempit ini makin menjadi-jadi dari akar umbi permasalahan.
Menurut Wakil Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang, Arbaayah Termizi yang mana telah menyalahkan media elektronik dan media bercetak terhadap isu rempit ini. Perkara ini dilihat kerana publisiti yang melampau menyebabkan mat rempit merasakan sentiasa diberi perhatian, malah menganggap diri sendiri sebagai idola kepada orang lain. Perkara ini dianggap berasas kerana terlalu banyak filem dan drama remaja yang berbau rempit sehinggakan masyarakat memandang media kita ketandusan idea untuk menonjolkan imej baik dan positif. Dua kajian besar yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), Surgeon Generals Reports (1972) dan laporan dari Institut Kebangsaan Kesihatan Mental (1982) sepakat menyatakan bahawa keganasan yang dipaparkan dalam televisyen sememangnya mengakibatkan perubahan tingkah laku menjadi lebih agresif di kalangan remaja yang menonton program-program tersebut. Ini termasuk juga kajian ke atas 391 orang remaja di Carolina Utara, AS mendapati mereka yang lebih banyak menonton adegan seks di televisyen berkemungkinan mengadakan hubungan seks lebih awal daripada mereka yang kurang berpeluang menonton adegan tersebut. Menyingkap kajian ini dapatlah kita fahami media memainkan peranan dalam proses perubahan tingkah laku remaja. Seharusnya media memandang serius isu ini agar mesyarakat memandang media sebagai agen perubahan tingkahlaku remaja kearah yang positif.
Sikap tidak endah atau pandang enteng oleh ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat terhadap isu rempit ini juga menjadikan budaya rempit semakin berleluasa. Kita tidak salahkan ibu bapa sepenuhnya, tetapi merekalah yang memainkan peranan besar dalam soal ini. Dilihat sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen adalah perkara yang biadap. Ini kerana didikan anak-anak perlulah dengan keprihatinan dan pemantauan bukan dengan membiarkan anak-anak melakukan sesuka hati sehingga melanggar undang-undang dan batasan syariat.
Rakan sebaya juga faktor besar yang menyumbang kepada masalah rempit ini. Si rempit ini hanya mahukan keseronokan dan kepuasan, yang mana jika dalam perlumbaan haram habuan yang akan diterima pemenang adalah wang taruhan dan juga perempuan yang boleh untuk disetubuhi secara bergilir-gilir. Wang taruhan tersebut juga akan digunakan untuk ‘enjoy’ di karaoke dan kelab malam. Perkara sedemikian juga berlaku kepada mat dan minah rempit sehingga membolehkan mereka terjebak dalam kancah ini.
Apabila diteliti dan dikaji pastinya hanya kesan negatif sahaja yang timbul dalam masalah rempit ini. Antara kesan rempit adalah ianya membahayakan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Selain itu kesan dalaman adalah seperti pergaulan bebas yang membawa kepada penzinaan dan terus kepada pembuangan bayi yang tidak berdoasa. Ada juga yang telah menghidap HIV AIDS gara-gara berjinak dengan dunia rempit ini. Selain itu kes pergaduhan juga timbul antara kumpulan rempit yang tidak berpuas hati antara satu sama lain.
Diseluruh negara pasti ada sekumpulan rempit yang melanggar undang-undang. Cukup banyak operasi untuk membendung masalah rempit ini dari menjadi-jaidi tetapi operasi ini dianggap kurang berkesan jika pihak lain tidak mainkan peranan yang sama. Ada juga tragedi yang tidak sepatutnya berlaku seperti pada 10 Februari 2008 di Ipoh, dua konstabel polis cedera dirempuh mat rempit. Tragedi sebelumnya juga pada 29 Januari 2008 di Kangar Perlis, yang mana seorang anggota polis bantuan telah patah kaki akibat dilanggar oleh mat rempit. Perkara ini seharuslah diambil serius kerana ia berhubung dengan nyawa.

CARA MENGATASI

Banyak langkah yang telah diambil untuk memulihkan budaya rempit ini tetapi tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Wazi Abdul Hami, bekas pelumba motosikal profesional yang mengajak mat dan minah rempit menyertai Persatuan Penunggang Motosikal Profesional (ProRider) untuk menjalani latihan sekiranya mereka ingin berubah.
Langkah yang diambil oleh putera Umno haruslah dipuji, cuma pelaksannannya yang harus diperbaiki kerana masyarakat jelas objektifnya tetapi persoalannya sejauhmana keberkesanan program yang dijalankan.
Pembinaan litar bagi mat rempit juga haruslah dipuji bagi menangani masalah ini, tetapi sejauh mana keberkesanan seharusnya dikaji dengan teliti. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak juga menyatakan litar ini akan diselia oleh tenaga pengajar profesional yang akan mengawal aktiviti di samping mengatur program untuk pengguna litar. Kenyataan ini berasas kerana dengan adanya penyeliaan maka aktiviti mat rempit ini akan dikawal.
Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga memainkan peranan penting. Dicadangkan oleh Presiden Jaringan Nasional Belia Mapan agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini diperkasa dan diperketatkan lagi seperti diajar secara terperinci sewaktu kelas memandu di sekolah-sekolah memandu, ini adalah kerana penunggang baru akan mengetahui kesan dan akibat jika melanggarnya. Bagi penunggang yang berbahaya sehingga membahayakan penjawat awam haruslah didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.
Dasar Sosial Negara (DSN) bermatlamatkan untuk memacu pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan, kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat Persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Namun kini, Majlis Sosial Negara kelihatan seolah-olah sudah terkubur begitu sahaja. Dasar Sosial Negara mestilah berperanan untuk membantu mengurang seterusnya membasmikan masalah rempit ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam Akhabar Pengguna.
Seharusnya banyak pihak perlu tampil untuk mengatasi masalah ini. Perancangan dan strategi yang teliti perlulah dikaji. Konsep serampang dua mata seperti dalam Dasar Ekonomi Baru juga boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah ini iaitu dengan cara mengurang dan membasmi rempit di Malaysia serta menjana generasi muda bencikan perlakuan rempit.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan besar dalam soal ini. Didikan dari kecil seharusnya berteraskan agama dititik beratkan dalam keluarga. Anak-anak sering menyalahkan ibu bapa yang hanya sibuk mencari wang sedangkan masa bersama anak-anak diabaikan. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti seperti beriadah, menonton dokumentari, membaca bersama dan sebagainya. Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak ini mampu membasmi rempit pada masa hadapan. kita fikirkan sepotong ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” Jelaslah dari ayat ini bahawa ibu bapa seharusnya jangan membiarkan generasi anak-anak berada dalam keadaan tidak sejahtera.
Media yang dikatakan sebagai penyumbang besar dalam isu rempit ini seharusnya memandang serius isu ini agar imej media dipulihkan. Propaganda hendaklah selalu dipaparkan oleh media agar masyarakat dalam semua peringkat memandang rempit sebagai perlakauan jijik dan tidak patut dilakukan. Propaganda ini akan membantu menangani masalah ini. Ini kerana perkara yang berulang kali dipaparkan kelak akan memjadi perkara yang tersemat dalam minda. Iklan-iklan minyak pelincir atau minyak petrol yang ditayangkan dan dipaparkan hendaklah jauh dari bentuk yang negatif seperti pemanduan laju. Pihak pengiklanan perlu mencari alternatif lain bagi meningkatkan publisiti tetapi tidak perlulah mengambil idea negatif untuk diserapkan.
Kementerian pelajaran Malaysia perlulah tegas dalam soal rempit ini. Subjek-subjek tertentu memainkan peranan untuk memastikan tahap kesedaran terhadap isu rempit ini. Sebagai contoh subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral menyatakan masalah rempit ini mestilah dijauhi kerana mempunyai implikasi yang besar. Pihak sekolah seharusnya bekerjasama dengan pihak Polis Trafik atau Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menangani masalah ini diperingkat sekolah lagi. Ini kerana kebanyakan pelajar yang ke sekolah menunggang motosikal kebanyakannya tidak mempunyai lesen yang sah disisi undang-undang. Pihak sekolah harus tegas dengan permaslaahn ini kerana dikhuatiri dilabelkan sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menangani isu ini.
Pendakwah-pendakwah juga hendaklah memainkan peranan yang jelas dan bukan hanya pandai berceramah dalam masjid dan surau sahaja. Medan dakwah ini perlu diluaskan skopnya kerana ramai remaja diluar sana yang tercicir agamanya dan perlu dididik. Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah mencadangkan dalam temubualnya bersama wartawan Mohd. Radzi Mohd. Zin supaya pendakwah Muslim perlu bersama-sama dengan kumpulan rempit ini dan perlahan-lahan menggunakan ‘jarum suntikan’ secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (An-Nahl: 125).
Terakhirnya peranan komuniti rakyat Malaysia dan juga badan NGO. Kita seharusnya membantu generasi rempit ini dengan cara menghampiri mereka dan menjelaskan kedudukan sebenar rempit inu dari sudut agama dan undang-undang. Nasihat dengan cara yang berhemat mungkin diterima oleh mat rempit ini. Pelan panduan menangani masalah ini dari pihak yang berautoriti seharusnya disediakan agar menjadi pedoman kepada komuniti masyarakat.

Islam sendiri mempunyai kaedah sendiri untuk berlumba. Kaedah ini juga sewajibnya digunakan oleh mat dan minah rempit agar menjadi perempit yang bertakwa. Perlumbaan ini seharunya berlandaskan dan bergagaskan al-quran dan sunnah dalam perjalanan ini. Memetik artikel Ummu Abbas dari Majalah KONSEP yang mana sememang fitrah manusia suka berlumba-luma. Fitrah berlumba-lumba ini kali pertama dapat dikesan adalah di alam rahim ibu. Berjuta-juga sperma berlumba-lumba mengejar satu ovum dalam perlumbaan untuk menjadi insan. Berjuta-juta sperma ini Allah jadikan dititip ke dalam sel lelaki. Fitrah manusia juga, tidak kira mat rempit atau siapa sahaja adalah keinginan untuk berlumba-lumba. Jika orang kaya, pastinya akan berlumba-lumba untuk semakin kaya, kalu mat rempit pula, berlumba-lumba untuk mendapatkan kepuasan yang tidak tahu apa dimana nilainya. Islam sendiri menyuruh ummatnya berlumba-lumba tetapi dengan istilah mengejar kebaikan. Ini bertepatan dalam surah Al-Baqarah ayat 148:


“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Dalam ayat diatas Allah menghendaki makhluknya supaya berkejar-kejar dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mat dan minah rempit perlu menggunakan landasan ayat ini untuk melakukan kebaikan seperti perilaku mulia, tidak derhaka kepada ibu bapa, menghormati masyarakat dan sebagainya.
Manusia masih lagi tidak mahu memahami perlumbaan yang Allah tetapkan. Mat rempit juga hanya memilih jalanraya untuk medan beradu kepuasan, sedangkan Allah telah tetapkan jalan yang lurus bertepatan dengan surah Al-Fatihah ayat 6:


“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Daripada surah yang kita baca setiap rakaat dalam solat, seharusnya kita meminta pada Allah supaya kita berada pada jalan yang lurus. Jalanraya yang Allah sediakan hendaklah dilalui dengan amal yang baik seperti jalan Para Nabi dan ulama. Menyingkap surah Al-Maidah ayat 48:


“…….Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang Telah kamu perselisihkan itu”.

Mat rempit selalunya dikaitkan dengan perkara negatif yang berlandaskan hawa nafsu. Hawa nafsu dalam bentuk cara menunggang yang merbahaya pada diri dan orang lain, perlakuan aksi-aksi ngeri yang jauh dari fitrah manusia. Mat rempit dan juga manusia lain, perlulah sedar bahawa jalan yang Allah aturkan memang nyata terang. Seharusnya kita mengambil jalan terang ini untuk medan perlumbaan dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan yang disuruh oleh Allah.
Jika mat rempit berbangga dengan hadiah wang ringgit dan perempuan murahan sebagai habuan perlumbaan motosikal. Tawaran Allah bagi juara dan pemenang perlumbaan kebaikan lebih mengagumkan. Tawaran ini telah dinukilkan dalam surah Fatir ayat 33:

“ (bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera.”

Habuan yang Allah berikan kepada manusia dalam perlumbaan ini adalah benda-benda yang berharga. Mana mungkin untuk mendapat syurga jika tidak berlumba-lumba mengejar melakukan kebaikan. Allah dengan sifat kasih sayangnya memberi emas, perhiasan dan sebagainya untuk pemenang dalam perlumbaan kebaikan ini, habuan-habuan ini dapat dinikmati dengan nikmatnya di syurga kelak selepas penat berlumba di medan dunia.
Allah Yang Maha Tahu telah menyediakan sesuatu yang memenuhi fitrah lelaki. Dalam surah Al-Baqarah ini Allah sedia merealisasikannya di dalam ayat 25:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya.”

Lihat sahaja tawaran Allah ini, tidak hanya emas dan perhiasan malah disediakan juga permaisuri syurga untuk melayani para pemenang perlumbaan kebaikan ini. Berita gembira ini seharusnya diketahui oleh setiap manusia agar mereka lebih laju mengorak langkah dalam perlumbaan melakukan amal soleh ini. Jika mat rempit menikmati minah rempit dengan landasan yang bersalahan hukum Allah, hukumannya adalah hukuman bagi zina didunia dan neraka diakhirat. Jadi perlumbaan yang digariskan Allah memenuhi fitrah lelaki lebih-lebih lagi mat rempit. Mereka yang menjadi juara dirakamkan oleh Allah dalam surah fatir ayat 34 dan 35:


“Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.”
“Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu.”

Allah telah jelaskan tempat bagi pemenang-pemenang perlumbaan kebaikan adalah syurga. Pelumba ini juga di dalam syurga dapat rehat selepas penat bertarung atas medan yang Allah gariskan.

Kesimpulan daripada penerangan di atas maka semua pihak haruslah memainkan peranan bersama. Ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat, badan kerajaan dan badan NGO mestilah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Masalah rempit ini mampu ditangani dengan jayanya jika manusia melihat kepada objektif kehidupan manusia iaitu beribadat kepada yang Esa. Kita mampu mengubah kehidupan kita dari yang gelap kepada yang terang. Sejarah telah membuktikan bagaimana pada zaman jahiliah manusia berada dalam keadaan yang tidak bermoral seperti pembunuhan bayi dan menganggap wanita adalah mahkluk yang hina dan boleh dibuat sesuka hati. Tetapi dengan datangnya kebenaran yang menyeru kepada kebaikan maka zaman berubah. Zaman yang dahulunya gelap gelita sudah disinari cahaya kebenaran. Kita fikirkan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ali-‘Imran :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”

Ma'ruf di sini bermaksud segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya. Kita fikirlah dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan untuk menyelesaikan masalah ini secara bersama.


ZULZAIDI BIN MAHMOD
(KOORDINATOR PENDIDIKAN PENGGUNA DAN MASYARAKAT),
TERAS PENGUPAYAAN MELAYU



27/5/2008

OBSES WANITA MENDAPATKAN PELBAGAI JENIS RAWATAN KECANTIKAN SEHINGGA MENDATANGKAN KEMUDARATAN.  

