Posted by Zulzaidi










 

Posted by Zulzaidi

AYUH MELIHAT KILANG ALQURAN



































 

Posted by Zulzaidi

JEMPUTAN KHAS PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN KE – 11
( 1430H )

Dengan segala hormatnya Yang Berhormat/Datuk/Datin/Tuan/Puan dijemput menyertai Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Kali yang ke Sebelas (PPMK- 11)

Berikut adalah butiran lanjut mengenai perhimpunan :

Ucapan Bertindak : 29hb. Disember 2008 (Isnin)

Masa : 09.00 pagi

Tempat : Institut Tadbiran Agama Islam Perak (INTIM), Ipoh Perak.

Perhimpunan Penggerak : 28 Disember 2008 (2.00 petang )

Yang berhormat/Datuk/Datin/Tuan/Puan bolehlah membuat pengesahan penyertaan dengan menghubungi kami melalui Jawatankuasa Sekretariat PPMK Ke -11, iaitu Sdr. Azizan Bin Osman (019 - 4818687) atau Sdr. Mohd Shahrizan Sazali (016-4731816) Sdri Shakiroh ( 019-4620255) atau melalui email : azmi58@yahoo.com Maklumat dan keterangan lanjut pihak tuan bolehlah melayari laman sawang : www.temanteras.wordpress.com

Segala kerjasama serta perhatian positif daripada pihak tuan sangat dihargai.

 

Posted by Zulzaidi

Laporan Aktiviti & Program

PERHIMPUNAN PENGGERAK MELAYU KEBANGSAAN KE – 10 (PPMK KE – 10)

Gerakerja Aktiviti & Program

1428H

Teras Pengupayaan Melayu ( TERAS )

Tempoh setahun sepanjang 1428H adalah usia sedekad pertama buat TERAS. Pencapaian TERAS sudah tentu tidak dapat lagi dirasa sebagai pencapaian yang memuaskan. Lantaran itu pimpinan Pusat sering bermuhasabah untuk mencari pendekatan yang berkesan mendidik dan mencetuskan kebangkitan bangsa yang boleh membawa perubahan. Namun rentangan semasa tetap akan menjadi ujian buat TERAS untuk meningkatkan gerakerjanya.

Kami mengharapkan semua aktivis dan pendokong TERAS di semua peringkat melipat gandakan jihad masing-amsing untuk mengeluarkan bangsa dari kemelut yang tidak berkesudahan. Gerakan memerdekakan bangsa dari segala bentuk kepincangan adalah fokus utama. Sementara kita mahu melihat kemajuan bangsa diserlahkan namun ia akan hanya berjaya dilakukan jika bangsa Melayu dapat dibebaskan dari segala gejala mungkar yang melingkari kehidupan kita.

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan Pelbagai lapisan masyarakat pada tahun 1428H yang lalu. Program dan gerakerja aktiviti TERAS sepanjang tempoh 1428H adalah :

1. PERSIDANGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM KEBANGSAAN (PPIK)

Telah dilaksanakan pada 26-28 Oktober 2007 dianjuran bersama oleh TERAS , SKIMA & Kerajaan Negeri Kelantan di Perdana Resort PCB , Ini adalah lanjutan dari Kongres Umat Islam Malaysia (KUISMA) yang telah dianjurkan bersama TERAS dan JAMA’IY pada bulan Disember 2006. Sebuah Dokumen Tekad Umat Untuk Transformasi telah dihasilkan yang mendokumenkan 17 agenda bertindak umat Islam . Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria ,Mufti Perak telah melancarkan dokumen ini. Dengan itu ditubuh Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) untuk membuat tindakan susulan dari KUISMA tersebut.

TERAS yang mempengerusi SKIMA telah bersama dengan JAMA’IY untuk mengadakan roadshow diseluruh negara untuk memasyarakatkan Dokumen Tekad. Tidak kurang dari 200 buah masjid dan surau telah didatangi dalam siri roadshow tersebut ,

Sebagai lanjutan Presiden TERAS telah diundang pada Mei 2007 untuk membentang kertas kerja dalam Muzakarah Ulama anjuran Jabatan Mufti Perak berkaitan dengan persoalan kemerdekaan dan peranan ulama’. Dokumen Tekad telah dijadi dokumen penting dalam persidangan tersebut.

