MASYARAKAT PERLU BERHENTI MEROKOK  

Posted by Zulzaidi





Industri rokok merupakan industri yang paling maju diperingkat Malaysia malahan diperingkat global, jenama yang diperdagangkan begitu banyak sehinggakan tidak terhitung terutama Dunhill, Marlboro, LM, Winston, Mildseven, Salem, Gudang Garam, Lucky Strike, Camel, Benson dan banyak lagi yang tidak diketahui umum seperti Saat, Texas, Luffman dan sebagainya. Masyarakat menjadi mangsa industri ini secara tidak langsung semenjak ratusan tahun dahulu hatta ada yang sanggup menjadi hamba kepada perkembangan industri rokok ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat kira-kira 1.25 billion perokok di seluruh dunia, jelasnya di sini jumlah ini mewakili sepertiga daripada bilangan penduduk dunia dalam lingkungan 15 tahun keatas. Industri rokok telah menjadikan masyarakat kita terjerumus kekencah kebinasaan mengikut keterangan penagih tegar yang menyatakan bahawa permulaan ketagihan dadah adalah berpunca daripada rokok. Diperinkat sekolah menengah merupakan langkahan pertama bagi banyak perokok di negara kita terutama yang berumur 15 tahun ada juga yang masih kecil berumur 3 tahun setengah menghisap rokok yang telah dinyatakan oleh encik Aziz Man dari pertubuhan NGO Prihatin Malaysia (PRIHATIN) pada bulan november 2007, persoalan yang timbul adakah kita rakyat Malaysia yang berpegang kepada cogan kata perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk melahirkan gererasi perokok yang memimpin negara Malaysia pada masa depan?
Punca lahirnya masalah rokok ini tidak lain adalah daripada pengaruh rakan sebaya, tidak dapat disangkal juga indusri ini telah memperdagangkan rokok kepada wanita dengan mengeluarkan kenyataan bahawa rokok mampu untuk melangsingkan badan dan juga bagi lelaki industri ini mengeluarkan propaganda dalam iklan-iklan bahawa merokok dikalangan lelaki menampakkan lelaki itu gagah dan berstail serta menawan apabila dipandang wanita. Diperingkat mahasiswa juga tidak kurang hebatnya sehinggakan mahasiswa berani merokok di fakulti sedangkan ia merupakan tempat yang tidak dibenarkan merokok ada juga yang beralasan daripada pandangan mahasiswa ini bahawa merokok mampu untuk menambah idea serta mengurangkan tekanan. Alasan ini tidak munasabah sama sekali kerana bagi mengurangkan strees yang dikatakan oleh Dato Dr. Fadilah Kamsah di Universiti Malaya baru-baru ini adalah dengan mendekatkan diri pada ilahi, dan selalu bertafakur.
Di Malaysia terdapat peningkatan kes-kes yang berkaitan dengan merokok seperti kanser dan gangguan kardiovaskular sejak 25 tahun lalu yang telah termaktub dalam buku Halal Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pakar sakit tuan Dr. Ismail Tambi juga menyatakan merokok merupakan penyumbang kepada kes-kes mandul di Malaysia. Merokok dianggap sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dan dibendung, kajian saintifik juga menunjukkan asap rokok mengandungi lebih daripdaa 4,000 bahan beracun seperti arsenik, benzopirena, metoprena, aseton, plumbum, ammonia dan sebagainya walaupun perkara ini diketahui oleh masyarakat umum terutama mahasisawa tetapi tidak mempedulikan hal ini sewajarnya. Tidak dapat disangkal lagi merokok telah membentuk keruntuhan moral yang berleluasa di Malaysia ada juga yang sanggup mencuri semata-mata sebatang rokok terutama dikalangan penagih.
Dapat dibuat anggaran juga setiap sehari mahasiswa yang merokok membelanjakan RM 2 untuk membeli 5 batang rokok, jika terdapat 1000 mahasiswa yang merokok dalam satu-satu IPT bermakna setahun telah mendapat RM 730,000 ini bermakna dapat dikumpul dalam tiga tahun tempoh belajar RM 2,190,000 yang mana mampu untuk membina sebuah bangunan konvokesyen bagi perokok-perokok ini apatah lagi jika masyarakat Malaysia yang mungkin mampu membina lebih dari satu bangunan yang bernilai sama dengan KLCC yang dibanggakan oleh masyarakat Malaysia.
Banyak dana telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyedarkan umat masyarakat supaya berhenti merokok seperti kempen “TAK NAK” yang jutaan ringgit dilaburkan tetapi tidak juga berkesan. Diperingkat sekolah diajar pendidikan jasmani yang menitik beratkan bahawa rokok membahayakan kesihatan, ia juga tidak berkesan sehinggakan kerajaan Malaysia melebelkan disetiap kotak rokok “AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN” tetapi tidak diendahkan oleh masyarakat, adalah wajar bagi kerajaan mengawal industri rokok di Malaysia yang mana kos menampung perubatan bagi kes kanser akibat rokok telah meningkat daripada keuntungan negara terhadap industri ini. Dicadangkan juga agar setiap kotak rokok yang dijual diletakkan gambar jantung atau paru-paru yang rosak serta gambar pesakit kronik akibat merokok seperti yang telah dibuat di Thailand, yang mana sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit rasa insaf masyarakat. Selaku mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat seperti tidak merokok dan mestilah menunjukkan perilaku mulia dan Mahmudah. Masyarakat juga memainkan peranan penting agar melahirkan generasi yang tidak merokok supaya kesihatan tubuh badan terjaga dan pembaziran terkawal.



ZULZAIDI BIN MAHMOD
PRESIDEN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN (MAPAN)

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954

This entry was posted on 12:56 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments