MALAYSIA PERLU MEMBINA GENERASI BENCI ROKOK
Masalah yang kian meruncing dikalangan anak muda di Malaysia adalah masalah rokok. Ramai orang memandang masalah ini sebagai masalah biasa dan tidak perlu berperanan untuk mengatasinya, ini kerana mengahalang anak muda daripada menghisap rokok ibarat “mencurah air ke daun keladi”. Kita sedia maklum bahawa masalah rokok ini adalah masalah global yang perlu diatasi dengan segera kerana kelak kita bimbang generasi yang mendatang akan menjadi generasi perokok tegar.
Kita boleh lihat dari statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang jelas menunjukkan terdapat 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan sebahagian daripada mereka merupakan kanak-kanak Asia. Kita patut khuatir perkara ini kerana ia berhubung dengan zuriat masyarakat Malaysia yang harus dipupuk dengan nilai modal insan bukan dengan ajaran merokok. Kanak-kanak di Malaysia khasnya mula mengorak langkah untuk sama-sama bersaing dengan orang dewasa untuk merokok, kita dapat lihat daripada statistik diatas dan perlu untuk kita menanganinya segera. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya menjadi contoh tauladan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan perilaku baik, bukannya menunjukkan sikap atau tingkahlaku yang kelak diikuti mereka seperti merokok.
Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan, pada tahun 2000 terdapat hampir 1.2 bilion perokok dewasa di seluruh dunia yang secara puratanya menghisap 13 batang rokok sehari. Di Malaysia sahaja, pada tahun 2004 dianggarkan terdapat lima juta perokok yang mana 90 peratus terdiri daripada golongan lelaki dewasa dengan purata bilangan rokok yang dihisap, 14 batang sehari. Sementara itu, antara 90,000 hingga 100,000 remaja mula merokok setiap hari di seluruh dunia, manakala di Malaysia sekitar 50 hingga 60 orang. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menginginkan generasi belia negara yang memimpin pada masa hadapan jauh dari gejala merokok. Seharusnya kita memandang serius isu ini kerana ia berhubungkait dengan generasi yang mendatang. Kita selaku rakyat Malaysia mengharapkan dapat melahirkan generasi yang beridea atau berfikiran kritikal sekitar 50 atau 60 orang sehari untuk membenci rokok kerana dengan cara ini kita dapat mengawal gejala ini dari berleluasa.
Merokok dianggap sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah dan dibendung, kajian saintifik juga menunjukkan asap rokok mengandungi lebih daripdaa 4,000 bahan beracun seperti arsenik, benzopirena, metoprena, aseton, plumbum, ammonia dan sebagainya. Kita seharusnya sedar bahawa rokok ini merupakan penjajahan terhadap rakyat secara berpanjangan yang telah diusahakan beratus tahun yang lalu. Ini kita dapat buktikan yang mana jenama rokok ini semakin berkembang seperti Dunhill, Marlboro, LM, Winston, Mildseven, Salem, Gudang Garam, Lucky Strike, Camel, Benson, Saat, Texas, Luffman dan sebagainya. Barat melebarkan sayap imperialism mereka dengan cara menjadikan rokok itu sebagai gaya hidup masyarakat maju seperti mereka kononya. Sedangkan budaya merokok inilah adalah budaya masyarakat mundur kerana setiap sen rokok jika dikumpul dapat menangani masalah beras yang meruncing dan dapat menangani masalah subsidi minyak petrol negara secara mudah. Selain kita menyalahkan barat yang mencanang rokok sebagai gaya hidup ranngi, kita juga seharusnya menyalahkan masyarakat perokok yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah dijajah oleh barat secara tidak langsung.
Cadangan yang dikemukan dan akan dilaksanakan pada 1 Disember depan merupakan cadangan yang harus dipuji. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, amaran kesihatan bergambar itu merangkumi 40 peratus daripada bahagian hadapan kotak rokok dan 60 peratus di bahagian belakang. Jika kita lihat pada kotak rokok pasti tertera perkataan “AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”, kita meragui kerana perkataan ini tidak dipeduli oleh perokok maka Imej ngeri pada kotak rokok diharapkan dapat memberi kesan dan memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia khasnya untuk menjauhi rokok. Menurut Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu, langkah mempamerkan imej ngeri ini sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana ia banyak membantu dari segi psikologi, ini kerana perokok sebenarnya perlu ditakutkan dengan gambaran yang nyata, bukan melalui penceritaan atau sekadar kenyataan mengenai tinggi atau rendah kandungan tar dalam rokok. Kaedah ini juga bertepatan dengan kaedah memberi impak mendalam kepada masyarakat supaya sedar yang telah dikemukan editor majalah sabili Indonesia, saudara Herry Nurdi iaitu “don’t tell it, but show it”.