PPIK telah disertai oleh 500 wakil NGO Islam dari seluruh negara dan TERAS telah terlibat menjadi penggerak utama bersama SKIMA dalam persidangan ini untuk

mencetuskan Pengistiharaan Permuafakatan Serambi Mekah serta penubuhan Majlis Perunding Permuafakatan Pertubuhan-pertubuhan Islam Nasional (MAPIN)

2. FORUM KEMERDEKAAN ( MUHASABAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA )

Forum ini telah digerakkan oleh TERAS atas nama Majlis Muafakat Warga Darul Aman dimana TERAS adalah pengerusinya bertempat di . Dewan Masjid Sultanah Bahyah, Alor Setar pada 18 Ogos 2007. Forum ini melibatkan ahli panel dari IMPAK, WADAH Kedah, JIM Kedah, bekas ahli majlis Kerajaan Kedah, dan TERAS. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu mengenai perjuangan kemerdekaan dan implikasinya terhadap generasi masa depan.

3. PERHIMPUNAN KANAK-KANAK ISLAM SEMPENA MAULUD RASUL 1428H

Program ini adalah gerakerja TERAS untuk menjadikan Maulud Rasul sebagai hari Kanak-kanak Islam diseluruh negara. Lebih 300 masjid telah di gerakkan untuk melaksanakan acara ini setiap tahun. Ia bertujuan untuk menjadi acara tetap untuk mendidik dan menanam rasa cinta kanak-kanak kepada Rasulullah serta mengikut dan mencontohi baginda dalam kehidupan. Program ini juga berhasrat agar generasi akan datang akan menjadi generasi yang kukuh penghayatan mereka terhadap Islam.

Antara kawasan TERAS yang berjaya melaksanakan acara ini sebagai model yang berjaya ialah Surau Taman Seri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani yang telah melakasankannya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk JK Surau & Rural Citizen Kedah & TEGAS ( Majlis Masyarakat Bertindak Membenteras Gejala Sosial Sungai Petani)

4. PENDIDKAN REMAJA ALAM SEKITAR & KEPENGGUNAAN.

TERAS turut prihatin persoalan kesedaran alam sekitar dikalangan generasi muda . Dengan itu TERAS mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Sahabat Alam Sekitar bagi melaksanakan Kem Remaja Alam Sekitar & Kepenggunaan pada musim cuti sekolah.Bertujuan untuk mengumpulkan kumpulan remaja agar menghargai alam sekitar dan boleh mengamalkan tingkahlaku yang positif untuk memulihara alam Hasil daripada program ini remaja didedahkan juga dengan input pembinaan sahsiah murni dalam diri mereka.

5. SIRI SEMINAR MENANGGANI GEJALA SOSIAL BANDAR DAN PENUBUHAN TEGAS.

Bengkel ini digerakkan hasil daripada kesedaran bahawa masalah sosial dibandar terutamanya dikalangan remaja kini sudah berada ditahap kritikal dan membimbangkan. Hasil daripada siri Bengkel ini, TERAS telah menubuhkan Rangkaian Masyarakat Bertindak Membenteras Gejala Sosial (TEGAS) untuk menangani persoalan tersebut., yang menumpukan kepada persoalan sosial dikalangan remaja. Sehingga ini TEGAS sedang digerakkan di Alor Setar , Sg.Petani ,

Ipoh , Johor Baharu , dan KL. .Isu yang sedang ditangani termasuk penagihan dadah , arak , judi , pelacuran , mat rempit , pergaulan bebas , pornografi , ponteng sekolah , gansterism dan lepak .

TEGAS Sg.Petani telah bergerak aktif dengan memulakan progam Kem Smart Solat ( Siri I ) dan Kem Pengukuhan Sakhsiah melibatkan lebih 500 remaja bertempat di :

Surau Taman Seri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Sek. Men. Sri Badong, Singkir Kedah

Masjid Muzaffar Shah, Sungai Petani Kedah

Ini adalah siri program motivasi dan pembinaan sahsiah yang digerakkan hasil daripada inisiatif TEGAS Sg.Petani. Maklumbalas sekolah terhadap program-program ini amat baik dan hasilnya kita mampu mengumpulkan remaja dalam jumlah yang agak ramai. TERAS mengharapkan gerakerja TEGAS akan dapat disemarakan diseluruh negara.

6. HALAQAH PENGAJIAN DAN PENGHAYATAN ISLAM (SEHATI)

TERAS mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis ta’lim Islam diseluruh bandar utama di seluruh negara. Program SEHATI telah dirangka untuk menjadi tapak pengajian Islam berorientasikan penghayatan dikalangan masyarakat secara berdisiplin. Kandungan pengajian adalah berteraskan rujukan kepada kitab Tafsir Fi Zilalil Quran , Tarbiyatul Aulad fil Islam , Ihya Ulumuddin dan Jundullah . Program SEHATI cuba melahirkan penuntut ilmu dikalangan masyaryang berfungsi sebagai perubah masyarakat dan penggerak perjuangan Islam. Sehingga ini tiga negeri telah memulakan program ini iaitu Kedah, Wilayah Persekutuan,Pulau Pinang.

9. MAJALAH CELIK - DISEBALIK WAJAH PEMBANGUNAN.

Ini merupakan majalah TERAS yang menghimpunkan isu – isu semasa masyarakat di negara ini. Persoalan gejala sosial, kepincangan ekonomi, peminggiran Melayu dalam pembangunan, dan keruntuhan keluarga serta pelbagai perkembangan sosial didokumentasikan bertujuan untuk menjadi rujukan kepada aktivis dan masyarakat umum. Setakat ini lebih 2,000 naskah Celik 1 telah diedarkan dalam kini Celik 11 sedang diushakan.

10.ROAD SHOW ”CABARAN SEMASA UMAT ISLAM”

TERAS telah merencana roadshow ke 1000 masjid dan surau seluruh Negara untuk mendedahkan masyarakat kepada cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh seluruh umat Islam dalam dan luar Negara. .Program Road show ini dilaksanakan dengan mesej Ummat Islam perlu meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap ancaman musuh . Program ini digerakan secara intensif diperingkat masjid, qariyah,

dan daerah. Ia dilaksanakan di Kampung, Taman Perumahan, dan Surau. Hasil daripada road show ini juga TERAS telah mengedarl

11.SEMINAR KESELAMATAN KANAK – KANAK PERINGKAT BANDAR

Seminar ini dilaksanakan di Sg.Petani untuk melihat pelbagai isu kanak-kanak yang berkaitan dengan keselamatan. TERAS perihatin terhadap keadaan masakini yang menunjukkan keadaan persekitaran kini tidak selamat untuk kanak-kanak. Aspek keselamatan pemakanan , permainan , keselamatan di rumah , tempat permainan , pasar dan sekolah kini mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bahaya Seminar ini turut melibatkan Pensyarah Universiti Sains Malaysia, yang membuat kajian mengenai jenayah yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia.

TERAS mengharapkan seminar ini dapat dilaksanakan dikawasan lain untuk meningkatkan kesedaran diperingkat masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang diperingkat kerajaan.

12.MOBILISASI MASYARAKAT AKAR UMBI

i.Isu Menangani Gejala Murtad dan Islam Liberal

TERAS telah terus menggerakkan masyarakat mengenai isu murtad . Pemantauan dan pengembelingan masyarakat untuk berwaspada terhadap gerakan permutadan umat Islam bagi TERAS sangat serius. Walaupun pihak yang berwajib merasakan isu ini sangat sensitif namun TERAS berpendapat jika ia tidak diketengahkan agar diambil tindakan , pihak yang merancang untuk meneruskan agenda memurtadkan orang Islam akan giat melancakan kegiatan mengugat aqidah umat. TERAS berpendapat pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan sbarang percubaan menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Sepanjang 1428H kes-kes mahkamah yang melibatkan soal keIslaman dan murtad sedang diikuti dengan rapi oleh TERAS.

Gerrakan Islam Liberal yang mula tumbuh juga sedang diawasi secara teliti. Faham yang mengelirukan dari penyebaran pemikiran pluralisme dan liberalisme agama akan terus dipantau oleh TERAS dengan kerjasama gerakan Islam yang lain.

ii.Pemasyarakatan Syariah

TERAS bergerak untuk menegaskan kedudukan Islam didalam Perlembagaan Persekutuan dan meneliti bagaimana eknakmen undang-undang negeri dapat diperkukuhkan agar pemasyarakatan syariah didalam masyarakat dapat diushakan.

Dengan yang demikian agenda sosialisasi syariah dikalangan masyarakat Melayu diusahakan melalui pendidikan awam dan pembinaan model-model contoh perlaksanaan syariah di negara ini dan juga negara lain.

iii.Modul TERAS

TERAS juga telah berusaha melahirkan beberapa modul pembinaan masyarakat seperti berikut:

1. Modul Selamatkan Zuriat Kita

2. Modul Bina Sakhsiah Remaja

3. Modul Rumahtangga Soleh

4. Modul Hak dan Tanggungjawab Kepenggunaan Muslim

5. Modul JIRAN Harmoni

6. Modul Qariah Cemerlang

7. Modul Smart Solah

8. Modul Pengukuhan Syakhsiyyah Muslim

Semua modul ini bertujuan untuk menawarkan khidmat TERAS kepada masyarakat dan mana-mana institusi yang ingin memanfaatkan pengisian TERAS bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan . Sehingga ini khidmat TERAS telah disambut baik oleh pelbagai pihak dan kami sedang cuba mengembangkan pengelaman ini keseluruh negara.

iv. Tabung Ehsan TERAS

TERAS telah melancarkan sebuah tabung umum iaitu Tabung Ehsan bertujuan untuk menjadi sumber dana bagi melaksanakan pelbagai gerakerja TERAS di seluruh negara. Tabung ini akan memungkinkan TERAS merencana programnya dengan lebih sistematik. Sehingga ini Masjid AlMuhsinin telah bekerjasama untuk menjadi qariah pertama sebagai rakan Tabung Ehsan TERAS. Tabung TERAS akan mengujudkan sukarelawan diseluruh negara untuk membolehkan masyarakat turut serta dalam menyumbang kepada tabung ini. Projek utama untuk tahun 1429H ini ialah untuk membina Pusat Latihan TEMAN TERAS (PLTT) yang dianggar bernilai RM500,000. di Merbok , Kedah.

v. Program Pembangunan Qariah (Ikatan Pergerakan Qaryah Malaysia – IQAMAH)

TERAS kini sudah menggerakkan pembinaan masyarakat melalui pendekatan pembangunan aktivis qaryah. Melalui aktivis qaryah yang terpileh TERAS mencuba untuk mendekati dan menangani isu-isu setempat sehingga masyarakat qaryah dapat dibentuk sehingga menjadi masyarakat mithali. Konsep ini sedang dimulakan dibeberapa negeri dan TERAS bermatlamat untuk memileh 500 qaryah untuk tempoh 3 tahun yang meliputi qaryah di kawasan bandar dan desa. TERAS memilih 5 orang tempatan bagi setiap qaryah untuk dilatih dan menjadi TEMAN Qaryah TERAS .

Masjid Al Mukhsinin, Danau Desa, Off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur 5 Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan Ke – 10 (PPMK Ke – 10)

13. Latihan Aktivis TERAS

TERAS memberi perhatian khusus untuk melaksanakan gerakerja latihan aktivis diseluruh Negara. Pihak urusetia TERAS telah merangka beberapa skim latihan untuk pelbagai kelompok aktivis iaitu mahasiswa , petani , pekerja , wanita , pekebun , peneroka , pendidik , setinggan dan imam. TERAS bertujuan untuk membina penggerak sosial yang mempunyai keupayaan tinggi untuk memimpin masyarakat kearah mengujudkan masyarakat yang Islamik sepenuhnya.

Pada), pada 22 – 28 November 2007 seramai 87 orang mahasiswa dari seluruh negera dipileh untuk melalui latihan intensif. Tujuan utama program ini ialah melatih kader-kader baru aktivis TERAS yang mampu berfungsi dalam masyarakat setempat.

TERAS bercadang untuk mengadakan latihan untuk TEMAN TERAS bagi seramai 100 setiap tahun dari pelbagai lapisan masyarakat.

14.Menangani isu-isu pembangunan

TERAS telah mengambil inisiatif untuk menangani pelbagai isu pembangunan yang melibatkan nasib masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kesan peminggiran , pengambil tanah , penmindahan penduduk , kesan alam sekitar serta implikasi sosio-budaya -ekonomi- politik akan sering diketengahkan kepada pihak kerajaan.

Untuk tahun 1428 H TERAS telah menangani isu-isu berikut :

Kuari di Singkir , Yan , Kedah

Zon Industri Petroleum Yan , Kedah

Perkampungan Melayu di Pulau Pinang

Pembalakan Haram , Serdang , Kedah

Pembangunan Kampung Baru , KL

Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar , Johor Pembinaan IPP , Pontian , Johor

Penghakisan Pantai , Pontian Joh

or Kesan NCER , Perlis , Kedah , Penan

g dan Perak. Isu penswastaan air

Pembangunan Gugus

Penjualan tanah di Bagan Dato’ ,Perak

pelbagai masalah yang menyentuh kepentingan rakyat . Ini termasuk isu berikut:

Tuntutan HINDRAF

• Bantahan terhadap FTA Malaysia – US

• Bantahan terhadap Memorandum 10 Menteri Bukan Islam

• Pendirian terhadap Dokumen Merdeka ISIS

• Bantahan terhadap percubaan menubuh IFC

• Pendirian terhadap Gerakan Artikel 11

• Sikap terhadap isu kenaikan sara hidup

• Menegakkan undang-undang syariah

• Kemasukan pekerja asing

• Reformasi pendidikan negara

• Tuntutan mengembalikan kedudukan B.Melayu dalam pendidikan

• Tuntutan mengembalikan bantuan kepada SAR.

16. PENGLIBATAN ISU-ISU ANTARABANGSA

TERAS meneruskan penglibatannya terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus dan kemanusiaan secara umum. Untuk 1428H TERAS telah turut bersama dengan menangani isu-isu berikut:

• Konflik Thailand Selatan

• Serangan Israel ke atas Lebanon

• Kedamaian Acheh

• Militarisasi dan Hegemoni Amerika di Asia Tenggara

• Kepungan Israel terhadap Gaza , Palestin

• Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w oleh media Denmark

TERAS telah terlibat dengan beberapa badan antarabangsa menyuarakan pendiriannya serta secara aktif melaksanakan kempen yang berkaitan dengan pelbagai isu antarabangsa. Antara badan yang berkaitan ialah:

• Nusantara Initiative for Justice and Peace

• Sekretariat Himpunan Ulama Asia

• Social Watch Asia

• Asia Pacific Research Network

• Global Alcohol Policy Alliance

• Center for International Muslim Affairs

• Al Quds Malaysia

• Citizens International

PENUTUP

TERAS ingin mengembangkan gerakannya sebagai sebuah wadah transformasi umat Melayu khususnya dan umat Islam amnya. Dengan yang demikian TERAS berharap ia boleh memberi kesan yang didambakan untuk memperbaikki nasib bangsa sebagai peneruju kepada umat Islam di negara ini. Kami sudah tentu ingin mendapatkan penyertaan yang lebih meluas dari segenap masyarakat terutama dari kalangan masyarakat Melayu yang sering tersisih seperti nelayan,petani,peneroka, pekebun ,pekerja ,peniaga kecil dan golongan yang tertindas akibat pembangunan yang tidak mengambilkira persoalan rakyat kecil. Akan tetapi penyertaan kelompok Melayu dari kalangan kerabat Istana , ulama’ , pendidik , cendiakiawan , professional , budayawan ,birokrat dan teknokrat juga sangat diharapkan. Kami bermatlamat untuk mendaftar , melatih dan melahirkan 1000 penggerak dalam tempoh tiga tahun sehingga 1431 H. Hajat ini akan hanya berhasil dengan syarat mereka yang berminat menyertai TERAS adalah terdiri dari mereka yang ikhlas dan beriltizam untuk mewakaf dirinya demi mengangkat harkat bangsa dan memartabat kemuliaan agama.

MOHD SHAH RIZAN SAZALI

Penolong Setiausha Agung

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU