Posted by Zulzaidi

Pelajar ke Jakim isu pegawai UPM
Jimadie Shah Othman | Oct 23, 08 11:23am

kemaskini 7:50pm Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.

Seorang pegawainya Fahmi Azar Mistar dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.

Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.

Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.

"Kami harap pihak Jakim dapat merujuk perkara ini dengan universiti dan beliau (pegawai terbabit) harus minta maaf," kata presidennya Mohd Safwan Ab Ghani, yang membuat aduan tersebut, kepada Malaysiakini.

Mohd Safwan, yang baru sebulan memegang jawatan presiden persatuan berpengaruh itu berkata, dua pelajar termasuk aktivis itu Mohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah yang menjadi saksi kejadian turut hadir.

Lima lagi pelajar mengiringi mereka bertiga.

Ketika pindah barang

Mereka turut menamakan Fahmi Azar dalam aduan kepada jabatan Islam itu.

Menurut Mohd Safwan, aduan tersebut diserahkan kepada bahagian perhubungan awam Jakim.

Pada 15 Oktober lepas, Fahmi Azar didakwa pernah berkata kepada Mohd Lukman Al-Hakim sewaktu sekumpulan pelajar hadir untuk melihat Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa memindah keluar barang-barang dari kolej tersebut.

Kedua-dua pelajar wanita itu dibuang dari Kolej Tun Perak atas alasan "tinggal secara tidak sah".

Pegawai HEP berkenaan enggan mengulas sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, satu blog Angin Perubahan mendakwa Mohd Lukman Al-Hakim pernah menumbuk Fahmi Azar susulan kenyataan pegawai itu.

Menurut blog itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun aktivis pelajar itu menafikan dan membuat satu lagi laporan polis pagi dengan mendakwa coretan blog itu "palsu" dan "menjatuhkan maruahnya."

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) melaporkan kenyataan pegawai UPM berkenaan di balai polis Pantai hari ini.

Menurut seorang exconya Zulzaidi Mahmod, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan kerana kenyataan itu didakwa "sengaja mencabar dan mempermain-mainkan kesucian agama Islam yang menjadi teras agama rasmi Malaysia bawah Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan."


This entry was posted on 9:54 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

JTG Casino & Hotel: Rock Sacramento & Oaks | Ticket Price, Timings
Find JTG 충청북도 출장샵 Casino & 강릉 출장샵 Hotel: Rock Sacramento & Oaks venue concert and 과천 출장안마 event schedules, venue information, directions, and seating charts.Jan 15, 2022Darius WilliamsJan 26, 2022Jared TaylorJan 여주 출장마사지 27, 2022Jared Taylor 여수 출장마사지