Bahang Pilihanraya kian terasa, parti-parti yang terlibat dari pihak Barisan Nasional samada UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN juga dari Barisan Alternatif samaada PAS, KEADILAN, DAP sama-sama sudah menyiapkan jentera masing-masing, sekarang hanya menunggu tarikh Pilihanraya Umum akan diadakan. Bahang ini terasa kepada semua yang dibenarkan mengundi dari umur 21 tahun dan ke atas bagi memilih ADUN dan Ahli Perlimen yang akan memegang tampuk pimpinan Negara Malaysia yang kita cintai. Mahasiswa juga tidak terkecuali dari menerima tempias bahang Pilihanraya Umum ini sehinggakan ada segelintir mahasiswa yang sanggup pergi ke pejabat suruhanjaya pilihan Raya (SPR) semata-mata untuk mendaftarkan Parti Mahasiswa Negara (PMN).
Ekoran dari sikap segelintir mahasiswa ini yang mahukan demokrasi yang jelas telah memberi tamparan yang hebat daripada pelbagai pihak samaada Kementerian Pengajian Tinggi, pihak universiti, badan NGO dan juga dari golongan mahasiswa sendiri. Ada yang memberikan sokongan atas penubuhan PMN ini atas alasan hak mahasiswa untuk berpolitik sudah jelas dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 119 dan tidak dapat disangkal lagi kerana kebanyakan mahasiswa sudah berumur lebih dari 21 tahun ke atas. Pendapat yang menyokong juga menyatakan mahasiswa mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan bebas untuk bercakap dibawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan seperti mahukan kadar faedah PTPTN yang membebankan graduan tidak dikenakan dan dihapuskan samasekali, hak untuk mengadakan aktiviti tidak disekat oleh pihak atasan dan sebagainya.
Ada juga yang berpendapat PMN ini tidak wajar ditubuhkan seperti Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya Prof. Madya Dr. Azarae Idris yang menyatakan tindakan menyertai PMN jelas menyalahi Peraturan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU)1971 subseksyen 15 (1), 15 (2) dan dibawah seksyen 15 (3). Mengikut peraturan ini katanya semua pelajar atau mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) dilarang terlibat dengan parti politik atau mana-mana pertubuhan.
Segelintir mahasiswa yang memandang serius isu ini menyatakan jika sekiranya mahasiswa tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana pertubuhan dan parti politik, ini bermakna mahasiswa tidak perlu berpilihanraya justeru tidak perlu mengundi sama sekali. Hal ini kerana mahasiswa tidak dapat mengenali calon Pilihanraya Umum ini dengan lebih dekat dan agak mustahil memilih calon tersebut untuk memimpin negara. Jika sikap ini ada pada lebih 100,000 mahasiswa maka demokrasi pilihanraya yang bersih tidak wujud lagi di Malaysia.
Segolongan mahĂ siswa mahukan pihak yang berkenaan samada badan perundangan dan badan kehakiman dapat memberikan penafsiran statut ini samada dari Perlembagaan Persekutuan dan statut Akta Univertsiti Dan Kolej Universiti (AUKU)1971 ini samada menggunakan pendekatan “The Literal Approach, The Golden Rule, The Mischief Rule atau The Purposive Approach” berkenaan politik dikalangan mahasiswa yang terbatas. Penafsiran ini diharapkan dapat menghilangkan keraguaan kepada mahasiswa yang intelek yang akan memacu Negara Malaysia pada masa hadapan.
ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954
This entry was posted
on 8:58 PM
and is filed under
fikrah minda mahasiswa
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Akhukum Fil Islam
Masa Seumpama Pedang
Categories
- ALAM SEKITAR (2)
- artikel orang lain (1)
- artikel telah diterbitkan (5)
- AUKU (1)
- bedah buku (2)
- BERITA (5)
- cerpen (1)
- Cetusan Idea (13)
- dakwah (1)
- demontrasi (2)
- fikrah minda mahasiswa (13)
- GAMBAR (3)
- jemputan (1)
- laporan (2)
- laporan TERAS (1)
- mahasiswa (2)
- NASIONALISME MALAYSIA (2)
- penggunakini (5)
- PMAPIUM (1)
- prk 08/09 (1)
- Tazkirah (2)
pejuang mahasiswa
Archives
-
▼
2008
(64)
-
▼
February
(10)
- MEMOIR SEORANG GURU
- MENJELANG PILIHANRAYA : MEMPERKASA RUKUN NEGARA ...
- MASYARAKAT PERLU BERHENTI MEROKOK
- LAPORAN ZIARAH, DAKWAH DAN QURBAN THAILAND
- PEMBUANGAN DAN PEMBUNUHAN BAYI : HINANYA SIKAP MAN...
- MAHASISWA MAHUKAN PENJELASAN
- MAHASISWA PERLU DOMINAN
- MAHASISWA PERLU MENJUARAI ISU MASYARAKAT
- MEMPERKASA RUKUN NEGARA
- MAHASISWA PERLU BIJAK MENGURUS KEWANGAN
-
▼
February
(10)
0 comments