Posted by Zulzaidi

Kecantikan signafikan dengan wanita, apabila disebut soal cantik, menawan, mempersona ia merupakan imipan dan harapan yang tidak pernah padam dan luntur dalam diri wanita dan ia akan terus berpanjangan sehingga bila menjadi persoalan. Wanita menyatakan kecantikan merupakan asas kehidupan agar manusia sekeliling bisa melihat keanggunan yang dimiliki mereka, sekaligus menjadikan mereka sebagai “role model” keanggunan dunia. Wanita juga sanggup menghabiskan dan membelanjakan beratus ringgit malahan ribuan ringgit untuk mendapat rawatan kecantikan. Industri rawatan kecantikan ini di Malaysia bersaing hebat antara satu sama lain agar pelanggan yang mahukan keserian wajah dan keanggunan dapat memilih tempat rawatan kecantikan mereka. Wanita juga mahukan kecantikan yang berpanjangan dan merasakan apa yang ada pada wajah mereka perlu dimantapkan dan dielokkan lagi walaupun hakikatnya sudah cantik lagi berseri.
“Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari” itulah peribahasa yang sesuai digunakan kepada Chey Pik Yock. Chey Pik Yock berumur 25 tahun telah mengalami masalah rawatan dan menjalani rawatan melicinkan kulit wajah dengan iklan yang disiarkan sebuah salun terkemuka. Chey Pik Yock mengalami radang kulit muka serius selepas menjalani rawatan di salun itu di Kota Damansara pada 23 November lalu. Chey menghabiskan RM 1,499 untuk mendapatkan rawatan selama lapan sesi. Chey mula melihat perubahan pada wajahnya yang mula membengkak, dan apabila Chey bertemu pakar perubatan dan hasil laporan yang menunjukkan Chey mengalami alahan terhadap rawatan tersebut. Amat dikesali pihak salun tidak mahu bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Berita Chey ini mendapat liputan hangat kebanyakan akhbar utama di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro. Dapat kita perhatikan rawatan kecantikan yang dilakukan bukan semunya mendatangkan kesan yang baik tetapi ada juga mendatangkan kemudaratan. Rawatan kecantikan menggunakan kosmetik yang dikatakan tinggi mutunya, sebenarnya mempunyai dan mengandungi bahan yang menjijikkan seperti kolagen, ekstrak uri dan cecair tetuban.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang dipimpin S.M Idris membuat kajian dan mendapati kandungan yang menjijikkan ini terdapat pada banyak kosmetik. Liposom, kolagen dan elastin yang terkandung di dalam Krim Pencegah Kedut tidak menghapuskan kedutan. Ia hanya membantu melembap dan “menggebukan” kulit untuk menampakkan kulit yang lebih muda. Ia tidak berupaya memperlahan atau membalikkan proses penuaan kulit. Sama seperti memakan tulang tidak dapat menyembuhkan tulang yang patah, menyapu krim pencegah kedut tidak mampu memperbaiki atau membentuk semula kulit kendur.
Mari kita sama-sama singkap kembali penggunaan Janin dalam kosmetik. Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendedahkan amalan syarikat kosmetik yang membeli janin daripada klinik-klinik pengguguran untuk tujuan penyelidikan. Tokoh politik di Eropah mendakwa embrio manusia digunakan untuk tujuan penyelidikan kosmetik. Embrio telah dijadikan perdagangan antarabangsa menurut Horst Haase, Ahli Parlimen Jerman Barat. Bekalan-bekalan janin ini sentiasa tersedia, kes-kes pengguguran janin juga semakin bertambah di kalangan masyarakat di Asia. Di Singapura sebanyak 19,000 kes pengguguran berlaku dalam tahun 1984. Kandungan jijik yang terdapat dalam kosmetik untuk rawatan muka tidak terhenti pada janin sahaja. Arus kemodenan telah mengorak langkah kepada suntikan kolagen. Kolagen merupakan sejenis bahan berjeli yang dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang, atau daripada janin manusia.Kolagen bukan sahaja digunakan sebagai bahan dalam krim muka tetapi juga disuntik di bawah kulit untuk menghilangkan kedutan. Kajian klinikal telah menunjukkan kolagen dari sumber manusia lebih baik daripada sumber binatang kerana kesannya tahan lebih lama dan penggunanya tidak perlu menjalani ujian alergi. Amalan ini bagi umat Islam haram kerana suntikan tersebut mengandungi unsur haram.
Kecantikan wanita bukan hanya tertumpu pada wajah tetapi pada rambut juga. Pendandan rambut dan pengguna rawatan terdedah kepada beberapa ancaman kesihatan dan keselamatan ketika berada di salun rambut. Di salun, mereka terdedah kepada semburan dan lakuer dan mungkin akhirnya akan mengalami kegagalan fungsi paru-paru. Aerosol kuhusnya sangat berbahaya kerana mengandungi bahan kimia beracun seperti propellant, peneutral, pemplastik dan bahan-bahan penyalut. Ia juga menyebabkan paru-paru dan kanser. Sesetengah bahan kimia menimbulkan alahan misalnya para-phenylenediamine, sejenis pewarna hitam. Ia telah diharamkan di Perancis, Jerman dan Sweden tetapi peraturan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) membenarkan sehingga 6% dalam pewarna rambut.
Setelah kita lihat kandungan-kandungan serba sedikit tentang kosmetik dapat kita ketahui kosmetik yang berada di pasaran sekitar kita mempunyai kandungan yang menjijikkan dan juga mengandungi bahan penyebab kanser yang bahaya bukan hanya pada pengguna kosmetik tetapi juga pendandan. Kita tidak menyatakan bahawa semua pusat kecantikan itu tidak bagus dan mendatangkan mudarat tetapi pemerhatian dan perjumpaan dengan pakar kulit juga perlu untuk memastikan adakah sesuai untuk membuat rawatan kecantikan agar tidak terdedah kepada bahaya seperti yang berlaku pada Chey Pik Yock.
Di Malaysia juga pelanggan berhadapan dengan produk palsu yang mengandungi filem, hidrokuinon yang boleh mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas, malah lebih teruk lagi kanser kulit. Baru-baru ini anggota Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor merampas pelbagai produk kecantikan yang diharamkan. Dalam rawatan kecantikan perlu ada peraturan yang memastikan agar bahan-bahan penyebab kanser tiada dalam kandungan kosmetik. Peranan ini perlu dimainkan oleh agensi-agensi kesihatan, pakar-pakar dalam bidang ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar perkara yang buruk dan tidak diingini daripada berlaku. Penguatkuasaan terhadap kosmetik yang mengandungi bahan-bahan beracun perlu dimantapkan seperti pengguatkuasaan oleh penguatkuasa Farmasi. Dari sudut undang-undang penguatkuasaan yang di bawah Akta Racun 1952 perlu diperkasakan. Dan Akta Racun ini perlulah diberikan pendedahan kepada pusat rawatan kecantikan agar mereka tidak terlibat dalam memberikan rawatan yang mempunyai unsur racun dan bahan penyebab kanser.
Menyingkap dari perspektif Islam dalam konsep kecantikan ini. Seharusnya kita fahami kecantikan sebenar bukanlah dari kecantikan wajah tetapi dari kecantikan dalaman. Ini sejajar dengan Firman Allah:
" orang-orang yang beriman dan beramal soleh." [surah Al-Kahfi: 107]
Manakala menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda :
" sesungguhnya Allah tidak melihat paras rupa (lahiriah) dan harta kekayaanmu, tetapi Allah melihat hati-hati dan amalan kamu semua." [hadis riwayat Muslim, hadis no: 2564].
Daripada ayat Quran dan hadis diatas kita dapat lihat kecantikan luaran seperti kecantikan muka bukanlah boleh memberikan kesempurnaan dalam hidup secara total dan bukanlah tiket untuk Allah melihat kita, tetapi kecantikan dalaman yang menjadikan Allah sentiasa bersama kita, iaitu kecantikan orang yang beramal soleh dan melakukan perintah Allah. Kesimpulannya wanita-wanita yang perlulah kembali kepada landasan agama dalam soal kecantikan. kita tidak salahkan wanita yang mahukan rawatan wajah untuk cantik, tetapi memadailah rawatan itu tidak berlebih-lebihan. Apa yang perlu diutamakan adalah kecantikan akhlak dan perilaku. Akhir sekali kita fikirkan bersama-sama sabda Rasulullah s.a.w :
" sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah." [ hadis riwayat Ahmad dan Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, al-Nasaai serta Ibnu Majah].

(ZULZAIDI BIN MAHMOD)
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

MAHASISWA PERLU MANFAATKAN CUTI SEMESTER  

Posted by Zulzaidi

Rata-rata kebanyakan mahasiswa IPT di Malaysia mula cuti semester, ramai yang sudah merancang apa yang akan dilakukan sewaktu cuti semester panjang ini lingkungan dua bulan lamanya. Ada yang merangka akan menghabiskan cuti dengan hanya tinggal di rumah tanpa perlu membuat apa-apa kerja kecuali tidur dan makan dengan alasan sudah penat membaca buku dan mentelaah di IPT, apatah lagi penat dengan ujian peperiksaan yang menakutkan, maka waktu cuti inilah mereka akan mengambil peluang untuk berehat sambil menonton televisyen.
Ada juga yang merancang untuk bekerja di stesen minyak, pasaraya, kedai makan, penghantar surat “despatch”, kerani pejabat dan sebagainya. Segelintir mahasiswa juga membuat latihan industri atau nama lain latihan sangkutan di mana-mana pejabat kerajaan, swasta yang ada kena mengena dengan kos yang diambil, atau latihan industri tersebut mempunyai markah untuk mana-mana subjek pengajian.
Kita tidak nafikan diperingkat mahasiswa sendiri ada juga yang tinggal di kampus-kampus sewaktu orang lain bercuti sakan antaranya pimpinan mahasiswa seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa, Persatuan-Persatuan dibawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan pimpinan kolej kediaman sebagai persiapan untuk pelajar baru pada semester akan datang.
Mahasiswa haruslah merancang apa yang akan dilakukan sewaktu cuti semester panjang ini dengan sebaiknya jangan hanya membuang masa. Selaku mahasiswa yang akan memimpin negara pada masa hadapan dan mempunyai idealisme yang tinggi yang telah disemai di IPT haruslah memanfaatkan peluang yang ada dengan melakukan kerja-kerja yang bermanfaat. Mahasiswa yang merasakan masanya terbuang begitu sahaja bolehlah mencari kerja-kerja sambilan tetapi kerjanya haruslah membina, dan mempunyai kaitan dengan bidang yang diambil di IPT. Selain itu mahasiswa boleh juga terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong royong, membantu aktiviti masjid dan sebagainya dan dikatogarikan sebagai kerja-kerja masyarakat.
Ada juga segelintir mahasiswa yang memenuhi diari cuti dengan program yang dirangka oleh mana-mana badan kerjaan atau swasta seperti bengkel penulisan, seminar halal haram, seminar pemahaman undang-undang atau sebagainya.
Bagi meningkatkan lagi idealisme mahasiswa, bagi yang malas bekerja tetapi mempunyai lebihan tabungan bolehlah mendapatkan buku-buku yang berfaedah seperti yang ada kene mengena dengan subjek semester hadapan atau isu-isu semasa dari mana-mana kedai buku dan baca dengan teliti agar kelak biar untuk mengetahui banyak perkara.
Seharusnya setiap mahasiwa di negara Malaysia ini haruslah mengembil peluang dan ruang yang ada sewaktu cuti semester ini dengan memanfaatkan cuti dengan perkara yang berfaedah.


14/5/08

ETIKA PEMAIKAIAN PELAJAR IPT DITAHAP YANG KRITIKAL  

Posted by Zulzaidi

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia semakin bertambah daripada universiti yang ternama, seperti UM, UIAM, UKM, USM, UPM, UUM sehinggakan kepada kolej-kolej swasta yang diwujudkan bagi menyambut seruan kerajaan untuk membina tamadun pendidikan yang jitu dan maju. Tetapi apa yang menyedihkan adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ini sudah mula mengorak langkah ke belakang, sudah mula hilang identiti dan jatidiri, malah maruah dan martabat tidak lagi dipandang tinggi dan diambil peduli. Pelajar IPTA dan IPTS dikatakan demikian, kerana banyak berlaku gejala negatif dan tidak bermoral dikalangan mereka seperti berkhalwat, berzina, pergaulan bebas, menghisap dadah, ‘clubbing’, pembuangan bayi, pengguguran janin dan juga etika pakaian yang mula tidak dihirau dan dipandang enteng.
Perkara yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan etika pemakaian pelajar IPT yang dikatakan tidak menepati kehendak tatacara atau etika sebagai seorang pelajar IPT. Akhir-akhir ini apabila disebut soal pelajar IPT, masyarakat mula memandang sinis dan kecewa, ini adalah kerana apa yang berlaku kepada pelajar IPT adalah melampaui batasan seperti isu pembuangan bayi dan pengguguran janin serta pelajar yang melanggar etika pemakaian sopan yang dibuat oleh IPT. Pemakaian pelajar IPT seperti mula kembali ke zaman primitif atau zaman nomad. Ini adalah kerana pakaian yang dipakai agak ketat dan menampakkan susuk tabuh yang sepatutnya tidak dizahirkan, pakaian yang jarang serta pakaian yang menarik perhatian, pakaian menjolok mata yang boleh dikatogarikan sebagai tidak sopan terutamanya bagi wanita. Apa yang dimaksudkan pakaian yang menarik perhatian adalah, pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan yang menarik perhatian pelajar lain dalam IPT. Gaya hidup berpakaian seperti ini telah didedahkan oleh Azizi Abdullah dalam buku “Gaya Hidup Ranggi” yang mana dinyatakan manusia sudah mula meletakkan etika pemakaian yang tidak betul untuk dijadikan asas keperluan kehidupan.
Buku panduan pelajar yang diberikan kepada mereka hanya dijadikan khazanah untuk disimpan di muzium. Buku panduan ini antara lain telah menetapkan etika berpakaian yang betul kepada semua pelajar secara selaras sama ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Perkara ini harus dipandang serius kerana kerakusan pelajar IPT mula membuak sehinggakan arahan dan perintah IPT seperti tidak bernilai dimata mereka.
Kita dapat lihat antara punca menyebabkan pelajar IPT tidak lagi berpakaian sopan adalah kerana pengaruh pakaian artis-astis tempatan dan juga luar negara. Artis ini dijadikan idola sesetengah pelajar IPT, lantaran daripada itu segala tingkahlaku artis akan cuba dijadikan contoh hatta etika pemakaian. Kita tidak sama sekali menyalahkan industri hiburan tetapi kita salahkan sikap artis yang keterlaluan dalam berpakaian sehingga menyebabkan pelajar IPT terikut-ikut. Punca lain adalah tren atau fesyen pakaian yang mula beralih daripada zaman moden ke zaman nomad kembali. Pakaian yang dipakai pelajar IPT mula tidak menzahirkan ciri-ciri seorang pelajar IPT tetapi seakan-akan seperti wanita jalanan yang mencari pelanggan.
Seharusnya kita perlu mengkaji setiap fesyen dan tren yang diperkenalkan dari sudut agama dan kesihatan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam buku “Sakit Kerana Fesyen” menyatakan kebanyakan fesyen masa kini memudaratkan kesihatan dan ia merupakan helah dagangan untuk keuntungan industri fesyen.
Rintihan etika pemakaian ini telah diluahkan oleh Mohd Najib Shahabudin pelajar Sains Gunaan Dan Pengajian Islam Universiti Malaya, yang mana beliau merungut tentang penguatkuasaan etika pamakaian sewaktu pelajar ke kelas dan ketika menduduki peperiksaan. Beliau amat kecewa kerana pelajar yang berpakaian seksi dan tidak sopan dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan, akibatnya ia mengganggu emosi, tumpuan dan fokus pelajar lain.
Dalam buku PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA) yang dikeluarkan Bahagian Akademik Universiti Malaya menetapkan di bawah Arahan Am Peperiksaan kepada calon dibahagian LARANGAN (3)(f) memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan, di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan. Segelintir pihak pelajar masih ragu terhadap pelaksanaan penguatkuasaan arahan ini. Ini adalah kerana jika arahan ini dibuat hanya untuk dipamerkan tanpa dilaksaanakan maka ia boleh dikatakan sebagai sia-sia dan nilai integriti IPT berada pada tahap yang lemah.

Kita dapat lihat antara cara mengatasi etika pemakaian yang tidak betul ini, kita haruslah sama-sama menilai dari sudut agama, tidak kira dari agama mana sekalipun. Selain itu kita haruslah menilai etika pemakaian dari undang-undang atau perintah serta dari sudut kesihatan. Pihak-pihak bertanggungjawab haruslah memainkan peranan terutama pihak IPT. Penguatkuasan terhadap pelajar IPT yang melanggar etika ini perlulah dilaksanakan kuatkuasakan agar kredibiliti IPT terjamin dimata masyarakat. Jika etika pemakaian ini hanya dijadikan paparan dalam buku panduan atau dinding fakulti dan bangunan pentadbiran tanpa dilaksanakan, maka adalah wajar etika pemakaian tersebut dijadikan monumen sejarah untuk pameran dalam muzium dan bukan dalam IPT. Kita memuji juga kepada pihak IPT seperti UKM yang mengambil langkah proaktif memperkenalkan beberapa peraturan pakaian dan kemasan diri para pelajarnya pada tahun 2002, menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali pada ketika itu berkata, arahan peraturan pakaian dan kemasan diri itu akan menjadi panduan kepada pelajar sebagai persediaan menjadi bakal graduan yang akan memasuki alam kerjaya. Etika pemakaian ini haruslah dititik beratkan lagi sewaktu pelajar mula-mula menjejakkan kaki ke IPT seperti sewaktu Minggu Haluan Siswa di peringkat IPT. Dikalangan pelajar IPT sendiri perlulah wujud kesedaran dan tanggungjawab untuk melaksanakan etika pemakaian tersebut untuk meningkatkan nilai dan intergriti seorang yang bergelar pelajar.
Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda :
Maksudnya: “ wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya.” Hadis Riwayat Abu Daud.
Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk pelajar IPT yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “ sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.
Jelaslah disini bahawa nilai harga wanita bukanlah pada pakaian tetapi pada akhlak yang telah dijelaskan. Kesimpulannya ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam dan yang selaras dengan peraturan-peraturan IPT.