Masyarakat Malaysia yang merokok perlulah mengambil peluang apabila Kementerian Kesihatan mengendalikan lebih 100 Klinik Berhenti Merokok yang terletak di seluruh negara. Klinik itu yang mempunyai pakar penjagaan kesihatan profesional terlatih yang memberi nasihat (kaunseling) dan ubat (Terapi Penggantian Nikotin atau NRT) untuk membantu perokok berhenti merokok. Klinik ini merupakan satu langkah bijak Kementerian Kesihatan dalam menangani masalah merokok ini. Kita semestinya menghadapi atau berjumpa dan mana-mana individu yang menyatakan hasrat mereka untuk berhenti merokok tidak kira bapa kita, teman kita atau siapa sahaja. Maka dengan adanya klinik ini kita dapat memberi mereka galakan atau dorongan untuk cuba berhenti merokok dengan bantuan klinik ini.
Cadangan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP), SM Mohamed Idris iaitu supaya menaikkan usia minimum untuk pembelian produk melibatkan tembakau daripada 18 tahun kepada 21 tahun haruslah disambut baik. Cadangan ini juga bertepatan dengan had umur mengundi dikalangan rakyat Malaysia iaitu 21 tahun. Umur 21 tahun ini disifatkan sebagai sebagai umur matang, jadi sewajarnya juga umur minimum merokok dinaikkan kepada 21 tahun. Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam menyokong kenaikan umur kepada 21 tahun, ini dilihat sebagai satu langkah bijak untuk mengurangkan perokok dinegara Malaysia ini.
Sambutan Hari Tanpa Bakau Sedunia dianggap hari untuk global dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam mencadangkan kerajaan membuat Hari Tanpa Tembakau Semalaysia kerana ini mungkin dapat memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahawa tembakau ini wajar dijauhi dan tiada manfaatnya kepada kesihatan.
Pihak Kementerian Pendidikan juga perlu tegas soal permasalahan rokok ini. Kalau kita lihat ada juga segelintir guru yang merokok, secara tidak langsung mereka juga menyumbang kepada generasi perokok yang bakal lahir kerana pelajar sekolah memandang guru sebagai sempurna. Jika guru merokok dihadapan pelajar atau pelajar mendapati gurunya merokok maka mereka menyatakan bahawa rokok bukanlah satu kesalahan dan menjadikan guru tersebut sebagai subjek melepaskan diri mereka untuk terus merokok. Sewajibnya setiap guru tidak merokok kerana mereka adalah generasi murabbi yang bakal manjana generasi tanpa rokok. Pihak kementerian perlulah tegas menyarankan supaya guru yang merokok agar berhenti dari merokok dan guru yang tidak merokok agar membenci rokok.
Kempen kesedaran merokok juga bolehlah dilakukan disekolah. Ini kerana sekolah merupakan medium terbaik untuk menjana generasi tanpa rokok. Kempen-kempen kesedaran boleh dilakukan secara memberangsangkan agar pelajar sentiasa diingatkan supaya benci merokok seawal langkahan pertama ke sekolah. Murid-murid atau pelajar sekolah seharusnya dididik dan dicanang agar dalam fikiran mereka menyatakan rokok itu adalah benda bahaya yang patut dijauhi sama sekali.
Selaku rakyat Malaysia kita seharusnya berperanan bersama-sama untuk menangani masalah rokok ini daripada berleluasa. Semua pihak samada individu, organisasi, NGO, badan kerajaan memainkan tugas masing-masing untuk terus menerus membenci rokok sekaligus dapat melahirkan generasi benci rokok.
(ZULZAIDI MAHMOD)
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA,
2/6/08

This entry was posted
on 2:13 AM
and is filed under
Cetusan Idea
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments