PERLINDUNGAN TERHADAP KANAK-KANAK
Kita tersentak apabila di dada-dada akhbar tempatan tersiar berita tentang kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya dari kalangan keluarga sendiri. Jika zaman dahulu isu penderaan ini tidak banyak diperkatakan, istilah penderaan dahulu adalah mendidik dan bukannya mendera. Ibu bapa mendidik dengan sewajarnya seperti merotan, denda, menegur dengan batasan yang dirasakan sewajarnya tanpa berlebihan seperti ibu bapa sekarang yang berpaling 360 darjah, sehinggakan ada anak yang dihempas ke dinding, dicucuh dengan putung rokok, memukul, menerajang, meletakkan kepala anak dilubang tandas hatta ada yang dibunuh dan sebagainya yang boleh diklasifikasi sebagai melampaui batasan manusia.
Perbincangan kita adalah berkisarkan tentang penderaan, pengabaian, penganiayaan terhadap kanak-kanak. Sebelum kita bicara panjang lebar soal ini mari kita lihat takrifan bagi kanak-kanak, mengikut seksyen 2(1) Akta Kanak-kanak 2001 mendefinasikan kanak-kanak sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun. Kanak-kanak adalah anugerah Ilahi kepada setiap ibu bapa di atas dunia ini yang perlu dijaga dan dipelihara dengan baik. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemeliharaan dengan baik, ini juga telah dinyatakan dalam seksyen 17(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memberikan takrifan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan merangkumi mereka yang didera secara fizikal, mental, diabaikan, kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan, kanak-kanak yang berkelakuan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri, keretakan dalam kekeluargaan dan juga kanak-kanak yang mengemis dan menjaja. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes penderaan kanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004 meningkat pada 2005 kepada 1,800 kes dan 1,999 kes pada 2006.
Kita singkap kes penderaan terhadap kanak-kanak antaranya adalah kes yang berlaku di Kuala Terengganu yang mana seorang wanita telah mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun. Kanak-kanak itu terdapat kesan luka akibat terkena sterika panas di tangannya dan kesan cubit di belakang dan kepala selain dipukul dengan alat penyangkut baju. Kes lain pula adalah kes di Dungun, Terengganu iaitu seorang ibu bernama Ruhayati sanggup mendera anak lelakinya Muhamad Hakim Rohimin yang berusia 9 tahun dengan mengurungnya di dalam sebuah bilik kecil berukuran 1.2m x 1.2m.
Kes yang berlaku di Kemaman, Terengganu menunjukkan kepekaan guru apabila mendapati muridnya yang berumur lapan tahun didera dan kejadian itu terbongkar apabila guru berkenaan melihat banyak kesan luka pada tangan, kepala dan belakang badan mangsa yang dipercayai berpunca akibat dipukul dan dicubit oleh ibu tirinya. Dalam pada itu, awal tahun ini heboh dengan kes seorang wanita berusia 23 tahun bersama teman lelakinya mendera sehingga mati seorang kanak-kanak berusia setahun di Kuantan Pahang. Kecederaan kanak-kanak itu didapati mempunyai kesan lebam pada anggota badan serta dubur mangsa dan dipercayai menjadi mangsa dera. Di Johor Bahru pemandu teksi mendera anaknya S. Thayalan yang berusia lima tahun sehingga mengakibatkan kematian. Lihat sahaja kisah menyayat hati ini dan sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan amat menyedihkan ada juga yang sanggup membunuh anak kandung sendiri.
Punca yang menyebabkan berlukanya penderaan dan pengabaian ini adalah kerana ibu bapa kurang kefahaman agama, yang mana setiap agama di atas dunia ini amat melarang penganiyaan terhadap orang yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua. Selain itu adalah masalah dalaman keluarga tersebut seperti masalah keretakan rumahtannga dan ketidaksefahaman antara ibu dan bapa yang membawa impak kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dan menjadi mangsa keadaan. Masalah ekonomi juga merupakan penyumbang besar terhadap perlakuan ini, ini kerana dengan kurangnya pendapatan dan tanggungan yang ramai maka ibu bapa yang tidak mempunyai pengurusan yang baik akan menjadikan anak-anak sebagai mangsa untuk melepaskan tekanan. Suasana persekitaran yang tidak stabil atau persekitaran yang boleh mendatangkan mudarat kepada masa depan kanak-kanak juga antara penyebab perlakuan tidak bermoral tersebut seperti persekitaran yang dilingkungi oleh penagih dadah, pencuri, peragut dan pelacuran. Ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa merupakan faktor penderaan.
Menurut Zulazhar Tahir dalam artikel “Meninjau Isu Penderaan Kanak-Kanak Dari Perspektif Akta Kanak-Kanak 2001” dalam buku “Siri Undang-Undang Mimi Kamariah Akta Kanak-Kanak 2001” telah menghuraikan seksyen 17(1) iaitu pembahagian jenis-jenis penderaan. Pertamanya adalah penderaan fizikal jika ada substantial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak seperti lelasan, parut, disioklasi, seliuh, pendarahan, luka, terbakar, melecur dan sebagainya dibawah penderaan fizikal. Manakala dari sudut emosi pula jika ada gangguan yang substantial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak seperti kemurungan, penyendirian dan keresahan. Seterusnyan teraniaya dari segi seksual seperti pengambilan fotografi, rakaman, filem dan sebagainya dibawah tafsiran ini. Melihat kepada kesan-kesan fizikal, emosi dan juga seksual jelaslah bahawa kanak-kanak hanya dijadikan sasaran ibu bapa, penjaga atau mana-mana orang yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai manusia kita perlulah menghormati hak-hak kanak-kanak disemua negara khususnya Malaysia. Antara hak kanak-kanak adalah hak berkenaan dengan pendidikan mereka yang mana pihak yang bertanggungjawab haruslah memastikan hak ini terjaga, jika didapati kanak-kanak tidak menadapat hak pendidikan ini dengan sempurna maka pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang berautoriti termasuk NGO bolehlah memainkan peranan masing-masing. Selain itu hak kesihatan yang mana kanak-kanak berhak untuk mendapat rawatan jika berada dalam keadaan yang kurang sihat dan mengalami kecederaan. Kanak-kanak juga mempunyai hak psikologi yang harus dihormati, ramai yang tidak mengerti hal ini dan mengambil mudah hak ini. Psikologi dan emosi kanak-kanak haruslah dijaga seperti iklan yang berunsur lucah sama ada di papan-papan iklan atau dalam media seharusnya tidaklah dipaparkan kerana ia akan mengganggu emosi kanak-kanak dan mudah terpengaruh dengan hal yang demikian. Kita pasti kurang sedar hal ini iaitu membawa keluar kanak-kanak dari rumah lebih dari jam 10.00 malam yang mana sepatutnya mereka tidur waktu tersebut, tetapi ibu bapa memabawa mereka bersiar-siar alasananya adalah untuk memberikan ketenangan yang tidak berbaloi ini. Kita haruslah mengerti setiap hak kanak-kanak dan menghormatinya.
Penyelesaian bagi masalah ini telah dicadangkan sekian lama oleh banyak tokoh-tokoh seperti Allahyarhamah Profesor Dato’ Dr. Mimi Kamariah yang mana antaranya perlindungan yang sempurna kepada kanak-kanak. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang telah dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah ini dan sebahagian lagi masih dalam proses penelitian yang tidak tahu dimana penghujungnya dan bila akan dilaksanakan.
Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam soal ini, yang kita mahukan adalah hak kanak-kanak terjamin dan terjaga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika dikaji dengan teliti secara mendalam. Kita perlulah kembali melihat kebertanggungjawaban terhadap masalah penderaan, pengabaian dan penganiyaan ini yang mana ibu bapalah yang paling berperanan penting dalam soal ini. Ibu bapa perlu sedar anak yang lahir di atas dunia adalah untuk disayangi kerana ia penyambung zuriat dan bukannya tempat untuk melepaskan hawa nafsu amarah. Selain ibu bapa adalah peranan jiran tetangga yang menegetahui masalah penderaan ini untuk sedia membuat laporan kepada polis atau pihak yang bertanggungjawab, ini juga bertepatan di bawah Akta kanak-kanak 2001. Guru-guru juga berperanan penting untuk membantu mengatasi maslah ini jika didapati pelajarnya mengalami masalah penderaan ini. Paling memberi kesan adalah pengaruh media massa yang mana tugas media adalah memberi matlumat tentang masalah atau isu penderaan ini. Banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul agar masalah ini dapat dibendung seperti tugas polis dan juga pihak-pihak NGO. Talian Nur 15999 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan masalah tidak bermoral ini. Talian Nur menerima 28,359 panggilan, di mana kes terbesar membabit kes di bawah JKM dengan 2,346 panggilan diikuti KPWKM (2,104), LPPKN (170), dan masing-masing satu panggilan Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-negara Berkecuali Negara (NIEW).
Akta Kanak-Kanak 2001 ini seharusnya dikuatkuasakan dengan ketat sewaktu mula diwartakan agar masyarakat takut untuk melakukan perkara tidak bermoral tersebut. Sepatutnya bukan baru-baru ini dihebohkan tentang isu penguatkuasaan Akta-Kanak-Kanak 2001 tetapi berpanjangan dan berterusan. Masalah yang timbul adalah ada segelintir masyarakat yang mula sangsi dengan penguatkuasaan akta ini kerana mereka beranggapan sebelum ini Akta Kanak-Kakak 2001 ini hanya dijadikan perhiasan untuk ditonton dan bukannya untuk dikuatkuasakan.
Beberapa pertubuhan NGO seperti Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), UMMAHAID dan PRIHATIN MALAYSIA memandang bahawa penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 ini bukanlah soal yang perlu diperkatakan dan dipertekanankan tetapi soal literasi terhadap akta ini yang perlu diperluaskan agar masyarakat faham dan sedar. Bertepatan dengan cadangan Prof Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya yang mana menyatakan media haruslah memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan masalah ini dan kesannya jika masalah ini diambil enteng dan perlulah berlandaskan perspektif agama dan undang-undang. Kanak-kanak haruslah juga didedahkan tentang penderaan ini, yang mana di peringkat sekolah sendiri seharusnya meleetakkan satu bab dalam subjek-subjek berkenaan sama ada Agama, Pendidikan Moral atau sebagainya untuk menyatakan apakah kewajaran yang harus dilakukan oleh kanak-kanak yang didera seperti membuat laporan pada guru dan dipanjangkan ke pihak Polis untuk diambil tindakan.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan program atau kempen bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap ibu bapa serta penjaga agar mereka sedar permaslahan ini. Pihak-pihak seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri haruslah meletakkan tajuk “Pendidikan Anak-Anak” ini dalam kursus pra perkahwinan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak.
Menyingkap dari sudut Islam yang mana anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Istilah penderaan dalam Islam adalah tidak wujud untuk anak-anak, yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah yang digariskan oleh hukum syarak.
Pengisytiharan tugas yang dipikul sebagai khalifah si dalam surah al-baqarah ayat 30:
“sesungguhnya Aku menjadikan di bumi ini adalah khalifah”
Daripada ayat ini jelaslah secara khususnya tugas ibu bapa adalah mentadbir keluarga yang terkandung di dalamnya anak-anak dengan sabar dan berhemah agar mereka kelak bisa mendoakan kita di kubur.
Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.
Muhammad Al-Hajjar dalam buku “ Wahai Ibu Ajarkan Aku Solat Yang Benar ” menjelaskan bagaimana cara seorang ibu menegur anaknya yang bernama Hasan apabila melakukan kesalahan, dan teguran ini wajarlah diaplikasikan terhadap anak-anak bukannya dengan mendera.
Dalam buku Muhammad Hassan “ Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu ” terbitan Dewan Pustaka Fajar menceritakan watak Rabiah iaitu seorang anak yang dididik sehingga dikagumi masyarakat, antara tips yang diselitkan dalam kisah ini adalah ibu bapa haruslah bersabar dalam mendidik anak-anak dan melaksanakan pendidikan berlandaskan hukum yang ditetapkan oleh Islam.
Muhammad Abdul Rauf dalam buku “ Wanita Dan Keluarga Dari Pandangan Islam ” yang mana menekankan aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang penyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga agar mereka kelak melakukan perkara yang sedemikian kerana melihat kebertanggungjawaban penjaga mereka.
Kesimpulannya kita fikirkan sepotong ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:
“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”
Kita fikirlah dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini.
13/5/08

This entry was posted
on 9:01 PM
and is filed under
Cetusan Idea
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
1 comments