ZULZAIDI BIN MAHMOD
KOORDINATOR PENDIDIKAN PENGGUNA DAN MASYARAKAT,
TERAS PENGUPAYAAN MELAYU


6/5/08

DISKUSI BUKU DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN  

Posted by Zulzaidi

Sesebuah masyarakat yang maju bukan hanya mempunyai ketamadunan dan teknologi yang tinggi, tetapi tanda sebuah negara maju adalah nilai keilmuaan yang ada pada sesebuah masyarakat yang mampu diaplikasikan oleh manusia. Golongan belia mempunyai potensi keilmuaan membaca, walaupun tidak sepenuhnya. Penulis berkata demikiaan kerana golongan belia juga membeli akhbar dan majalah untuk dibaca tetapi hanya tertumpu pada ruangan dan bahagian sukan bagi lelaki dan hiburan bagi wanita.
Pembacaan merupakan medium untuk manusia tidak mengira bangsa, keturunan, bahasa, budaya, warna kulit dan fizikal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ketinggian nilai keilmuaan dalam pembacaan tidak dapat disangkal lagi kerana keilmuaan mampu untuk menambahkan pengetahuan. Dengan pembacaan manusia mampu untuk mengetahui segala hal dari dalam dan luar negara, politik, sosial, ekonomi, dunia hiburan, pendidikan, luar negara dan sukan. Bukan sekadar itu sahaja dengan pembacaan manusia mampu untuk untuk mengetahui apa yang terdapat di bumi, di angkasa, dalam dasar lautan, fakta-fakta, serta sejarah lampau.
Di Malaysia ini cukup banyak medium untuk masyarakat membudayakan pembacaan. Antara medium pembacaan adalah akhbar, buku, majalah, risalah, kertas pembentangan, lawan web, laman blog dan sebagainya. Cukup banyak gesaan dari pelbagai pihak sama ada kerajaan, NGO, universiti, masjid, pertubuhan untuk membudayakan pembacaan dikalangan rakyat Malaysia. Kementerian Kebudayaan Keseniaan dan Warisan Malaysia (KEKKWA) telah menggunaakan slogan “BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA” yang mana slogan ini menyedarkan masyarakat betapa pentingnya nilai pembacaan di era globalisasi ini.
Rakyat Jepun berpeluang untuk membaca buku apa sahaja kerana dijual dengan harga yang murah dan berpatutan untuk melatih rakyatnya berbudaya membaca. Tindakan ini adalah untuk memastikan rakyat Jepun memperolehi ilmu pengatahuan semaksima mungkin tanpa ada had dan batas. Kebijaksanaan pelaksanaan ini telah menjadikan Jepun sebuah negara yang membangun dan mampu menandingi keupayaan barat dari pelbagai aspek lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi.
Pembacaan buku merupakan cara terbaik untuk menambahkan ilmu pengetahuaan. Menurut Pimpinan Redaksi Majalah SABILI Indonesia Saudara Herry Nurdi ketika bertemu penulis November 2007 di USM Pulau Pinang menyatakan setiap pembacaan buku ibarat pembaca sedang menitiskan air dalam gelas yang kosong, jika pembacaan itu banyak maka makin banyaklah titisan air ke dalam gelas sehingga penuh lalu makin penuh. Analogi yang digunakan ini amat wajar kerana setitis air sahaja tidak mampu untuk menghilangkan dahaga. Tetapi jika segelas air dan lebih, mampu untuk memberi tenaga. “membaca itu laksana menumpang sebuah kereta yang kamu tidak tahu ke mana hala tujunya, dan ketika tiba masa kamu harus turun, kamu merasa sangat bersedih” ini merupakan kata-kata Ahmad kepada Ibrahim watak yang ada dalam novel Impian Palestin karangan Randa Ghazy. Kata-kata itu mampu memberikan semangat untuk kita terus membaca.
Pembacaan buku dikalangan masyarakat Malaysia amat rendah yang mana sebuah buku untuk dibaca sebulan agak sukar untuk dihabiskan. Golongan-golongan intelek seperti mahasiswa terhadap minat pembacaan juga kurang. Perkara ini dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa yang berada di IPTA dan IPTS inilah yang akan memacu negara Malaysia pada masa hadapan. Pemacuan negara mesti bertunjangkan ilmu manakala ilmu bertunjangkan pembacaan. Ayat Al-Quran pertama dengan lafaz suruhan mengarahkan junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W membaca lafaz “IQRA” dengan maksud “bacalah”, lafaz ini cukup sinonim di Malaysia. Apa yang diperolehi dari ayat “IQRA” adalah ilmu mestilah bertunjangkan pembacaan, pembacaan mestilah dengan gesaan terhadap diri.
Pembacaan buku di Malaysia adalah merupakan kehendak rakyat sahaja, belum mencapai tahap keperluaan lagi. Ini kerana hiburan hidonisme yang melampau menjadi keperluan utama masyarakat Malaysia, kemudian yang terakhir dalam “list” kehendak baru muncul perkataan buku. Dalam filem Anakku Sazali ada bait-bait kata menunjukkan hiburan diutamakan, “kita boleh tengok wayang gambar, boleh berjoget dan berjudi” itulah kata-kata yang terpancul keluar dari mulut Sazali pada rakan-rakannya untuk menunjukkan hiburan melampau adalah perlu dalam kehidupan, Perkara sebegini jika ada dikalangan anak muda adalah perkara yang amat menyedihkan. Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (PENA), Syed Mohamad Zakir Syed Othman (SM Zakir) menyatakan bahawa harga buku hanya dijadikan “kambing hitam” oleh sebahagian masyarakat. Katanya lagi harga buku yang tinggi dijadikan alasan utama kurang membaca.
DISKUSI BUKU
Pembacaan sahaja tidak mencukupi jika tidak didiskusikan. Pertubuhan bukan kerajaan NGO UMMAHAID yang diketuai oleh MS Anuar Mahmod telah memulakan program diskusi buku mingguan di Pulau Pinang dengan panggilan bedah buku. Di Indonesia program bedah buku ini cukup “famous” untuk meningkatkan kefahaman pembaca. Di Indonesia majalah seperti SABILI membuat bedah buku di media eloktronik radio agar masyarakat lebih memahami isi kandungan majalah dengan lebih “detail”.
Maksud bedah buku adalah buku yang dibaca oleh individu akan dikongsi bersama dalam satu kumpulan, forum, ceramah dan pembentangan. Kongsi disini bermaksud individu akan menyatakan apa yang difahami daripada pembacaan buku tersebut dan ahli dalam kumpulan atau pendengar. Manakala ahli kumpulan atau pendengar akan menghidupkan diskusi dengan pertanyaan dan pendapat agar budaya ilmu dimantapkan. Bedah buku ini juga menambahkan pengetahuan kepada ahli kumpulan kerana bukan semua buku dapat dibaca oleh semua individu selain berkongsi matlumat.
Penulis merasakan bedah buku oleh pembaca sahaja tidak mencukupi, jika bedah buku ini didiskusikan secara forum dan ceramah oleh penulis buku tersebut sendiri dirasakan lebih efektif dan signifikan. Ini kerana penulis buku itu lebih memahami apa yang ditulis, penulis buku tersebut juga yang mengkaji dan memahami secara mendalam dapat berkongsi apa yang ingin dinyatakan dalam penulisan.
Penulis mencadangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, univesiti, kolej-kolej, mana-mana penerbit agar dapat mendiskusikan buku yang diterbitkan. Sebagai contoh pihak universiti yang menerbitkan banyak buku-buku ilmiah yang dikarang oleh Profesor, Profesor Madya, Doktor dan Penyarah dapat melakukan diskusi buku ini. Dengan cara ini pelajar lebih dekat dengan buku dan secara tidak langsung dekat dengan penulis buku. Di ruangan Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam Universiti telah diadakan diskusi buku “Meneroka Identiti Islamic Jerusalem” oleh Abd Al-Fattah El-Awaisi. Diskusi ini membuka mata pensyarah dan mahasiswa bahawa bukan sahaja isi kandungan buku diketahui tetapi disebaliknya proses diskusi buku ini perlu untuk menambah kefahaman selain pembacaan semata-mata.
Kesimpulannya yang penulis mencadangkan kepada mana-mana pihak yang merasakan bertanggungjawab dalam soal pembacaan dan diskusi buku memainkan peranan sewajarnya. Harga buku yang mahal dijadikan alasan masyarakat untuk tidak membaca tidak patut didengar lagi. Sepatutnya harga buku bukan alasan tidak membaca tetapi sikap yang tidak mementingkan ilmu patut dibuang jauh-jauh. Kempen-kempen membaca juga tidak cukup jika tidak ada cara untuk pembacaan yang betul seperti “Speed Reading”. Diharapkan semua pihak membuka mata untuk memastikan pembacaan buku dan diskusi buku menjadi keperluan harian rakyat bukan lagi kehendak semata-mata.


(ZULZAIDI BIN MAHMOD)
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA


12/03/2008