PILAHANRAYA KAMPUS : DEMONTRASI ATAU DEMOKRASI
Bahang Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa kian terasa kepanasan dan kehangatan. Pemilihan Perwakilan Mahasiswa atau lebih dikenali sebagai Pilihanraya Kampus merupakan wadah untuk mahasiswa menggilap bakat kepimpinan disamping membentuk acuan politik mereka yang tersendiri. Beberapa IPT seperti UPSI, UMK, UUM, UMT dan UMP telah selesaikan menjalankan proses pelihanraya kampus tersebut namun apa yang dikesalkan tidak wujud persaingan yang sengit di IPT-IPT berkenan sehinggakan ramai calon-calon yang menang tanpa bertanding. Hal ini menunjukkan mahasiswa masih memandang enteng terhadap politik kampus yang mampu membentuk sahsiah dan keperibadian secara tidak langsung meningkatkan nilai kepimpinan yang sebenar.
Sekiranya kita menelusuri rentetan sejarah perjuangan gerakan mahasiswa suatu ketika dahulu, sudah tentu terdapat banyak perbezaaan yang ketara. Mahasiswa sememangnya pada ketika dahulu diasah untuk menjadi individu yang berani, bermasyarakat serta mepunyai idealisme yang tinggi, justeru tidak hairanlah jika meraka digelar sebagai juru bicara masyarakat. Perjuangan mereka ini telah mencapai kemuncaknya pada 3 Disember 1974 apabila mahasiswa bangkit memperjuangkan isu rakyat yang ditindas dengan kemiskinan, kelaparan dan penyelewengan yang berlaku dalam negara. Peristiwa ini yang dikenali sebagai Demontrasi Baling menyedarkan bahawa perjuangan mahasiswa bukanlah sekadar di bilik-bilik kuliah bahkan melampaui isu-isu rakyat, masyarakat dan nasional. Rentetan daripada peristiwa tersebut maka lahirlah tokoh-tokoh berwibawa yang membarisi kepimpinan politik negara seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, Dato’ Paduka Ibrahim Ali danTan Sri Sanusi Junid. Lantaran daripada perjuangan mereka ini maka lahir lebih ramai lagi tokoh-tokoh politik negara seperti Dato’ Paduka Husam Musa, Datuk Ahmad Saberi Cheek, Datuk Dr Puad Zarkasi dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Pada masa kini gerakan mahasiswa mula hilang taring seperti seakan-akan tidak berani memperjuangkan nasib rakyat, masyarakat dan nasional. Isu gelaja sosial yang membabitkan mahasiswa lebih memperkukuhkan lagi nilai-nilai budaya hedonisme yang merantai kehidupan mereka sehinggakan tiada lagi kedengaran pekikan-pekikan suara memperjuangkan isu rakyat apatah lagi isu kampus. Dalam buku Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin meletakkan takrifan hedonisme daripada The Columbia Encyclopedia, Edisi ke-6 sebagai:
“The doctrine that holds that pleasure is the highest good”
[Satu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan.]
Maka tidak hairanlah mahasiswa mula menekankkan keseronokan melampau daripada pembudayaan ilmu dalam meningkatkan intelektual dan jati diri mereka. Ini juga dapat dilihat apabila suasana Pilihanraya kampus pada masa kini seakan-akan muram dan suram di setiap IPT dan yang jelasnya adalah konsert-konsert yang kononnya membawa mesej amal dan aman yang pada hakikatnya diselimuti oleh hodenisme.
Mengkoreksi pilihanraya kampus di UPSI contohnya keseluruhan mahasiswa yang turun mengundi mencecah 7339 orang iaitu 61.15% daripada jumlah yang layak mengundi iaitu 12001 orang. Ini mengukuhkan lagi bahawa mahasiswa tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pemilihan majlis perwakilan mahasiswa dan tidak mustahil perkara sebegini berlaku dalam pilihanraya umum negara yang mampu melemahkan demokrasi negara apatah lagi demikrasi kampus. Itu baru di UPSI, manakala IPT yang lain tidak dengar riuh rendah suasana Pilihanraya Kampus ini kecuali jamuan Raya yang mendominasi.
Sebelum pilihanraya kampus berlangsung pada 10 Oktober 2008 seramai 400 mahasiswa telah berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendemokrasian pilihanraya kampus, sistem e-voting, dan tarikh pilihanraya kampus di seluruh IPT dengan membawa memorandum untuk diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Laungkan slogan ”Student Power” ini telah menggegarkan suasana sehingga pihak KPT akur untuk menerima Memorandum tersebut walaupun bukan di atas tangan pihak menteri sendiri. Penyerahan memerandum itu juga telah dicemari dengan provokasi pihak polis apabila dengan sengaja mencetuskan suasana tegang sepanjang penyerahan memorandum tersebut berlangsung. Pihak KPT sendiri yang diwakili Pegawai Khas menteri iaitu Mohd. Arif Adenan telah menyatakan bahawa pihak KPT tidak berautoriti untuk memberikan tarikh pilihanraya kampus yang sebenar sedangkan pada tahun sebelum ini tarikh pilihanraya kampus telah diumumkan oleh pihak KPT sendiri dan perkara ini jelas menunjukkan bahawa pihak KPT tidak konsisten dalam melaksanakan amanah rakyat dan mahasiswa. Bukan sekadar itu sahaja persoalan yang diajukan oleh mahasiswa kepada Pegawai Khas menteri tidak dapat dijawab dengan jelas seperti demokrasi kampus dan sistem e-voting.
Tidak terhenti setakat itu sahaja gerakan mahasiswa abad moden di Malaysia dengan berbagai nama seperti Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARSIMA), DEMA, Gerakan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU), Gerakan Mahasiswa Anti-Korupsi (GERAK Mahasiswa), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) berkumpul di UKM bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Peristiwa tersebut mendapat liputan yang cukup luas kerana pihak pengawal keselamatan UKM bertindak kasar terhadap mahasiswa. Tuntutan yang dibuat pada perhimpunan tersebut kepada Menteri Pengajian Tinggi adalah seperti mahukan pilihanraya kampus yang adil dan telus di setiap kampus dan bertanggungjawab ke atas sistem pemilihan yang korup.(e-voting), Memastikan setiap penyelewengan yang dilakukan tidak berulang , memberi arahan kepada setiap universiti agar menggugurkan dan tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihanraya bersih dan adil, mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi dan semua universiti tempatan menghentikan penyelewengan hak kebebasan untuk berkumpul secara aman dan kebebasan bersuara ke atas mahasiswa dan yang terakhirnya adalah memansuhkan Akta University dan Kolej Universiti (AUKU).
Pilihanraya kampus pada kali ini seakan sebuah kubur lama yang ngeri dan sunyi, ini berikutan ketidakfahaman dan kurang pendedahan kepada mahasiswa yang ada di IPT betapa pentingnya sebuah Demokrasi Mahasiswa. Gerakan Pro Mahasiswa Nasional (PRO-M) dan Aspirasi seakan-akan dua gergasi yang saling bergaduh tanpa berpenghujung. Segala isu yang dibawa setiap tahun hampir sama iaitu menjaga kebajikan mahasiswa tetapi ada sebahagian mahasiswa meragui janji-janji manis mereka. Langkah bijak yang diambil oleh PRO-Mahasiswa Universiti Malaya menarik lagi minat mahasiswa apabila setiap hari khamis setiap minggu mahasiswa akan berkumpul sambil mendengar ucapan-ucapan dan juga pidato mahasiswa berkenaan dengan isu kampus dan nasional untuk dikongsi bersama. Langkah ini dilaksanakan apabila melihat bahawa mahasiswa perlu dilatih berani bersuara dan berpidato dikhalayak ramai dan ianya bermula di kampus. Ini juga tidak lari dari agenda KPT iaitu mahukan mahasiswa tampil dan bijak berkomunikasi. Jika dilihat daripada Debat Harga Minyak yang menampilkan tokoh negara iaitu Datuk Ahmad Saberi Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan bahawa mahasiswa perlu berani menyatakan fakta dan data secara jelas dan tepat dalam sesuatu ucapan dan percakapan.
Berbalik kepada pengkoreksian kita pada pilihanraya kampus pada kali ini lengang dan sunyi, selaku mahasiswa perlulah berbalik kepada objektif asal dan piroriti utama kita datang ke Menara Gading. Semestinya akademik yang sepatutnya dikejar, tidak salah mahasiswa berpolitik kampus dengan cara tersendiri tetapi budaya ilmu seharusnya tidak ditinggalkan. Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim menyatakan pada satu temu bualnya dengan penulis beliau mengungkapkan rasa kecewanya apabila melihat budaya mahasiswa yang kurang berdaya saing dan berintelektual. Beliau menambah bahawa jika 30 tahun dahulu, suasana Universiti terutamanya Universiti Malaya seperti sebuah pesta ilmu yang mana terlampau banyak diskusi yang dianjurkan untuk menambahkan keintelektualan mahasiswa. Tetapi pada masa kini ia seakan-akan pupus dan ditelanjangkan gara-gara budaya ilmu yang kian pudar. Jika dahulu perhimpunan mahasiswa jelas menunjukkan mahasiswa benar-benar menghayati isu rakyat tetapi pada masa kini ia hanya tinggal kenangan dan jika ada pun mahasiswa yang mahu tampil bersuara dikatakan sebagai pembangkang dan semestinya persepsi ini salah sama sekali. Muhamad Abu Bakar di dalam bukunya Mahasiswa Menggugat membuat kesimpulan bahawa perhimpunan dan perjuangan mahasiswa adalah berpunca “dari perasaan tidak puas hati terhadap sistem yang ada, kesedaran bahawa mereka boleh membuat pembelaanb terhadap masyarakat dan anggapan bahawa generasi mereka mempunyai peranan tersendiri dalam pembentukan zaman”.
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pada hari ini seperti sebuah majlis ekslusif dan majlis makan angin. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Saudara Hafizuddin bin Abirerah menyatakan bahawa kebanyakan MPM hanya tahu pergi ke luar negara yang kononnya mahu mengharumkan nama Universiti dan membuat perhubungan dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa di Universiti luar, walhal hanya makan angin. Ini berlaku di sebuah Universiti tertua tanah Air yang mana MPM yang dilantik langsung tidak berkongsi sejauh mana pertalian dan perhubungan yang dijalin bagi mengharumkan nama universiti tersebut.
Pilihanraya kampus seharusnya berpaksi kepada demokrasi yang sebenar iaitu memperjuangkan isu mahasiswa, masyarakat dan nasional. Berpaksikan kepihatinan dan keadilan maka setiap mahasiswa haruslah menilai bahawa pilihanraya kampus bukanlah satu permainan tanpa wacana ilmu tetapi sebuah medan meningkatkan intelektual dan juga menggilap bakat kepemimpinan negara pada masa akan datang.
Semua pihak haruslah berperanan sama meningkatkan keprihatianan dalam kelemahan kesedaran terhadap pendemokrasian kampus ini, ini kerana jika kita tidak serius, mahasiswa yang bakal lahir tidak lebih dari “robot-robot manusia” yang langsung tidak mengerti matlamat hidup dan makna perjuangan serta jiwa nurani menjadi keras dan gersang.
Mahasiswa seharusnya sedar bahawa Pilihnaraya Kampus bukanlah hanya satu wadah memperjuangkan nasib mahasiswa, tetapi merupakan taman ilmu “garden of knowledge” yang menghubungkan antara idealisme, realisme, aktivisme dan intelektualisme peringkat mahasiswa. Mahasiswa seharusnya menilai diri masing-masing dan mencabar diri supaya lebih berdaya saing dan berilmu yang bukan hanya di lapangan kuliah tetapi di persada mahasiswa dan masyarakat. Jika kita dapat menggilap bakat mahasiswa pada hari ini supaya menjadi “the good leader of student” tidak mustahil untuk menjadi pemimpin negara yang hebat dan berintegriti pada masa hadapan. Maka wadah pilihanraya inilah perlu diambil peluang oleh mahasiswa untuk terus ke hadapan. Benar kata pujangga “Ilmu itu bukan hanya di buku, tapi diakal dan dirimu agar kamu gunakannya untuk menjadi pemimpin diri yang berani”.

This entry was posted
on 12:19 AM
and is filed under
Cetusan Idea
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
1 comments